10hb November.. aku merasai lagi masalah dalam menggunakan talian celcom. walaupun cuma sehari semalaman. Ini bukanlah kali pertama kau mengalaminya dan aku percaya ramai lagi orang lain yang mengalami masalah yang sama..
Untuk menghantar mesej pun kadang-kadang tidak dapat...Kalau call lagi susah dan terpaksa kena dail sampai sepuluh kali (banyak kali) baru dapat..Itupun kalau anda bertuahlah.. Aku rasa tidak semua mengalaminya tapi apa yang aku perhatikan ialah bila ada aduan mengenai masalah membuat panggilan telefon sekarang, rata-rata aduan itu adalah celcom..
Adakah kerana pengguna celcom terlalu ramai yang boleh menyebabkan servernya terlalu berat dan sibuk yang akhirnya menyebabkan semua masalah itu... ? Aku cakap begitu kerana di kalangan kawan aku ramai yang pakai celcom.
Bila pusat careline dihubungi untuk menanyakan mengenai masalah ini mereka cakap..tiada apa-apa masalah!! Yalah mereka memang tidak tahu kerana semuanya ok dalam rekod mereka. Mereka hanya tahu bila pusat mereka mengalami kerosakan.
Yang lebih teruk ialah jika anda mengalami kecemasan pada waktu itu... memang satu masalah. nak hubungi sesiapa tak dapat.. tentu buruk akibatnya..
Ada juga kawan aku yang mencadangkan agar menukar ke maxis atau digi kerana kata mereka talian untuk rangkaian ini jarang ada masalah. Aku kurang pasti pulalah sebab aku belum pernah memakai kedua-dua rangkaian ini..Mungkin betullah kata-kata mereka..
Cuma masalahnya ialah masih ramai kawan aku yang menggunakan celcom dan sudah pasti menjadi mahal kepada aku dan mereka jika berhubungan menggunakan talian telefon yang berbeza..
Apapun diharapkan servis celcom akan dipertingkatkan agar kesetiaan penggunanya tidak berbelah bagi..
Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih.
Share