CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, December 10, 2010

Cepatnya masa berlalu tetapi kadang-kadang aku rasa macam lambat juga pula

Tahun 2010 sudah semakin sampai ke penghujungnya dan tidak lama lagi tahun baru 2101 akan menjelma. Tahun 2010 aku rasakan macam terlalu cepat berlalu kerana sedar-sedar saja sudah sampai ke pertengahan bulan Disember. Sampaikan aku tak sempat nak buat banyak benda yang aku rancangkan dalam tahun ini.

Walaubagaimanapun kadang-kadang aku rasa perjalanan tahun 2010 ini juga amat perlahan dalam keadaan tertentu umpamanya dalam menunggu bonus tahunan..(heheh). kalau sudah sampai bulan Januari 2011 maka waktu itulah pekerja swasta biasanya akan mendapat bonus tahunan mereka. Bagi yang mendapat nilai yang agak tinggi maka itu sudah pasti akan memberikan banyak kelebihan terutama dalam merancangkan perbelanjaan seharian yang kian meningkat.  Pun begitu walaupun sedikit ianya tetap akan memberikan sesuatu kepada pekerja di sektor swasta (kerajaan juga).

Dengan datangnya tahun baru tidak lama lagi maka sepatutnya kita sudah menanamkan azam baru yang akan cuba kita capai untuk tahun hadapan. Perbaharui azam lama yang masih belum tercapai dan cuba capainya dalam tahun hadapan. Begitu juga dengan azam baru yang akan kita cuba capai.

Bagi yang sudah melaksanakan azam tahun 2010 dan berjaya dengan jayanya maka sudah pasti satu kelegaan tersirat dalam harti sanubarinya. Kepuasan akibat dari pencapaian dan kejayaan sudah pasti melegakan dan mengurangkan beban dalam perasaan.  

Cuma dalam melaksanakan azam tahun baru, hati-hati dalam merancangkan apa yang ingin dicapai tahun depan dan janganlah meletakkan azam yang terlalu tinggi yang sukar dicapai kerana ianya akan menyakitkan jika tak mampu dicapai. Letakkanlah azam yang rasional dan tidak terlalu meninggi semoga  kita semau berjaya dalam mencapai azam tahun 2011 nanti..



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini