CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, February 1, 2011

Kasihan pelajar kita di Mesir... @NajibRazak

Keadaan huru-hara di Mesir menyebabkan keselamatan pelajar Malaysia di sana tergugat. Setakat ini kekacauan yang semakin meruncing dan belum ada tanda-tanda akan pulih menyebabkan rakyat negara ini bimbang akan keselamatan pelajar Malaysia yang masih berada di Mesir.

Ada kawan yang mencadangkan agar kerajaan menyediakan pusat pengajian yang setaraf dengan yang di Mesir tapi kita semua tahu yang perkara ini sudah pasti sukar untuk berlaku. Bukan mudah untuk bertransformasi kepada sebuah negara ilmu macam Mesir. Tetapi dengan apa yang berlaku sekarang keselamatan pelajar Malaysia di Mesir haruslah ditimbang oleh kerajaan, sekurang-kurangnya pindahkan dulu mereka semua ke Jordan kah atau negara berhampiran yang lain.
Update berita mengenai krisis pelajar Malaysia di Mesir boleh didapati di [sini] yang aku dapat dari blog Ariff yang ada menulis [link] mengenai nasib pelajar Malaysia di sana.. Aku agak tertarik dengan surat dari Nuvul Nadiva Dizavch yang di tulis kepada saudara Ariff.. Lihat suratnya



Inikah yang sebenarnya berlaku di Mesir? Kalau benar apa lagi yang di tunggu oleh kerajaan Malaysia? Takkan tunggu sampai semuanya sudah terlambat? Takan nak menunggu nasi jadi bubur?

Anda juga boleh dapatkan update melalui facebook [Nuvul Nadiva].. Korang nak tau satu perkara tak... Friend Nuvul ini dah bertambah lebih 700 orang kepada 1444 (waktu di tulis cerita ini) dalam masa 2,3 hari ni... Mungkin kesan dari berita pelajar kita di Mesir yang mempopularkannya.. jangan marah ya Nuvul...gurau ja.. ini Wall FB dia..


Bagus juga bila kita tahu di mana mencari update berita mengenai pelajar di  Mesir apa lagi untuk menghubungi mereka melalui telefon dikatakan begitu sukar. begitu juga dengan penggunaan internet. 

Diharapkan semua pelajar kita di sana akan selamat kembali ke Malaysia..



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini