Saya percaya kebanyakan anda pernah menunggu bas atau teksi di perhentian yang terletak di tepi-tepi jalan samada yang memang khusus di bina ataupun di tepi jalan sahaja. Pihak tertentu memang banyak membina perhentian bas atau teksi yang cantik-cantik dan boleh dijadikan tempat menunggu yang selamat dari panas matahari atau basah oleh hujan tetapi bagaimana keadaan di bawah?
Bukan orang yang menunggu atau menggunakan perhentian bas tersebut tetapi lembu-lembu yang tidak dikurung. Tahinya pun berselerakan di atas simen perhentian tersebut.. Memang menjijikkan dan saya percaya tiada orang yang akan menggunakan perhentian tersebut selagi keadaan ini berlaku.. Sayang bus stop cantik tetapi kotor dan menjijikkan..
Kejadian ini dirakam oleh rakan saya yang kebetulan melalui satu tempat di Keningau Sabah. Harap pihak berkuasa tempatan di sana memantau kejadian seumpama ini agar tidak berlaku lagi..
Share