Masih adakah cinta yang sejati atau hakiki?? Bercakap mengenai cinta memang amat mudah. Kita boleh mengatakan bahawa kita mencintai seseorang itu tetapi tahap 'cinta sejati' kita itu belum tetnu samapai ke mana. Bila 2 orang yang saling mengucapkan yang mereka mencintai pasangannya, adakah cinta mereka itu sejati? Mereka boleh dikatakan pasangan sejati tapi tidak lama kemudian mereka berpisah... Jadi dimanakah nilai cinta sejati mereka? Adakah hanya pada ungkapan sahaja.....
ni yang tak best..main kayu 3 @ 4 :-)
Dalam fazz.bloghi.com, penulisnya menulis tentang cinta seperti ini:
"Cinta...semua org mengatakan tentang cinta...cinta pandang pertama,jatuh cinta, ingin menyintai dan dicintai... tapi apakah kita layak menerima cinta yang hakiki???? Aku selalu tengok orang berpasangan kat PKN...n kat memana pun...tapi faham ke derang apa maksud cinta yang sebenarnya...dulu cikgu aku cakap,"kalau nak bercinta cari dulu 100 maksud cinta, kalau tak jgn harap nak bercinta!!"...tapi aku baru jumpa 5o maksud dier...lepas korang baca istilah nie baca la plak cerpen aku Mencari Cinta Hakiki.
1. Al-Mahabbah..............Kasih -sayang
2. Al-Alaqah.................Cinta, Hubungan, Segumpal Darah
3. Al- Hawa..................Hasrat, Nafsu, Keinginan
4. Ash-Shabwah.............Kerinduan
5. Ash- Shababah...........Kerinduan Yang Halus
2. Al-Alaqah.................Cinta, Hubungan, Segumpal Darah
3. Al- Hawa..................Hasrat, Nafsu, Keinginan
4. Ash-Shabwah.............Kerinduan
5. Ash- Shababah...........Kerinduan Yang Halus
(6........50)" lihat ke fazz.bloghi.com
CINTA hanyalah satu dilusi.betul!cinta itu tidak wujud sesama manusia.yang ada hanyalah nafsu untuk memiliki.dan kemudian bila sudah jemu kamu akan rasa seperti hendak mampus!. dan aku tujukan kata-kata ini khas buat kamu yang sedang berada dalam ilusi CINTA samada yang sedang gembira atau yang sedang bengang dan bangang!.
kamu boleh kata pemikiran aku seperti seorang ditaktor yang ego bersama pedang samurainya. tapi bagi aku [aku punya sukalah kan] CINTA itu hanya satu perkara yang membebankan kepala otak kamu bila sahaja kamu berada di dalamnya.
mana ada perkara yang bagus?kalau setakat dapat buat perkara bersama, contohnya makan, nonton wayang dan pegang-pegang..aku rasa tidak bagus mana pun. sebaliknya rasa sedih, pedih, sebal, bengan g dan bangang kerana CINTA itu lebih teruk dan buruk. dan muka pun macam beruk bila dilusi CINTA kamu sudah pecah!.hahaha!
dan CINTA juga adalah satu langkah kepada dosa kerana kamu MENIPU!sebab tidak ada cinta sejati sesama manusia. walaupun kamu sanggup berenang dilautan api kerana cinta. itu semua dilusi cinta bertemakan janji palsu. aku beri contoh, diri aku yang sedang menipu.seperti berpura-pura menjadikan dilusi cinta orang yang mencitai aku seperti benar. manada!
tapi…aku TIDAK cakap kasih sayang itu dilusi.kasih sayang itu wujud dan lebih benar dari CINTA palsu kamu dan juga bagus untuk kesihatan!
(Anga dalam Cinta Itu Pergi Mampus di blognya)
Sebenarnya tafsiran cinta sejati itu terpulanglah kepada seseorang dalam memahami maksudnya dan nilainya juga bergantung kepada setakat mana kepuasan cinta seseorang itu. Kadang-kadang dengan sedikit sahaja pengorbanan yang dilakukan sesorang itu sudah merasa puas dengan pergorbanan yang dilakukan pasangannya dan menilaikan pengorbanan itu sebagai tanda-tanda cinta sejati.. Tapi tidak semua orang akan merasa puas dengan sedikit pengorbanan sahaja.
Oleh itu saya katakan yang nilai cinta sejati itu bergantung kepada seseorang.. Biarpun sewaktu mengungkapkannya dia memang mengucapkan cinta yang sejati tetapi keadaannya tetap berlainan seiring dengan masa yang berlalu..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Share