Largest ever crocodile captured at Philippine?
Kisah buaya besar yang di tangkap di seluruh dunia memang sentiasa menajdi berita hangat apatah lagi buaya besar itu adalah buaya yang pernah membaham manusia sebagai makanannya. Misalnya di Sarawak kisah buaya bujang senang hangat diperkatakan satu masa dahulu dan begitu juga dengan kisah buaya putih di sungai Kinabatangan Sabah yang juga mempunyai cerita yang sama.
Kisah ini senentiasa menjadi cerita orang ramai terutama yang tinggal di pesisir sungai tersebut yang mana walaupun perasaan takut terhadap buaya besar ini tidak perbah luput tapi kehidupan di situ mesti diteruskan dan pertemuan dengan buaya-buaya besar tidak dapat dielakkan demi untuk meneruskan kehidupan.
Baru-baru ini juga satu ekor buaya yang dipercayai terbesar pernah ditangkap telah ditangkap di bandar Bunawan Filipina setelah kerja menangkap buaya ini telah dilakukan lebih sebulan. Buaya ini yang sepanjang 21 kaki dari muncungnya ke hujung ekor dan berat lebih 1 tan yang mana penduduk di situ telah hidup dalam ketakutan selama lebih 20 tahun.
[ Kosmo.com ] melaporkan
- “Masyarakat lega,” kata Sumiller selepas buaya tersebut ditangkap.
- Namun, katanya: “Kami tidak pasti jika haiwan ini pemakan manusia kerana terdapat kelibat beberapa buaya lain di kawasan ini.”
- Kerajaan tempatan di bandar yang didiami 30,000 orang itu memutuskan untuk tidak membunuh buaya itu.
- Penduduk di bandar Bunawan sebaliknya mahu membina sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu.
- Seorang ketua bahagian hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, buaya tersebut mungkin yang terbesar pernah ditangkap di dunia.
- “Berdasarkan rekod kami yang sedia ada, buaya paling besar yang pernah ditangkap adalah 5.48 meter panjang,” katanya.
- Dalam laman rekod Guinness World Records, ia menyenaraikan seekor buaya yang paling besar pernah ditangkap ialah Cassius sepanjang 5.48 meter.
- Buaya jantan itu kini hidup di sebuah taman hidupan semula jadi di Australia.
- Media juga pernah melaporkan bahawa seekor buaya jantan sepanjang 6.2 meter pernah dibunuh di Papua New Guines pada 1982.
- Pasukan memburu haiwan itu di Bunawan itu datangnya dari sebuah ladang buaya yang dikendalikan kerajaan.
- Pada mulanya, umpan daging ayam, babi dan daging digunakan pada 15 Ogos lalu sebagai usaha untuk menangkap buaya itu.
Buaya pemakan manusia dan haiwan ternakan ini memang menakutkan kerana ianya boleh menyerang mangsa sebelum mangsa menyedari apa-apa. Apabila menyedari serangan itu semuanya sudah terlambat apatah lagi gigitan seekor buaya adalah antara yang terkuat dalam dunia binatang jikapun bukan yang terkuat - AFP.
Sumber photo:
Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.
Share