CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, December 29, 2010

Masalah disiplin Shahir - Juara AF8

Shahir juara AF8 baru-baru ini dikatakan sering membawa masalah kepada beberapa acara yang melibatkannya umpamanya tidak menghadirkan diri dalam cabutan nombor giliran sempena Anugerah Juara lagu ke-25 dan tidak muncul dalam konsert Ria 2010.
Selain dari itu beliau dikatakan mula menimbulkan masalah dengan membatalkan beberapa sesi fotografi yang melibatkannya pada saat-saat akhir. Disebabkan kemelut ini maka ibunya telah tampil memberikan penjelasan kenapa Shahir mempunyai masalah tersebut. Shahir dikatakan mempunyai masalah kesihatan dan  dia begitu tertekan dengan keadaan yang mangatakan dia ada simptom kanser.

Tidak hairanlah jika dia bersikap demikian. Cuma yang paling baiknya ialah memberikan penjelasan kepada semua pihak yang terlibat agar semua mereka tidak tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku. Ibunya memberikan penjelasan yang Shahir akan menjelaskan semuanya nanti dalam masa terdekat.

 Keratan akhbar yang menerangkan penjelasan ibu Shahir

Diharapkan semua pihak akan menyelesaikan masalah ini dengan penyelesaian yang sebaik-baiknya..


Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini