CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, January 28, 2015

GST 1 APRIL 2015

Salam semua,

Lama sudah pula tidak menulis di blog. Teringin pula berkongsi cerita  mengenai perkembangan semasa yang pastinya akan melibatkan semua iaitu Cukai Barangan (GST). Perlaksanaan GST pasti akan memberi kesan kepada semua tetapi yang paling terkesan ialah rakyat marhain yang selama ini mempunyai pendapatan yang hanya cukup-cukup.

1 April kita semua akan memulakannya dengan satu bentuk urusan-urusan yang akan mempunyai tambahan 6% pembayaran. Biarpun kerajaan memberi jaminan yang masih banyak barangan-barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan GST tapi pastinya sukar bagi kerajaan untuk memantau perkara tersebut. Bukan mudah untuk mengawasi semua urusan bisnes apa lagi pasti akan ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan untuk kepentingan sendiri.

Maklumat mengenai GST dan perlaksanaannya boleh didapati di http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_un.aspx

Ramalannya seperti yang berlaku di Singapura semasa perlaksanaan GST rakyat sangat mengalami kesannya pada 2 tahun pertama di mana peningkatan inflasi berlaku. Tidak dinafikan yang kerajaan akan mempunyai dana tambahan yang besar dari perlaksanaan GST ini dan jika kerajaan dapat menguruskan dana ini dengan baik pasti banyak kebaikan kepada pembangunan negara tetapi sebaliknya dan hanya membebankan rakyat jika gagal diurus dengan baik.

Terpulanglah kepada kita sebagai rakyat untuk mengharungi kehidupan mencabar selepas perlaksanaan GST.


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. Share

Entri-Entri terkini