Google+ Followers

CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, October 1, 2010

Rahsia Kasut

Kasut dinamik

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my


WONG Li Zern memberi keterangan mengenai kesesuaian kasut yang diperlukan mengikut jenis tapak kaki.

Pergerakan sempurna pelihara kaki daripada alami kecederaan

SETIAP individu yang dilahirkan ke dunia ini terbahagi kepada tiga jenis tapak kaki berbeza dan setiap permukaannya memerlukan jenis kasut bersesuaian terutama bagi mereka yang gemar bersukan, pemilihan kasut yang tepat memainkan peranan penting agar kecerdasan tidak terganggu.

Ketika melakukan aktiviti berjalan laju, berlari dan melompat, tekanan yang kuat akan dikenakan terhadap otot di bahagian betis, peha dan punggung. Oleh itu, penggunaan kasut yang betul mampu mendorong kepada pergerakan sempurna selain ia mampu memelihara kaki daripada mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, untuk tampil menarik dan selesa sudah menjadi kebiasaan bagi mereka, selain memberi penekanan terhadap penjagaan kulit, solekan dan pakaian, kasut juga memainkan peranan baik dalam melakukan urusan pejabat mahupun beriadah.

Kini, evolusi rekaan kasut sukan terutama untuk wanita yang semakin aktif beriadah menyaksikan lonjakan yang semakin berteknologi tinggi dan bermutu selain memberikan keselesaan ketika disarungkan ditambah pula dengan sentuhan canggih serta bergaya.

Pengurus Pemasaran Komunikasi Nike Malaysia, Menaha Nadaraja-Berglund, berkata pemilihan kasut adalah berdasarkan antaranya kestabilan diri, gaya mereka dan teknik pergerakan yang sering dilakukan serta bukan semata-mata mengikut keselesaan mata memandang saja.
Nike Lunar Glide+

“Setiap individu tidak dilahirkan sama dan wanita serta lelaki memerlukan pemilihan kasut bergantung kepada keperluan masing-masing. Berat wanita adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus lebih ringan berbanding lelaki.

“Oleh itu, kasut untuk wanita diletakkan busa lembut pada bahagian bawah tumit dan dengan manfaat Dynamic Support, ia berupaya menyelaraskan ibu jari kaki yang mengembang bagi menampung lebar berbeza kerana wanita berkemungkinan mempunyai kaki yang lebih besar pada bahagian hadapan," katanya.

Menaha ketika melancarkan Nike Run For My School Challenge berkata, memandangkan kehendak yang semakin meningkat, kasut sukan Nike, Nike LunarGlide+ menjadi antara kasut sukan rekaan terkini yang bersifat ringan dengan seni reka bentuk inovatif yang dinamakan sebagai Sokongan Dinamik.

Katanya, Sokongan Dinamik yang dihasilkan itu bertindak sebagai struktur sokongan bersesuaian dengan gaya lenggang pengguna ketika mengenakan kasut sukan berkenaan untuk melakukan riadah atau kegiatan lain. "Kasut yang dihasilkan dengan kaedah Sokongan Dinamik ini juga menyediakan asas perlindungan dan kestabilan yang diperlukan oleh setiap kaki serta direka khusus untuk kegunaan kedua-dua jantina serta mempunyai sokongan mahupun kestabilan berbeza.

“Sifatnya yang ringan juga mampu melahirkan keselesaan kepada pengguna. Kasut yang ringan berupaya mengurangkan beban dikenakan terhadap kaki selain mempercepatkan pergerakan serta mengurangkan risiko bunion pada kaki,” katanya.

Bagi menambahkan lagi keselesaan ketika menyarung Nike LunarGlide+, gabungan busa Lunarlite dan teknologi Flywire yang pernah digunakan pada sukan Olimpik Beijing pada 2008 buat pertama kali ketika itu, akan membuatkan kasut lebih ringan dan berunsurkan sokongan lain.

Gabungan kedua-dua bahan penyokong yang diletakkan di bahagian lapisan tengah tapak kasut menjadikan kasut hanya seringan 8.6 auns buat wanita manakala kasut lelaki hanya memerlukan 10.6 auns yang mana ia cukup selesa untuk disarungkan dan tidak memenatkan kaki ketika beriadah lebih-lebih lagi untuk jangka masa lebih panjang.

“Selain ringan dan berteknologi tinggi, kasut ini juga sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh berikutan ia mempunyai sintetik microfiber yang lembut tapi kuat ditambah pula dengan busa stokin, direka khas untuk kedua-dua jantina bagi mengekalkan keselesaan setiap langkah,” katanya.

INFO
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
 
-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
-Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.



-Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.



P/s:
Pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki anda tapi ingat juga pada gaya anda...
Share

Entri-Entri terkini