Bonus! Bonus! Bonus! Perkara yang hangat diperkatakan di kebanyakan syarikat swasta sekarang maklumlah sudah habis satu tahun lagi tempoh berkerja. Bukan seperti kerajaan yang tidak tentu waktu diberikan bonus, di sektor swasta bonus biasanya akan diberikan pada bulan Disember atau Januari.. Bukan semua tetapi kebanyakan syarikat..
Macam-macam andaian tentang jumlah bonus yang akan diperolehi... berapa bulan? Memang best kalau mendapat bonus apa lagi waktu-waktu dimana banyak belanja yang diperlukan. Ada kawan yang berkerja di sektor perladangan yang man bonus mereka 6 bulan gaji .. Memang best kalau dapat bonus tinggi macam ni.
Apa yang mempengaruhi jumlah bonus yang akan diperolehi? Bagaimana untuk mendapatkan bonus yang tinggi? Sudah pasti banyak faktor yang mesti dipertimbangkan oleh pihak majikan.. Anda mesti memberikan sumbangan terbaik dalam mendapatkan semaksimum untung bagi pihak syarikat.. Dalam hal ini jika hanya anda yang bertungkus lumus sedangkan kawan lain di syarikat lain tidak berbuat demikian dan mengalami kerugian dalam bisnes sudah pasti ianya akan turut mempengaruhi anda.
Keuntungan syarikat adalah yang paling penting. Jika anda berkerja sekuat mana pun dan sebaik apa jua, jika syarikat mengalami kerugian disebabkan oleh faktor-faktor lain pemberian bonus juga akan dipengaruhi.
Dalam industri perladangan kelapa sawit pada ketika ini, oleh kerana harga minyak mentah kelapa sawit agak tinggi sudah pasti bonus yang diberikan agak lumayan. Yang penting ialah berusaha untuk merendahkan kos dan meningkatkan produktiviti untuk hasil yang lebih baik. Jadi penantian bonus memang sesuatu yang sentiasa dinanti-nantikan setiap awal tahun... Memang best menunggu wang yang akan datang...hehe
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share