CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, May 20, 2013

ULAR TEDUNG SELAR

Ular tedung selar besar..


[Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah), [1] adalah ular berbisa dalam keluargaElapidae. Ia merupakan ahli tunggal genus Ophiophagus.
Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan MalaysiaIndia, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain.

Mungkin bukan ular yang terbesar tapi sebut saja nama ular, apatah lagi ular tedung pasti ramai yang akan merasa ketakutan. Bisa patukan ular memang tidak dapat dinafikan dan akan membawa maut jika tidak dirawat denga segera.]

[cerita lanjut....]







Ular tedung ini dijumpai sewaktu kerja-kerja menggali dan membersihkan parit di satu ladang kelapa sawit iaitu di Rumidi Estate. 




Panjang ular di anggarkan 10 kaki dan mengeluarkan bunyi dengusan yang agak menakutkan. Ular ini juga mampu meludahkan bisanya sejauh 5 kaki. Ular ini akhirnya kami biarkan menghilang di tengah-tengah semak di kawasan ladang dan tidak pernah di jumpai lagi selepas itu.






Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini