Selang beberapa hari selepas iklan kontroversi hari rayanya tersiar kepada umum TV3 akhirnya memohon maaf kepada umum. Persoalannya kenapa iklan sebegini boleh terlepas dari penilaian pegawai penerbitan TV3 yang boleh mencetuskan kontroversi? Kita ikuti iklan hari raya TV3 tersebut..
Iklan kontroversi itu boleh anda di bawah:
Mungkin pembuat filem iklan ini hendak menunjukkan bahawa perayaan hari raya itu dirayakan oleh seluruh rakyat Malaysia.. 1 Malaysialah katakan. Oleh itu dia pun menggabungkan segala apa yang biasanya digunakan dalam perayaan agama lain seperti Kenderaan Santa Claus, Bunga Teratai, Pagoda dan sebagainya dan mereka menyukai yang itu tetapi mereka lupa yang ada berjuta-juta lagi rakyat yang akan menonton iklan tersebut nanti.
KESAL dan sedih dengan iklan terbaru TV3 (Iklan Raya) yang mengelirukan. Keliru dengan 'mesej' beca terbang yang menjadi 'trademark' santa-claus atau "krismas", malah paling memeranjatkan 'hiding mesej atau objek' bunga lotus - yang berkait rapat dengan simbul utama tuhan buddha "Brahma God".. yang dipaparkan sehingga ke akhir iklan. Ia akan mengelirukan penonton khususnya di kalangan kanak2, siapa yg perlu bertindak? Ia boleh mencetuskan perbalahan agama..
Wahai pembuat filem iklan...kalau nak buat iklan 1 Malaysia, janganlah agamapun korang mau jadikan 1 Agama.?? Takkan korang tak tahu sensitiviti kaum yang berlainan bangsa di sini.. Commonlah.. Kalau bab makan kuih raya, bakar lemang, makan sama-sama, itu bolehlah di'satukan'. Tapi kalau yang berkaitan dengan agama tak usahlah..
Mungkin niat tu baik tapi kurang mengambil berat tentang sensitiviti kaum di malaysia. Lagi satu yang menjadi persoalan ialah TV3 tu tak ada panel yang menilai sesuatu bahan yang hendak disiarkannya? Sepatutnya pihak TV3 mesti memantau dan menilai sesuatu bahan yang hendak diterbitkan itu sebelum disiarkan. Jika ianya telah tersiar maka ramai hati orang yang terluka dan dapatkah permohonan maaf itu mengubati perasaan orang ramai?
Tapi TV3 telahpun memohon maaf secara terbuka dalam buletin utama mengenai penyiaran iklan itu dan menarik balik penyiaran iklan raya tersebut.
Video permohonan maaf TV3... SINI
Apapun kejadiannya semoga kejadian dijadikan pengajaran dan tidak akan berulang di masa akan datang.
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share