CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, December 27, 2010

Peminat Indonesia tak puas hati Indonesia kalah kepada Malaysia di Twitter

Kalah  dan menang adalah adat dalam permainan bolasepak.. Namun selalunya bila sesebuah pasukan itu kalah dalam permainan jarang sekali mereka akan memperkatakan tentang kehebatan pasukan lawan mereka. Yang selalu ialah mereka yang kalah akan mencari pelbagai alasan untuk mempertahankan diri kenapa mereka kalah.

Umpamanya dalam perlawanan Final 1st League AFF Suzuki sukar bagi peminat Indonesia menerima kekalahan teruk 0-3 pasukan mereka di tangan pasukan Malaysia. Yang paling ketara ialah mereka mengatakan kekalahan pasukan mereka dengan suluhan Laser hijau yang dikatakan menggangu penjaga gol mereka Markus. Benarkah begitu? 

Mungkin ada juga kebenarannya andaikata ianya terjadi sewaktu jaringan gol dihasilkan tetapi saya percaya tiada pancaran laser yang terkena di muka beliau semasa ketiga-tiga jaringan itu dihasilkan dan semua jaringan itu adalah bertaraf dunia... Jadi tiada kena-mengena dengan pancaran laser tetapi pemain Malaysia memang bermain baik semalam. Ini yang patut kita semua akui...

Perang para twities juga meletus di antara ke dua2 negara.. Para Twiter2 dari Indonesia tidak habis2 menyerang kemenangan pasukan Malaysia semalam dengan menyerang para twiter dari Malaysia.. Antara kata kunci yang top ialah #Malaysiacheatlaser, #supportgaruda, #curang dan lain-lain lagi..

Commonlah geng... Permainan sudah habis, habislah...tunggu lagi 90 minit di Jakarta 29hb ini. Segala perhitungan akan berakhir selepas perlawanan itu nanti...kita tunggu dan lihat siapa yang akan menang nanti..



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini