Salam,
Sudahkah anda memiliki kereta sendiri? Jika anda sudah memiliki kereta, apakah jenis kereta yang anda mampu miliki? Aku pasti ramai yang mempunyai kereta sendiri paling kurangpun jenama kancil atau kereta buatan negara yang lain.
Jika anda belum mampu memiliki kereta sendiri pernahkah anda dengar tentang satu "skim pemilikan kenderaan" yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia.? Jika anda belum tahu mengenai perkara ini anda mesti ambil tahu kerana inilah peluang anda untuk menggunakan kereta besar...bukan kancil atau kenari tetapi sekurang-kurangnya van, atau double cab Vigo/Toyota dan lebih dahysat lagi ninja.. Huhu..
Tentu anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan semua itu? Alangkah bagusnya kalau perkara seperti ini memang benar-benar berlaku!! Anda boleh pergi kemana sahaja tanpa ada kereta sendiri.. anda juga boleh angkat buah kelapa sawit dari ladang milik anda tanpa menyewa kereta lain kerana kerajaan Malaysia ada menyediakan kenderaan percuma ini. Jawapannya ya..memang benar-benar berlaku. Tapi di mana ya..dan bagaimana untuk mendapatkannya?
Cuba anda lihat di sekeliling anda. Anda pasti akan terlihat kereta yang kelah disediakan oleh kerajaan untuk tujuan ini cuma mungkin anda tidak perasan tentang kehadiran kenderaan tersebut. oklah.. kenderaan yang aku maksudkan ialah kenderaan jabatan-jabatan kerajaan misalnya Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan kerja Raya dan lain-lain jabatan lagi yang rata-ratanya hebat...Vigo, Ninja, Toyota double cab dan lain-lain.
Ceritanya di sini ialah terdapat penyelewengan dalam pengunaan kenderaan tersebut tanpa tujuan yang melibatkan kerja tetapi kekurangan pemantauan oleh jabatan membolehkan kejadian seperti ini berlaku.. Aku selalu melihat penggunaan kereta-kereta kerajaan ini di luar tugas dalam jabatan malahan aku juga pernah melihat satu toyota double cab mengangkat buah sawit milik pekerja di jabatan kerajaan tersebut.
Adakah memang dibenarkan kakitangan jabatan kerajaan menggunakan kenderaan jabatan untuk membuat kerja-kerja peribadi? Adakah ketua jabatan tahu mengenai perkara ini tapi "tutup mata" saja kerana dia pun selalu buat benda yang sama? kalau benar maka sesuatu mesti dilakukan oleh semua kementerian agar perkara seperti ini tidak berlaku.
Penggunaan kenderaan ini untuk tujuan kerja peribadi sama dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan sendiri. Jadi iannyabukanlah satu amalan yang baik dan harus dihentikan serta-merta. Siasatlah sendiri siapa pelakunya dan buat sesuatu agar masalah ini tidak akan berterusan lagi..
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share
2 comments:
kalau nampak penyalahguna kenderaan jabatan kerajaan rasanya molek kalau tuan buat aduan pd jabatan tersebut.. tindakan akan diambil :)
jangan lupa letak no plat sekali..
aduan tersebut berguna kepada ketua jabatan...
Entahlah...aku rasa kalau pekan2 kecil tu dalam satu jabatan hanya ada beberapa kenderaan tersebut di jabatan mereka.. Jadi tak mungkin terlepas pandang unless ada sesuatu di belakangnya atau bosnya tidak bekerja...
Post a Comment