Tahun 2010 merupakan tahun di mana sudah menjadi suratan takdir yang beberapa pasangan suami-isteri yang bergelar artis berpisah juga akhirnya. Beginilah yang dikatakan "harapkan panas sampai petang rupanya hujan ditengah hari".
*Dira Zahir
Keretakan rumah tangga antara Dira dan suaminya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (Ash) disahkan bercerai pada 8 April 2010. Desas-desus mengatakan yang ini ada kaitan dengan badi menyertai program sehati berdansa (SB) musim ketiga.
*Sabrina Ali
Pelakon kacukan Melayu-Afganistan ini berpisah dengan Sharin Abdul Halim pada Jun 2010.
*Radhi OAG
Radhi vokalis OAG bercerai dengan Shazlin Sharrif pada 8 Jun 2010.
*Anne Ngasri
Pelakon Nasriah Ngasri, 25 dan pasangannya Abdul Wafi Hasan bercerai pada 25 Jun 2010 setelah berkhawin selama hampir 4 tahun.
*Maya Karin
Pelakon kacukan Melayu-Jerman bercerai dengan suaminya Steven David Shortose pada 16 Julai 2010.
*Aida Radzwill
Dramatis ini Khalida Adibah Ahmad, 53 bercerai dengan suami Ismail Ahmad @ Mohd Radzwill, 39 pada 26 Ogos 2010.
*Raja Azura
Penceraian penyampai radio dan pengacara popular Raja Azura dan suami Adzmin Tan Sri Osman adalah kes penceraian yang paling panas tahun ini. Keluarga yang dibina selama 9 tahun ini dikurniakan 3 cahaya mata.
*Aleeza Kasim
Peragawati dan pelakon Aleeza Kasim bercerai dengan suami Datuk Mohd Fauzi Che Ros pada 27 Oktober 2010.
*Sien-Nana
Sien anggota kumpulan Ruffedge bercerai pada 8 Disember dengan isteri Noor Diyana Muhammad atau Nana. Pasangan ini dikurniakan 2 cahaya mata.
*Ida Nerina
Aktress ini disahkan bercerai dengan Sha'arin Mohd Razali yang juga bekas pemain drum kumpulan Blackrose pada 13 Disember
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share