Teringat aku kenangan waktu kecil di mana ada satu kejadian itu seorang kawan aku menerima akibatnya berbuat jahat sesama kawan.
Kisahnya bermula apabila kami pergi ke surau untuk Sembahyang Maghrib dan Isya. Selepas Isya, kami pulang ke rumah masing-masing tetapi yang tak bestnya ialah kami selalu 'terjumpa' hantu di tengah jalan.
Inilah rupa hantu yang sering menakutkan kami tu. Ustaz selalu berkata bahawa dalam bulan puasa semua syaitan dirantai tetapi kami masih jumpa hantu seperti ini hari-hari tau.
Apa lagi setiap kali hantu itu munculn lari bertempiaran lah kami dengan sekuat-kuatnya. Kadang-kadang tu songkok terjatuh tetapi tidak dipedulikan kerana perasaan takut itu.
Satu hari ada seorang kawan aku yang berani dan sengaja menunggu hantu itu muncul lalu dia membaling hantu tersebut dengan seketul batu tepat di kepalanya.. Apa lagi..hantu itu menjerit kesakitan dan menangis kesakitan
Rupa-rupanya hantu yang menakutkan kami selama ini ialah seorang rakan kami sendiri. patutlah setiap kali lepas sembahyang dia cepat-cepat pulang.. Rupanya ingin menunggu untuk menyergah kami di tengah perjalanan nanti.. Tapi kali ini dia terima padanya.. Kepala benjol dan berdarah.
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share
2 comments:
kartun lukis sendiri ke?...
kreatif...
=)
Aku cuba2 lukis balik...da lama tak lukis ini.. Walaupun lukisan tak seberapa..:-)
Post a Comment