Awas kepada semua orang... hati-hati dengan taktik baru penculik, perompak dan perogol yang baru ini. Oleh kerana pemantauan yang berterusan dari pihak berkuasa pelbagai taktik digunakan oleh penjahat ini untuk memerengkap mangsanya.
Penggunaan kanak-kanak adalah yang terbaru. Mereka dikatakan menggunakan kanak-kanak yang akan berlagak macam sesat atau ditinggalkan oleh ibubapa dan meminta di hantar pulang ke rumah mereka. Sekali sampai di rumah yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut, penjahat telah siap sedia menunggu di rumah tersebut.
Jika anda mengalami kejadian yang seumpama ini maka tindakan yang wajar diambil ialah dengan menghantar kanak-kanak tersebut ke balai polis yang berhampiran dan meminta pihak polis menguruskan masalah budak tersebut. Bukan tidak mahu menolong tetapi itulah jalan yang terbaik.
Jangan mudah terpedaya dengan apa jua taktik yang dilakukan oleh penjenayah ini.. Selepas ini mungkin cara lain akan digunakan apabila menyedari taktik ini sudah tidak berkesan lagi. Penjahat memang begitu kerana mereka akan berbuat apa saja asalkan mereka berjaya melakukan aktiviti mereka.
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share