CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, August 6, 2010

Rooney dijangka kembali ke prestasi terbaiknya di Manchester United musim ini untuk gelaran EPL..

LONDON (AFP) –

Persembahan buruk Wayne Rooney bersama pasukan England di piala dunia 2010 di Afrika Selatan tidak menjejaskan persiapan bintang ini dalam usaha pasukan MU untuk merampas kembali kejuaraan liga yang terlepas ke Chelsea musim lalu..



Sekembalinya Cristiano Ronaldo ke United selepas piala dunia 2006 di jerman, Rooney telah merayu kepada peminat bola sepak England agar tidak menunjukkan rasa kemarahan mereka kepada Cristiano Ronaldo yang menyebabkannya dibuang padang pada ketika itu. Dalam perlawanan itu Portugal telah menang dan masuk ke pusingan seterusnya.

Ronaldo pula walaupun telah meninggalkan United 4 t5ahun lalu membalas kepercayaan Roneey dengan mempertahankan persembahan buruk Roneey dan pasukannya di Afrika Selatan.

"Wayne Rooney telah mencuba dengan bersungguh-sungguh, tetapi dia tidak bermain seorang diri," jelas Ronaldo. "Bila kejayaan tidak datang, atau apabila anda gagal menjaringkan gol walaupun anda bermain dengan baik, selalunya kesalahan akan diletakkan kepada pemain bernama besar tetapi Rooney ialah seorang yang berbakat besar dan dia akan melaksanakan tugasnya di United..."

Pengurus United Sir Alex Ferguson percaya penjaring 131 gol dalam 282 kemunculan dengan United akan menjawap segala kritikan terhadapnya.

Walaupun ada pernyataan yang menyatakan bahawa Rooney akan menjadi pemain terbaik kejohanan mengatasi nama besar lain seperti Messi dan sebagainya tetapi dia sebaliknya gagal menyerlah dalam piala dunia kali ini. Pada piala dunia 2006 Rooney juga gagal menjaringkan gol tetapi masih mampu menjaringkan 23 gol bersama United termasuk 2 gol ketika bertemu dengan AC Milan di perlawanan separuh akhir.

Sir Alex Ferguson mahu Rooney melupakan kegagalan di piala dunia dan menumpukan perhatian kepada kejohanan liga EPL dan Eropah.Ujian pertama Ronney ialah pada perlawanan piala Sumbangsih menentang Chelsea dan ini merupakan ujian terbaik untuk menunjukkan kepada peminat bahawa dia sebenarnya masih berbisa.
Aku juga mengharapkan persembahan terbaik dari United tetapi aku juga berharap agar Chelsea dapat menundukkan mereka nanti kerana Chelsea adalah pasukan favorite aku...hehe.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

1 comment:

Anonymous said...

:-) bola bola bola. hish.

Entri-Entri terkini