CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, August 22, 2011

Visitor beribu-ribu atau 1K ++++.... Ramaikan follower?

Bestnya  kalau blog kita yang kita buat sendiri dengan segala isinya tidak seberapa mempunyai ramai pengunjung sampai beribu-ribu hanya dengan kita menulis sesuatu yang langsung tak berisi?? Bolehkah kita mendapat keadaan sedemikian?

Cuba anda perhatikan blog-blog yang memang sudah terkenal. Hanya dengan menulis apa saja cerita serta-merta akan berpusu-pusu orang akan datang melawat blog mereka dan akan memberikan apa saja komen. Kalau pun dia tulis kucing dia beranak pun atau dia makan di mana pun atau hanya tulis apa khabar semua atau lain-lain lagi ini sudah memadai untuk mendapat ramai pengunjung.

Selain dari memang telah menulis sesuatu yang berkualiti sebelum ini, cuba anda perhatikan follower blog-blog seperti ini. Tentu 1K + atau lebih dasyhat lagi 10K+. Bila mereka menulis sesuatu tulisan mereka ini akan terpampang di beribu-ribu blog dan ini yang membuatkan blog mereka akan meraih banyak pengunjung. Dengan keadaan ini tak perlu main SEO atau Keyword, hanya satu tajuk yang menarik dah mencukupi. Betul tak?

Selepas tu kalau sesebuah blog itu ramai pengunjungnya maka biasanya blogger-blogger baru akan cuba mengetengahkan blog mereka di situ dan ini akan menambahkan lagi visitor mereka. Menyelam sambil minum air lah tu.

Tapi tidak semua blog mempunyai cerita yang sama. Memang banyak blog yang memang hebat dalam bermain keyword, membuat linking dengan blog atau keyword atau popular post yang lain dan sebagainya yang akan membuatkan blog mereka lebih baik kedudukannya dalam SEO internet. Hakikatnya banyak cara dalam meraih pelawat ke blog anda dan terpulanglah kepada cara kita menggunakan sepenuhnya bagaimana untuk mendapatkan perhatian umum..

Ini hanya pendapat peribadi. Sila Komen untuk lebih pendapat anda pula.. tq



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini