Setiap hujung tahun pada akhir-akhir ini dengan hujan yang lebat dan masa hujan yang lebih lama mengundang musim banjir kembali lagi. Semua sudah maklum yang musim tengkujuh seringkali menjadikan banyak kawasan ditenggelami air dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.
Aku cuma nak ingatkan supaya dalam kesibukan kita berkerja dan membuat apa sahaja kerja seharian kita, janganlah kita lupakan keselamatan diri kita, keluarga kita dan orang yang kita sayangi dengan memastikan banjir yang boleh datang tiba-tiba tidak mengancam keselamatan mereka.
Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada bahaya banjir. Ini kerana mereka sering menganggap air banjir itu sebagai tempat "satu pesta permainan" dan tidak faham tentang soal keselamatan. Menjadi tugas kepada semua orang tua untuk sentiasa memantau apa jua aktiviti anak-anak anda dan jangan biarkan mereka bermain air banjir sesuka hati mereka.
Bukan air yang tinggi sahaja parasnya yang membahayakan kita di waktu banjir. tanah runtuh umpamanya boleh berlaku di mana-mana dan sangat membahayakan jika menimpa kita. Biarpun air banjir tidak berlaku tetapi aliran air yang deras terutama di parit-parit atau sungai-sungai kecil juga sangat mengancam nyawa sekiranya kita terjatuh ke aliran air tersebut.
Oleh itu kita semua kenalah hati-hati agar keselamatan ahli keluarga kita sentiasa terjamin..
Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Share