CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, September 26, 2010

Ingatkan artis terkenal yang accident...buat suspen saja

Kisah ini aku ingin kongsikan dengan korang semoga terhibur dengan cerita ini..

Alkisahnya, cerita ini berlaku di sebuah pekan yang agak sibuk pada hari kejadian.. Satu kemalangan telah berlaku betul-betul berdekatan dengan pasar malam pada hari kejadian. Apa lagi, disebabkan oleh kemalangan tersebut maka orang ramai telah berpusu-pusu datang ingin melihat siapa yang tercedera.. Ada orang di belakang yang menyebarkan desas-desus dan mengatakan yang seorang artis telah melanggar sesorang...

Disebabkan terlalu ramai orang pada hari kejadian maka orang yang berdiri di belakang tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berada di depan. Mereka tidak nampak apa keadaan sebenar di depan. Berlaku juga kejadian tolak-menolak antara pengunjung yang ingin melihat keadaan di depan.

Ada seorang mamat tu yang ingin betul melihat tahap kecederaan kepada sesiapa yang terlibat dengan kemalangan itu. Malangnya terlalu sukar maju ke depan. Maka mamat itu pun mendapat satu idea.... kalau aku menjerit ni ok ni katanya...

"Tepi kamu semua, minggir kamu semua...aku ini abang dia, abang dia" jeritnya.. Orang ramai pun memberikan laluan tetapi mereka sebenarnya 'confuse' dengan pengakuan mamat itu kerana yang kena langgar itu hanyalah seekor babi hutan yang tersesat ke pasar malam tersebut...

Hehehe...


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

8 comments:

abigemok said...

ahaha.. tertipu lak mamat tu.. tp apasal lak babi hutan nak g pasar? haha

Ken Wooi said...

lol.. abang dia..

iddinm said...

Babi hutan tu sesat dari kawasan hutan di belakang pasar malam...

anyss said...

Salam,
Huh tepi! tepi!...abang dia nak lalu...

Gelak sampai golek2 hu hu hu

iddinm said...

Taktiknya menjadi tapi dia yang akhirnya malu...hehe

Roxy zai said...

khinzir jadian kaa???hahhaa

suzzsuzie said...

hahaha....abang babi hutan nak lalu....lawak

iddinm said...

Bukan khinzir jadian..memang belakang pasar malam tu ialah hutan...so mungkin babi tu sesat kat pasar malam tu...hahaha

Entri-Entri terkini