Aku rasa ada beberapa sebab kenapa orang malas update blog mereka..
Pertama..
Masa..mereka sibuk dengan aktiviti harian mereka yang memerlukan banyak bahagian masa mereka. Jadual harian mereka sentiasa penuh dengan aktiviti yang tidak boleh ditinggalkan..
Kedua..
Tiada idea... Ini yang kebiasaan berlaku.. kebanyakan blogger termasuk saya, aku rasa bukanlah tergolong sebagai pemberita yang baik atau penyampai berita seperti editor surat khabar. Jadi untuk mendapatkan idea memang susah bagi mereka..
Ketiga..
Menulis blog atau web hanyalah aktiviti sampingan... Kebanyakan atau majoriti penulis blog/web hanya sebagai penulis part time.. walaupun blog mereka itu mereka yang punya tetapi mereka bukanlah berkerja untuk hanya menulis blog tersebut..
Keempat..
Memang tiada skil menulis.. kadang-kadang idea ada tetapi mereka tidak tahu bagaiman untuk menulis atau menyampaikan idea tersebut..
kelima..
mereka memang dah give up dengan aktiviti blogging ini...
keenam..
entah..mungkin banyak lagi sebab kot..cuba kawan2 blogger tambah sikit pendapat korang kenapa perkara ini berlaku untuk kita kongsi bersama..
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share