CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, August 18, 2011

Ameerah Asha menghilangkan diri untuk minta wang tebusan

Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan berita kehilangan seorang remaja Ameerah Asha selepas tidak balik dari kelas tambahan. Banyak akhbar dan blog (cikgudahlia) melaporkan mengenai kehilangan ini selepas ibubapanya melaporkan kepada pihak polis mengenai kehilangan itu.





PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu. Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.

 
Sumber Rujukan: 

Rupa-rupanya semua kehilangan itu dirancang oleh Ameerah dan teman lelakinya. Tak tahu apa yang difikirkan oleh remaja sekarang. Sanggup buat apa saja kerana teman lelaki yang belum pasti masa depanya malahan sanggup mengugut ibubapa sendiri meminta wang tebusan..



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini