CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label moral. Show all posts
Showing posts with label moral. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Suami melutut meminta maaf kepada ibu dan isteri di mahkamah

Inilah yang berlaku apabila dia mendapati dirinya sudah terlalu jauh menyimpang dari kehidupan normal manusia.. Keluarga tidak difikirkan sebelum melakukan satu perbuatan yang telah menghancurkan dirinya dan juga mencalar maruah keluarga. Bila sudah menyedari kesalahan yang telah dilakukan ianya tidak boleh dielakkan lagi di mana akibatnya terpaksa ditanggung bukan sahaja dirinya malah seluruh keluarganya.. Bagaimana anggota keluarga menghadapi masyarakat lagi.. Hanya dengan jelingan orang sekeliling sudah cukup untuk memedihkan perasaan..Tapi segala-galanya telah berlaku...Hanya penyesalan yang boleh dilakukan walaupun itu tidak dapat mengubah apa-apa yang telah dilakukannya...

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2010/07/14

Lelaki bersalah merompak dikenakan bon jaminan 3 tahun

KUALA LUMPUR: Suasana sayu menyelubungi prosiding di Mahkamah Sesyen semalam, apabila seorang pekerja firma guaman menangis teresak-esak memohon kemaafan daripada ibu, isteri dan dua anaknya, sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya atas kesalahan merompak secara berkumpulan, dua tahun lalu.

Mohd Kamal Harman, 30, melutut di depan ibunya memohon kemaafan sehingga isterinya yang mendukung bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan juga tidak dapat menahan perasaan dan turut menangis.

Dia berbuat demikian selepas diminta Hakim Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Terdahulu, Zainal menasihati Mohd Kamal supaya insaf dan menyedari kesalahannya serta berulang kali menyoal tertuduh mengapa melakukan kesalahan itu.

“Cuba lihat anak kamu, bagaimana kamu tergamak merompak? Adakah mereka patut dipersalahkan jika kamu dipenjara? Cuba lihat ibu kamu, siapa yang akan menjaganya jika kamu dipenjara? Sedangkan kamu mempunyai pendapatan yang baik, iaitu RM1,800, ” katanya.

Zainal berkata, kesalahan Mohd Kamal itu serius dan beliau kemudian menyoal tertuduh apa yang diperoleh hasil perbuatannya itu.
Mohd Kamal berkata, beliau hanya memperoleh RM600.

Zainal menasihati tertuduh dengan berkata: “Cuba lihat anak kamu, sampai hati kamu nak beli susu atau beli makanan untuk ibu dengan guna duit (haram) itu?”
Bagaimanapun, tertuduh dilihat menundukkan wajah dan mengesat air matanya.

Zainal dalam penghakimannya, memerintahkan tertuduh dikenakan bon jaminan dengan cagaran RM3,000 untuk berkelakuan baik selama tiga tahun mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah, membayar ganti rugi RM1,000 kepada mangsa dan kos pendakwaan RM1,000.

Mohd Kamal dituduh bersama tiga masih bebas merompak telefon bimbit Nokia, wang tunai RM250 dan AS$351 (RM1,123.20) milik Dzulfadly Johare, 28, di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, jam 6 petang, 30 Disember 2007.


sumber:
-beritaharian-


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 2, 2010

257,000 sijil kelahiran tanpa bapa..Banyaknya???

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.
Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.
“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.
“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.
 

Angka itu merupakan satu angka yang besar..yang paling penting sekarang ialah mencari penyelesaian sehingga akar umbi...tidak boleh berlengah lagi..selagi tidak berbuat apa-apa maka statistik itu akan terus meningkat dan amat membimbangkan..



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini