CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Mencari cinta sejati...dimanakah dikau..

Masih adakah cinta yang sejati atau hakiki?? Bercakap mengenai cinta memang amat mudah. Kita boleh mengatakan bahawa kita mencintai seseorang itu tetapi tahap 'cinta sejati' kita itu belum tetnu samapai ke mana. Bila 2 orang yang saling mengucapkan yang mereka mencintai pasangannya, adakah cinta mereka itu sejati? Mereka boleh dikatakan pasangan sejati tapi tidak lama kemudian mereka berpisah... Jadi dimanakah nilai cinta sejati mereka? Adakah hanya pada ungkapan sahaja.....


ni yang tak best..main kayu 3 @ 4  :-)

Dalam fazz.bloghi.com, penulisnya menulis tentang cinta seperti ini:

"Cinta...semua org mengatakan tentang cinta...cinta pandang pertama,jatuh cinta, ingin menyintai dan dicintai... tapi apakah kita layak menerima cinta yang hakiki???? Aku selalu tengok orang berpasangan kat PKN...n kat memana pun...tapi faham ke derang apa maksud cinta yang sebenarnya...dulu cikgu aku cakap,"kalau nak bercinta cari dulu 100 maksud cinta, kalau tak jgn harap nak bercinta!!"...tapi aku baru jumpa 5o maksud dier...lepas korang baca istilah nie baca la plak cerpen aku Mencari Cinta Hakiki.

1. Al-Mahabbah..............Kasih -sayang
2. Al-Alaqah.................Cinta, Hubungan, Segumpal Darah
3. Al- Hawa..................Hasrat, Nafsu, Keinginan
4. Ash-Shabwah.............Kerinduan
5. Ash- Shababah...........Kerinduan Yang Halus

(6........50)" lihat ke fazz.bloghi.com

Di laman web azlina.net cinta diungkapkan seperti di bawah:
CINTA hanyalah satu dilusi.betul!cinta itu tidak wujud sesama manusia.yang ada hanyalah nafsu untuk memiliki.dan kemudian bila sudah jemu kamu akan rasa seperti hendak mampus!. dan aku tujukan kata-kata ini khas buat kamu yang sedang berada dalam ilusi CINTA samada yang sedang gembira atau yang sedang bengang dan bangang!.
kamu boleh kata pemikiran aku seperti seorang ditaktor yang ego bersama pedang samurainya. tapi bagi aku [aku punya sukalah kan] CINTA itu hanya satu perkara yang membebankan kepala otak kamu bila sahaja kamu berada di dalamnya.
mana ada perkara yang bagus?kalau setakat dapat buat perkara bersama, contohnya makan, nonton wayang dan pegang-pegang..aku rasa tidak bagus mana pun. sebaliknya rasa sedih, pedih, sebal, bengan g dan bangang kerana CINTA itu lebih teruk dan buruk. dan muka pun macam beruk bila dilusi CINTA kamu sudah pecah!.hahaha!
dan CINTA juga adalah satu langkah kepada dosa kerana kamu MENIPU!sebab tidak ada cinta sejati sesama manusia. walaupun kamu sanggup berenang dilautan api kerana cinta. itu semua dilusi cinta bertemakan janji palsu. aku beri contoh, diri aku yang sedang menipu.seperti berpura-pura menjadikan dilusi cinta orang yang mencitai aku seperti benar. manada!
tapi…aku TIDAK cakap kasih sayang itu dilusi.kasih sayang itu wujud dan lebih benar dari CINTA palsu kamu dan juga bagus untuk kesihatan!
(Anga dalam Cinta Itu Pergi Mampus di blognya)
Sebenarnya tafsiran cinta sejati itu terpulanglah kepada seseorang dalam memahami maksudnya dan nilainya juga bergantung kepada setakat mana kepuasan cinta seseorang itu. Kadang-kadang dengan sedikit sahaja pengorbanan yang dilakukan sesorang itu sudah merasa puas dengan pergorbanan yang dilakukan pasangannya dan menilaikan pengorbanan itu sebagai tanda-tanda cinta sejati.. Tapi tidak semua orang akan merasa puas dengan sedikit pengorbanan sahaja.

Oleh itu saya katakan yang nilai cinta sejati itu bergantung kepada seseorang.. Biarpun sewaktu mengungkapkannya dia memang mengucapkan cinta yang sejati tetapi keadaannya tetap berlainan seiring dengan masa yang berlalu..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Dasar lelaki.... lain yang di tengok


Amin ialah seorang pakar Matematik terkemuka di dunia dan hendak berkahwin. Tetapi dia didalam dilema kerana terpaksa memilih antara 3 wanita yang dirasanya memang yang paling sempurna untuk menjadi bakal isterinya. Maka lelaki ini membuat satu strategi dimana dia beri setiap seorang wanita tersebut dengan wang berjumlah RM10,000 dan tengok apa yang mereka akan buat dengan duit tersebut.

Wanita pertama membuat total-makeover. Dia pergi ke salon kecantikan, set rambut, buat facial-treatment. Kemudian pegi pula ke pusat perapian terperinci untuk mencantikkan lagi bodynya. Selebihnya dia belanjakan dengan membeli baju yang cantik2 dan seksi2. Dia beritahu Amin yang dia berbuat demikian kerana dia cintakan Amin dan sanggup berhabis semata2 untuk kelihatan menarik di depan mata Amin. Amin sangat kagum dan terharu.

Wanita kedua pergi shopping untuk membeli hadiah kepada Amin. Dia beli set golf club baru, handphone baru, XBOX 360, laptop Macintosh terbaru dan tak lupa juga suit-suit Calvin Klein untuk Amin. Semasa dia membe! ri hadiah2, wanita itu berkata kerana terlalu sayangkan Amin, dia sanggup membelanjakan semua RM10,000 tu untuk lelaki tersebut. Sekali lagi, Amin kagum dan terharu.


Share

Wednesday, April 21, 2010

BAGAIMANA UNTUK MEMIKAT WANITA IDAMAN ANDA...

Setiap orang lelaki pasti akan mahukan wanita dalam hidupnya. Jadi bagaimana untuk memikat wanita idaman anda? Pastinya wanita itu tidak akan datang kepada anda dengan begitu sahaja. Di sini saya akan berkongsi apa2 sahaja yang saya fikirkan boleh membantu anda untuk memikat wanita idaman anda..


Untuk memikat wanita anda mesti:


Setkan siapa yang hendak anda pikat. Di sini amat penting kerana fokus anda akan lebih jika anda mempunyai target. Tanya diri anda kenapa anda ingin memikat wanita tersebut samada untuk jadi girlfriend saja atau untuk dijadikan isteri. Tetapi ada baiknya jika kita ingin memikat wanita kita mesti mempunyai niat yang baik. Tidak rugi berbuat demikian.




Sekarang anda telah mempunyai wanita idaman. Jadi apa langkah anda yang seterusnya? Sebelum itu anda harus persiapkan diri untuk melangkah ke arah hubungan yang lebih bererti. Anda perlulah sekurang2nya mempunyai pendapatan yang tetap atau kerja kerana inilah pokok pangkal hubungan itu nanti. Sukar untuk menjalin sesuatu hubungan tanpa wang (Yang saya cerita ni ialah hubungan yang betul2). Kalau wanita yang tahu menilai masa depannya mesti wanita itu akan terfikir kalau aku buat hubungan dengan dia dan kahwin nanti "SUSAH' kerana macamana untuk makan dan minum keluarga.? Belum lagi keperluan lain. Takkan saya yang akan tanggung dia dan keluarga nanti??
Wanita yang matang pasti akan fikir begitu. Bukan macam budak2 sekolah yang tengok 'hensom' wahhhh suka gile setengah mati. Maca tidak pijak tanah dia...


Seterusnya anda mesti berusaha untuk menghampiri wanita tersebut. Tunjukkan yang anda sudah jatuh cinta dengannya. Tetapi jangan terlalu gelojoh dengan tindakan anda. Mesti perlahan2 agar dia tidak terkejut nanti. Lagi senang jika wanita itu sering berdekatan dengan anda. Sering bersama dan tunjukkan yang anda selalu ingin bersamanya. Tolong di mana-mana yabg boleh anda tolong. Kata orang perasaan itu boleh dipupuk @ terpupuk dengan keramahan, kemesraan dan apa lagi kalau sering bersama lama2 muka anda ja yang dia nampak.


Cuba ajak dia untuk keluar makan. Cari jalan untuk menunjukkan keikhlasan anda, ajaklah dia dengan kata-kata yang paling halus, simbolik dan indah.. Kadang-kadang boleh juga bergurau kepadanya dengan kata-kata 'bila mau belanja saya makan' dan sebagainya. Lama-kelamaan jika anda sering muncul di depannya anda akan selalu terbayang dalam fikirannya dan membuatkan nya akan jatuh cinta dengan anda.






Untuk melafazkan jatuh cinta anda, carilah masa yang paling sesuai dan paling mengharukannya. Misalannya waktu si dia celebrate birthday ke, tapi pilih masa di mana dia sedang gembira kerana pasti fikirannya tidak bercelaru pada masa itu. 


Sebelum anda ada sebarang hubungan rasmi dengan wanita idaman anda, jangan terlalu tunjukkan sifat cemburu anda. Cemburu memang ada juga kebaikannya tetapi dalam kes ini sifat ini tidak sesuai ditunjukkan. Wanita itu pasti akan fikir "Aik..belum apa2 dah kontrol kita". Ini akan pasti merugikan kita dan membantu menggagalkan usaha kita untuk memikat wanita tersebut.


Satu lagi yang boleh di buat ialah cuba cari jalan untuk selalu memberikan hadiah kepada wanita idaman anda. Periksa apa hadiah kegemaran si dia dan usahakan untuk memberikan hadiah tersebut kepadanya. Buat dalam cara yang paling simple dan paling murah. Si dia pasti akan tersenyum sendiri..

Jika wanita idaman anda mempunyai masalah, cuba tunjukkan yang anda taking care dengan si dia. tunjukkan yang anda cuba membantu dia menghadapi masa sukarnya dengan seikhlas-ikhlasnya tanpa sebarang balasan (Walaupun anda sebenarnya mengharapkan balasannya :-))

Apapun tindakan anda, jangan sekali-kali buat sesuatu yang kepura-puraan misalnya pura-pura banyak duit dsb. Hubungan yang dijalin macam ni tidak akan berpenjangan atau berkekalan kecuali anda dapat berubah selepas hubungan.  

Ok.. Good luck dalam cubaan memikat wanita idaman anda






Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini