Teringat aku waktu hari raya pertama yang lepas.... Biasanya sudah menjadi amalan yang selepas menunaikan solat sunat hariraya aidilfitri maka kunjungan ke kuburan akan diadakan. Selain dari membersihkan rumput yang telah tumbuh di atas pusara lain-lain pembersihan juga dilakukan dan juga bacaan tahlil.
Kunjungan ke kuburan ini banyak membawa makna kepada orang Islam. Ianya bukan sahaja untuk datang membersihkan kuburan tetapi juga menyedarkan kita betapa setiap yang hidup itu pasti akan mati. Tiada yang kekal selamanya kecuali Allah swt. Setiap kali kunjungan pasti ada sahaja yang baru pergi untuk selamanya dan ini dapat dilihat di kuburan. Bukan persoalan adakah kematian itu akan berlaku tetapi sepatutnya kita insaf yang kita juga akan menuruti mereka ke kuburan suatu hari nanti.
Dalam kesibukan kerja seharian kita, janganlah kita lupakan kehidupan selepas mati. Beramallah selagi masih ada peluang. Sama-sama kita berusaha mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat.
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share