CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label buang bayi. Show all posts
Showing posts with label buang bayi. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Hukuman kepada Pembuang Bayi...Hukuman Gantung atau 30 tahun Penjara...

Setelah kes buang bayi semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini maka Parlimen akhirnya telah meluluskan satu rang undang-undang sebagai hukuman bagi kesalahan membuang bayi di negara ini. Jika bayi yang di buang didapati telah meninggal dunia maka hukuman yang akan dikenakan adalah hukuman gantung sampai mati. jika bayi yang dibuang masih hidup ketika ditemui maka pesalah akan dikenakan dakwaan cubaan membunuh di mana hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara 30 tahun..

Rata-rata penduduk menyambut baik keputusan Parlimen ini termasuklah NGO dan juga orang awam. Keputusan meluluskan undang-undang baru ini dipercayai akan mengurangkan secara drastik kes pembuangan bayi yang seakan menjadi amalan di negara kita sekarang.

Masalah utama dalam pembuangan bayi ini ialah keadaan di mana pasangan yang menjalinkan hubungan dan akhirnya terlanjur kerana gagal mengawal nafsu dan perasaan dan apabila sudah mengandungkan anak diluar nikah maka anak itu akan dibuang selepas dilahirkan. Masalah mengandung dikalangan remaja juga ditahap membimbangkan. kita sering didedahkan dengan berita tentang remaja perempuan yang baru berusia 14-15 tahun yang mengamalkan seks bebas dimana semuanya adalah disebabkan oleh tarikan seks yang ditonjolkan di internet atau di mana-mana. Perlu diingatkan bahawa video seperti ini juga sangat mudah di download ke handphone yang semakin canggih sekarang.

Oleh kerana jaringan internet melalui handphone amat sukar dikawal maka di sinilah pengaruh seks ini diperolehi dan akhirnya menjebakkan remaja tersebut ke arah pergaulan bebas dan akhirnya seks bebas. Apabila sudah kerap kali terlanjur dan "termengandung'' maka di sinilah potensi pembuangan bayi akan berlaku.. Ini kerana remaja sewaktu melakukannya tidak merasa malu dan asyik fikir kenikmatan yang dirasakannya, malangnya akan berasa malu apabila mengandungkan anak luar nikah..

Keputusan Parlimen dalam meluluskan rang undang-undang terhadap pesalah buang bayi ini memang bertepatan dengan waktu ataupun sepatutnya lebih awal lagi..

Timbul persoalan bagaimana mengesan pesalah yang membuang bayi tanpa dilihat?? Datuk Sharizat Abdul Jalil menjelaskan yang ujian DNA juga akan dilakukan ke atas tertuduh seperti yang dilakukan terhadap jenayah berat yang lain. Jadi tidak timbul keraguan dalam menjelaskan siapa pesalah yang sebenarnya kerana penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap pesalah membuang bayi adalah secara menyeluruh..

Kepada remaja dan sesiapa sahaja kita harus mengambil berat tentang undang-undang ini. Menyesal dahulu pendapatan..menyesal kemudian apalah gunanya.. semuanya sudah terlambat pada waktu itu...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, June 3, 2010

16 pelajar dikesan hamil luar nikah

Oleh Hamid Salleh
bhkt@bharian.com.my
2010/06/03

KUALA TERENGGANU: 
Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.
Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu.

Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini. 

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu.

Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.

Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.

“Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, May 29, 2010

Remaja perempuan, kakak ditahan reman kes tanam bayi

Suspek pelaku akhirnya ditahan untuk siasatan lanjut. Inilah masalah kalau tahu  mau sedap dan syok saja bikin anak saja tetapi tidak ada tanggungjawap untuk masa depan anaknya yang terhasil itu.


Dua remaja adik-beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Shah Alam, semalam, bagi membolehkan polis mendapatkan perintah tahanan reman terhadap mereka dalam kes penemuan mayat bayi yang ditanam.


SHAH ALAM 28 Mei - 

Lima hari selepas penemuan mayat seorang bayi lelaki yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini, polis hari ini mendapat perintah untuk menahan reman seorang pelajar perempuan dan kakaknya bagi membantu siasatan kes itu. Pelajar berusia 17 tahun dan kakaknya yang berumur 24 tahun itu ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz di Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Pelajar perempuan terbabit yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan ditahan di sekolahnya di Klang pagi semalam, manakala kakaknya turut ditahan pada hari yang sama.
Dalam kejadian Isnin lalu, mayat bayi malang itu ditemui seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melaporkan kewujudan sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Polis kemudian menemui mayat bayi berkenaan yang dibalut dengan lampin dan dipercayai baru dilahirkan ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa. Hasil bedah siasat mendapati, bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan iaitu antara enam hingga tujuh bulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman kedua-dua individu tersebut bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan bapa kepada bayi terbabit.

sumber:
Utusan

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini