CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Manchester United. Show all posts
Showing posts with label Manchester United. Show all posts

Friday, October 22, 2010

Manchester United is still Love Rooney...Rooney have signed new 5 years contract.. Who is the player to be dismissed next year at United??

Hari ini akhirnya teka-teki mengenai masa depan penyerang England Wayne Rooney bersama Manchester United terjawap juga di mana Rooney baru menandatangani kontrak baru untuk bersama United selama 5 tahun yang mana ini akan mengikat Rooney bersama Manchester United sehingga tahun 2015.

Setelah dilanda pelbagai kontroversi baru-baru ini segalanya terlerai akhirnya di mana Rooney nyatanya masih sayang kelab yang melonjakkan namanya di persada bolasepak. Prestasi Rooney yang tidak ketentuan akhir-akhir ini dengan pelbagai masalah peribadi dan pendedahan akhbar telah menjadi perbualan ramai akhir-akhir ini.


Masalah peribadi inilah yang telah membuatkan Rooney telah kehilangan sengat dalam EPL..

Rooney memang tergolong dalam pemain-pemain handalan dan utama pasukan Manchester United..

Berita hangat baru ialah pengurus United Sir Alex Ferguson dikatakan telah menyenaraikan 10 pemain masa kini United yang tidak akan di senaraikan pada musim akan datang. Pemain tersebut adalah seperti bintang Korea Park Ji Sung, Vidic, Gary Neville, West Brown dan beberapa pemain ternama lain.. Keputusan ini akan membuatkan pasukan United akan berwajah baru pada musim akan datang... Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku kelak dan apakah semua ini adalah kebenaran atau hanya rumours yang disebarkan oleh seseorang yang berkepentingan...kita tunggu dan lihat..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, August 6, 2010

Rooney dijangka kembali ke prestasi terbaiknya di Manchester United musim ini untuk gelaran EPL..

LONDON (AFP) –

Persembahan buruk Wayne Rooney bersama pasukan England di piala dunia 2010 di Afrika Selatan tidak menjejaskan persiapan bintang ini dalam usaha pasukan MU untuk merampas kembali kejuaraan liga yang terlepas ke Chelsea musim lalu..



Sekembalinya Cristiano Ronaldo ke United selepas piala dunia 2006 di jerman, Rooney telah merayu kepada peminat bola sepak England agar tidak menunjukkan rasa kemarahan mereka kepada Cristiano Ronaldo yang menyebabkannya dibuang padang pada ketika itu. Dalam perlawanan itu Portugal telah menang dan masuk ke pusingan seterusnya.

Ronaldo pula walaupun telah meninggalkan United 4 t5ahun lalu membalas kepercayaan Roneey dengan mempertahankan persembahan buruk Roneey dan pasukannya di Afrika Selatan.

"Wayne Rooney telah mencuba dengan bersungguh-sungguh, tetapi dia tidak bermain seorang diri," jelas Ronaldo. "Bila kejayaan tidak datang, atau apabila anda gagal menjaringkan gol walaupun anda bermain dengan baik, selalunya kesalahan akan diletakkan kepada pemain bernama besar tetapi Rooney ialah seorang yang berbakat besar dan dia akan melaksanakan tugasnya di United..."

Pengurus United Sir Alex Ferguson percaya penjaring 131 gol dalam 282 kemunculan dengan United akan menjawap segala kritikan terhadapnya.

Walaupun ada pernyataan yang menyatakan bahawa Rooney akan menjadi pemain terbaik kejohanan mengatasi nama besar lain seperti Messi dan sebagainya tetapi dia sebaliknya gagal menyerlah dalam piala dunia kali ini. Pada piala dunia 2006 Rooney juga gagal menjaringkan gol tetapi masih mampu menjaringkan 23 gol bersama United termasuk 2 gol ketika bertemu dengan AC Milan di perlawanan separuh akhir.

Sir Alex Ferguson mahu Rooney melupakan kegagalan di piala dunia dan menumpukan perhatian kepada kejohanan liga EPL dan Eropah.Ujian pertama Ronney ialah pada perlawanan piala Sumbangsih menentang Chelsea dan ini merupakan ujian terbaik untuk menunjukkan kepada peminat bahawa dia sebenarnya masih berbisa.
Aku juga mengharapkan persembahan terbaik dari United tetapi aku juga berharap agar Chelsea dapat menundukkan mereka nanti kerana Chelsea adalah pasukan favorite aku...hehe.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Monday, May 17, 2010

Peminat Manchester United....Benarkah Gary Neville seorang Gay...

Peminat kelab bolasepak Manchester United... Benarkah Gary Neville seorang gay?? Kalau tidak kenapa dia sanggup mencium mulut ke mulut Paul Scholes?? kalau terlalu gembira pun apabila kawan sepasukan menjaringkan gol kenapa bibir juga yang dicium? Lelaki sama lelaki tu....
Tengok...biarpun begitu MU gagal juga mendapatkan liga EPL ni tahun...kena tunggu lagi tahun depan..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini