CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, January 12, 2011

Susahnya kalau tiada pembantu rumah ??

Pembantu rumah memang satu kerja yang memang diperlukan terutama bagi keluarga yang kedua-dua ibu dan bapa berkerja. Bila kedua-duanya keluar berkerja maka tugas penjagaan anak terutama yang masih kecil memerlukan khidmat pembantu rumah ini.

Kebelakangan ini kita sering mendengar banyak cerita mengenai pembantu rumah yang mana ada yang baik dan ada yang kurang baik. Ada kisah di mana pembantu rumah mendera anak-anak majikannya yang masih kecil walaupun peratusan kes ini amatlah kecil. Tidak kurang pela kes di mana pembantu rumah didera oleh majikan sendiri. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku di mana kedua-dua pihak saling memerlukan. Pembantu rumah memerlukan kerja ini untuk mendapatkan wang dan majikan memerlukan pembantu rumah untuk menguruskan keadaan di rumah semasa mereka pergi keluar berkerja.

Bukan mudah untuk mencari pembantu rumah yang benar-benar jujur dalam melaksanakan tugasnya. Lagipun dalam urusan kerja ini saling mempercayai memang diperlukan.. Tetapi persoalannya adakah kita membuat pilihan pembantu rumah yang tepat. Baikkah pilihan kita? Bagaimana kalau pembantu rumah yang kita gaji itu melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap anak-anak kita? Siapa yang bertanggungjawap?

Kalau difikirkan semua ini memang memeningkan kepala. Nak mencari pembantu rumah tempatan memang susah. Jadi yang sentiasa menjadi pilihan ialah pembantu rumah dari negara asing. Bagi ibubapa yang berkerja mereka tiada pilihan selain memperjudikan nasib mereka dalam mempercayai pembantu rumah yang mereka pilih dengan harapan semuanya akan ok.
Apapun persoalannya mencari pembantu rumah yang baik dalam kerja mereka memang sukar pada waktu sekarang tetapi kadang-kadang kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa juga mengambil pembantu rumah untuk membantu menguruskan hal-hal di rumah..



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini