CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Sunday, September 26, 2010

Kalau anda wanita yang tinggi apa yang anda akan buat?

Jika anda seorang wanita, berapakah ketinggian anda? Saya pasti yang kebanyakan wanita rakyat Malaysia hanya mempunyai ketinngian 1.45M hingga 1.75M. Itupun jarang-jarang yang mempunyai ketinggian 1.75M dan ke atas maksudnya boleh dipilih dari sekumpulan wanita. Malah kemungkinan dalam satu kumpulan itu kita tidak akan menjumpai wanita yang mempunya ketinggian lebih dari 1.75M.

Bagaimana pula jika anda mempunyai ketinggian lebih dari 7 kaki 8 inci atau 2.33M? Huhu... tentu anda akan dilihat sebagai tidak normal di kalangan masyarakat di sini.  Tetapi inilah ketinggian wanita yang tertinggi di dunia dan masih hidup.



Sebenarnya Yao Defen iaitu wanita yang tertinggi di dunia dikatakan mempunyai masalah dalam pertumbuhan ketinngiannya iaitu sebenarnya satu penyakit juga. Appun doktor telah berusaha merawat penyakit yang dialaminya ini.


Kalau terlalu tinggi seseorang itu, maka banyak masalah yang akan dihadapinya. Antaranya ialah mencari pakaian yang sesuai, kasut yang sesuai. Bila menaiki kenderaan pun orang yang terlalu tinggi akan menghadapi masalah juga. Begitu juga keadaan di rumah, pintu kena tinggi, saiz katil juga perlu diubah dan mencari tilam yang sepadan pun susah. Pendek kata jika anda terlalu tinggi maka banyak masalah yang akan dihadapi.


Apapun mereka ini tetap insan yang istimewa di mana bila mereka pergi ke mana-mana, mereka pasti akan menjadi perhatian. yang paling penting ialah sentiasa bersyukur dengan apa jua kurniaan Allah.






Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini