Pemimpin Iran ini memang seorang yang berani dalam menghadapi Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya bukan sahaja di PPB tetapi di mana-mana jua. Dalam tindakan terbarunya beliau berpidato atau berucap di persidangan PPB dengan Kitab Al-Quran dan Kitab Injil di tangannya.
Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa kitab yang di bawa oleh para nabi adalah suatu tanda kebesaran yang hakiki tetapi manusia yang berperangai Syaitan lah yang selalu mengubahnya untuk kepentingan sendiri.
Para diplomat Amerika dan Eropah berjalan keluar dari dewan persidangan untuk menunjukkan boikot mereka terhadap Ahmadinejad ini..
Kita tengok petikan penuh dari id.news.yahoo
(telah aku ubahsuai untuk kesesuaian bahasa Malaysia...)
VIVAnews - Ada yang unik pada pidato Mahmoud Ahmadinejad di sidang tahunan Majlis Umum PBB di New York, Kamis 23 September 2010. Presiden Iran itu membawa kitab al-Qu'ran dan Alkitab. Bahkan dia mempertunjukkan kitab suci umat Muslim dan Kristian itu kepada para hadirin.
Aksi itu dilakukan Ahmadinejad pada pertengahan pidato, setelah para diplomat dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara lain melakukan aksi boikot (walkout). Saat mempertunjukkan dua kitab suci itu, Ahmadinejad membidas pelecehan terhadap al-Qur'an. "Kitab suci Qur'an merupakan Buku dari Ilahi dan keajaiban abadi bagi Islam," kata Ahmadinejad dalam pidatonya, sesuai dengan naskah yang dikirim ke laman rasmi PBB.