Perlawan akhir piala suzuki pada musim ini memang sengit yang mana pasukan Malaysia akhirnya ditabalkan sebagai juara baru dengan mengalahkan pasukan Indonesia dengan aggregat 4-2. Walaupun tewas 1-2 pada perlawanan di Jakarta tetapi dengan bekalan 3-0 yang diperolehi ketika menjadi tuan rumah kelebihan itu dipergunakan sepenuhnya oleh pasukan Malaysia untuk muncul juara kali ini.
Beginilah detik-detik perlawanan akhir yang berlaku sebentar tadi.
Penyokong pasukan Indonesia dengan gelagat tersendiri pada perlawanan akhir tersebut..
Jaringan Saffe dengan rembatan padu kaki kirinya yang langsung tidak dapat disentuh oleh penjaga gol Indonesia iaitu Markus
Rempuhan keras pemain Indonesia yang menyebabkan kecederaan ke atas pemain Malaysia
Gol Safee
Jurulatih K Rajagopal merayakan jaringan pertama tersebut walaupun caranya tidak sehebat jurulatih EPL
Bambang dimasukkan menggantikan Firman dan tidak lama membantu pasukan Indonesia menjaringkan 2 gol saguhati
Gol Indonesia
Pemain Malaysia bersujud merayakan kemenangan
Antara wajah-wajah yang sedih
Saffe dengan tropi penjaring terbanyak
Firman dengan anugerah pemain paling berharga bernilai US $ 10,000
Pasukan naib johan Indonesia
Piala dijulang dengan Malaysia menjadi juara Edisi 2010
Yang paling membanggakan ialah semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pihak terutama penyokong yang sentiasa berdiri teguh dibelakang pasukan mereka dan perlawanan berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekacauan. Diharapkan keadaan seperti ini akan sentiasa berterusan demi kemajuan permainan bolasepak..
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share