Dengar khabar kedai-kedai yang menjual pancaran laser diserbu oleh orang ramai kerana mereka ingin mendapatkan alat tersebut dan akan digunakan pada perlawanan akhir ke-2 final piala AFF di Jakarta pada 29hb ini.
Baru-baru ini perlawanan akhir pertama di Stadium Bukit jalil di selubungi kontroversi apabila pancaran laser warna hijau dikatakan menggangu penjaga gol pasukan Indonesia iaitu Markus. Memang dalam beberapa keadaan wajah Markus kelihatannya dipancari dengan pancaran laser tersebut tetapi tidak dapat dipastikan dari mana datangnya pancaran laser tersebut samaada dari penyokong Malaysia atau dari penyokong Indonesia.. Tapi yang pastinya tidak ada pancaran laser semasa ketiga-tiga gol tersebut diperolehi. Jadi jaringan itu tidak harus dipertikaikan dan memang sah 3-0.
Diharapkan pada perlawanan akan datang permainan akan berlangsung dengan adil dan saksama dan kemenangan diperolehi hasil dari kehebatan pemain dan bukan dengan cara yang tidak adil nanti.
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share