CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Gadis hilang rupanya mengikut teman lelaki

Kampar 11 Ogos,
Gadis yang dilaporkan hilang selepas keluar dari sekolahnya SMK Kampar, Seri Najwa Ferda Hasan (gambar) ditemui di Batu Pahat 440km dari rumahnya.

 Gambar utusan Malaysia


Gadis ini di temui di tepi jalan Johor-air Hitam kira-kira jam 9 malam di gerai kerepek sebelum tangkapan di buat. Gadis ini dikatakan mengikut teman lelakinya seorang Melayu kata Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh.



Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 22, 2010

Misai Merah, muka garang, pencuri kereta pacuan 4 roda..huhu..bila ditangkap polis terkencing juga...

KUALA TERENGGANU: Ketua kumpulan penjenayah Geng Awang Misai Merah yang bersembunyi selepas meloloskan diri daripada beberapa serbuan polis sebelum ini, ditangkap selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu menyerbu sebuah rumah di Kemaman, pagi semalam.

 Awang misai merah

Lelaki berusia 48 tahun yang benar-benar mempunyai misai lebat perang kemerahan dan nampak garang itu bagaimanapun tidak gah seperti disangka kerana ketika serbuan jam 7 pagi itu, dia dikatakan beberapa kali terkencing dalam seluar.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan yang mengesahkan mengenai penahanan ketua kumpulan itu berkata, suspek ditahan bersama dua anak lelakinya berusia 17 dan 24 tahun.
Beliau berkata, dalam serbuan hasil risikan dan maklumat orang ramai itu, polis menemui tiga kenderaan, termasuk yang mempunyai kesan ubah suai pada casis.

“Berikutan itu, kedua-dua kenderaan berkenaan dirampas dan dibawa ke IPK untuk ujian forensik dan kita juga akan memohon perintah reman terhadap semua suspek,” katanya.

Geng Awang Misai Merah digeruni kerana dikatakan mempunyai rangkaian hampir di seluruh negeri ini dan kumpulan itu dipercayai menjadikan kawasan pedalaman sebagai lokasi pasaran kenderaan curi selain menjadikan pemilik kenderaan pacuan empat roda sebagai sasaran.

Difahamkan, beberapa siri serbuan ke bengkel kenderaan sudah dilakukan sebelum ini bagi menjejakinya namun ketua kumpulan berkenaan licik dan terlepas malah dia dipercayai berpindah-randah menyebabkan polis sukar menjejakinya.
Dengan tertangkapnya ketua kumpulan itu, pihak berkuasa percaya satu kumpulan curi kenderaan berat yang bergiat aktif di negeri ini sudah dilumpuhkan.



Seperti yang diceritakan di beritaharian


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, July 14, 2010

Bapa gaji rm17,000 sebulan tetapi abaikan anak..Demi dua cucu, bapa saman anak RM20,000

Kesibukan kerja seharian menyebabkan seorang bapa kesuntukan masa untuk melihat-lihat 2 anaknya. Oleh sebab bapa kepada orang ini melihat keadaan yang kurang bertanggungjawap ini maka dia mengambil keputusan untuk menyaman anaknya sendiri agar anaknya ini lebih bertanggungjawap dalam menjaga cucunya yang seakan-akan diabaikan itu...

 

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2010/07/14

MUSTAFA hadir pada pembicaraan tuntutan nafkah terhadap anak lelakinya untuk dua cucu di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, semalam.
MUSTAFA hadir pada pembicaraan tuntutan nafkah terhadap anak lelakinya untuk dua cucu di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, semalam.
 
Mustafa turut meminta defendan mohon maaf tak pulang rumah

KUALA TERENGGANU: "Saya terpaksa ambil tindakan saman kerana ini saja cara untuk kami bertemu semula dengan dia, demi dua anaknya," kata Mustafa Ismail, 64, yang menyaman anaknya, seorang pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga dua anak.

Mustafa yang pada mulanya keberatan untuk ditemubual ketika dikunjungi Berita Harian di rumahnya di Kampung Beladau Kolam, di sini, berkata dia buntu memikirkan masa depan dua cucu yang ditinggalkan bersamanya, sekali gus terpaksa memilih jalan terakhir itu bagi membolehkannya bertemu anak lelakinya, Nasrun Mustafa, 37, yang dikatakan berpendapatan RM17,000 sebulan.

Pesara sebuah syarikat cari gali itu berkata, dia sudah tidak bekerja, malah kesihatannya juga kurang baik kebelakangan ini menyebabkan dia tidak mampu menyediakan kewangan mencukupi untuk dua cucu kesayangannya itu yang masing-masing kini belajar di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

“Saya hanya mahu dia pulang supaya kami dapat bertemu. Selama tujuh tahun dia tidak pernah menjenguk kami, kedua ibu bapanya dan dua anaknya... dia tidak pernah memberi nafkah kepada anaknya,” katanya.

Isteri Mustafa, Mariam Abdullah, 54, pula berkata anak sulungnya itu berkahwin dengan isteri pertamanya yang berasal dari Kampung Batu Hampar, Telemong, Hulu Terengganu pada 1994, sebelum bercerai pada 1 Julai 1997. Bagaimanapun, perceraian mereka disahkan pada 30 Disember 1998.

Dia berkata, selepas pasangan itu bercerai, dua cucunya dijaga oleh bekas menantunya hingga 2004, manakala anak lelakinya tidak pernah mengambil tahu perihal anak mereka. Bagaimanapun, selepas berkahwin lain, bekas menantunya menyerahkan penjagaan cucunya kepada dia dan suami.
“Anak lelaki mak cik pun berkahwin lain selepas bercerai dengan isteri pertama. Entah di mana silapnya, sejak itulah dia berubah, tidak pernah menjenguk kami dan dua anaknya. Malah, perbelanjaan anaknya juga tidak pernah diberi. Mak cik bukan nak memuji, sebelum berkahwin kali kedua, Nasrun seorang anak yang sangat baik.

“Bercakap dengan mak ayah pun ‘beraluh’ (sopan santun), sembahyang pun tidak pernah tinggal, malah sebagai anak sulung dan abang kepada enam adik, dia sangat mengambil berat hal keluarga. Siapalah yang tidak sedih apabila perkara begini terjadi kepada keluarga,” katanya sambil menyeka air mata dengan tudung dipakainya.

Mariam yang lebih dikenali sebagai Zaharah di kalangan penduduk kampung itu berkata, sebagai nenek, dia kasihan melihat cucunya yang sering bertanyakan perihal ibu bapa sehingga ada beberapa waktu pelajaran cucunya merosot, sedangkan mereka adalah pelajar pintar di sekolah.

Katanya, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu Nasrun adalah ketika hendak pergi menunaikan haji lebih tujuh tahun lalu.

Pagi semalam, Mustafa memfailkan tuntutan terhadap Nasrun di Mahkamah Rendah Syariah di sini, untuk memberi nafkah kepada dua cucunya.

Mustafa menuntut tunggakan nafkah berjumlah RM20,000 untuk dua cucunya itu serta mengemukakan dua lagi tuntutan iaitu meminta defendan yang bekerja sebagai pengurus pelantar minyak syarikat beribu pejabat di Kuala Lumpur membayar nafkah dua anaknya RM800 sebulan secara potongan gaji.

Plaintif juga mahu defendan memohon maaf kepadanya kerana mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya dan tidak pulang ke rumah sejak tujuh tahun lalu.

Peguam plaintif, Fazru Anuar Yusoff, berkata Nasrun yang tidak diwakili peguam tidak hadir ke mahkamah, tetapi mengemukakan permohonan melalui surat supaya kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.

Terdahulu, Hakim Kamarulazmi Ismail menasihatkan supaya kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah kerana perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan sangat mengaibkan apabila ia dirujuk ke mahkamah, berikutan membabitkan hubungan antara anak dan bapa.

“Kalau sudah bawa ke mahkamah, memang cukup mengaibkan. Kes pertama seumpama ini pernah berlaku di Negeri Sembilan apabila ibu bapa memfailkan tuntutan di mahkamah disebabkan anak kandung dan suaminya memungkiri janji untuk menjaga kebajikan mereka, selepas bapanya memindah milik nama rumah kepada anak perempuannya itu.

“Walaupun ibu bapa itu menang kes berkenaan, dari segi hukum memang tidak sepatutnya perkara seperti itu berlaku. Rasulullah SAW pernah menyebut orang yang derhaka kepada ibu bapanya akan mendapat balasan di dunia. Kalau ketika ini dia hidup senang dengan pendapatan berbelas ribu ringgit, tetapi ia tidak akan kekal lama,” katanya.

Kamarulazmi kemudian menetapkan 24 Ogos ini untuk tarikh sebutan semula kes.

sumber:
-beritaharian-


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Suami melutut meminta maaf kepada ibu dan isteri di mahkamah

Inilah yang berlaku apabila dia mendapati dirinya sudah terlalu jauh menyimpang dari kehidupan normal manusia.. Keluarga tidak difikirkan sebelum melakukan satu perbuatan yang telah menghancurkan dirinya dan juga mencalar maruah keluarga. Bila sudah menyedari kesalahan yang telah dilakukan ianya tidak boleh dielakkan lagi di mana akibatnya terpaksa ditanggung bukan sahaja dirinya malah seluruh keluarganya.. Bagaimana anggota keluarga menghadapi masyarakat lagi.. Hanya dengan jelingan orang sekeliling sudah cukup untuk memedihkan perasaan..Tapi segala-galanya telah berlaku...Hanya penyesalan yang boleh dilakukan walaupun itu tidak dapat mengubah apa-apa yang telah dilakukannya...

Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2010/07/14

Lelaki bersalah merompak dikenakan bon jaminan 3 tahun

KUALA LUMPUR: Suasana sayu menyelubungi prosiding di Mahkamah Sesyen semalam, apabila seorang pekerja firma guaman menangis teresak-esak memohon kemaafan daripada ibu, isteri dan dua anaknya, sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya atas kesalahan merompak secara berkumpulan, dua tahun lalu.

Mohd Kamal Harman, 30, melutut di depan ibunya memohon kemaafan sehingga isterinya yang mendukung bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan juga tidak dapat menahan perasaan dan turut menangis.

Dia berbuat demikian selepas diminta Hakim Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya.

Terdahulu, Zainal menasihati Mohd Kamal supaya insaf dan menyedari kesalahannya serta berulang kali menyoal tertuduh mengapa melakukan kesalahan itu.

“Cuba lihat anak kamu, bagaimana kamu tergamak merompak? Adakah mereka patut dipersalahkan jika kamu dipenjara? Cuba lihat ibu kamu, siapa yang akan menjaganya jika kamu dipenjara? Sedangkan kamu mempunyai pendapatan yang baik, iaitu RM1,800, ” katanya.

Zainal berkata, kesalahan Mohd Kamal itu serius dan beliau kemudian menyoal tertuduh apa yang diperoleh hasil perbuatannya itu.
Mohd Kamal berkata, beliau hanya memperoleh RM600.

Zainal menasihati tertuduh dengan berkata: “Cuba lihat anak kamu, sampai hati kamu nak beli susu atau beli makanan untuk ibu dengan guna duit (haram) itu?”
Bagaimanapun, tertuduh dilihat menundukkan wajah dan mengesat air matanya.

Zainal dalam penghakimannya, memerintahkan tertuduh dikenakan bon jaminan dengan cagaran RM3,000 untuk berkelakuan baik selama tiga tahun mengikut Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah, membayar ganti rugi RM1,000 kepada mangsa dan kos pendakwaan RM1,000.

Mohd Kamal dituduh bersama tiga masih bebas merompak telefon bimbit Nokia, wang tunai RM250 dan AS$351 (RM1,123.20) milik Dzulfadly Johare, 28, di tempat letak kenderaan sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, jam 6 petang, 30 Disember 2007.


sumber:
-beritaharian-


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, July 1, 2010

Umur sudah 90 tahun tetapi masih kuat nafsu seks...

Umur sudah 90 tahun tetapi nafsu seksnya masih membara-bara..Huhu..Bukan mudah untuk ke tahap itu tapi bila sudah 90 tahun dan muka sudah kerepot, siapa lagi wanita yang mahukan anda? Amat mustahil jika anda berumur 90 tahun tetapi masih memiliki muka yang 'hensem'...Mungkin itulah sebabnya lelaki Australia ini tidak dapat menahan nafsunya dan menjadikan kanak-kanak bawah umur yang belum matang sebagai mangsa seksnya..

 

Share

Syaitan bertopengkan manusia...Kes terbongkar, petani yang rogol 3 anaknya larikan diri

Apa punya jenis manusia yang berkelakuan seperti binatang yang tidak bertamadun..kerana gagal mengawal nafsu gilanya...anak sendiri menjadi mangsa nafsu seks nya...Pelaku seperti ini patut dihukum sekeras-kerasnya kerana kezaliman yang dilakukannya....

2010/07/01

KOTA KINABALU: Seorang petani berusia 40 tahun dipercayai melarikan diri ke dalam hutan di Kota Marudu, 150 kilometer dari sini, selepas kegiatan merogol tiga anak kandungnya sejak awal tahun ini terbongkar, kelmarin.

Suspek yang berpisah dengan isterinya sejak lima tahun lalu tinggal bersama ketiga-tiga anak perempuannya di Kampung Talangkapas dekat Kota Marudu, dipercayai mula merogol anaknya, masing-masing berusia 11, 13 dan 14 tahun di rumahnya sejak awal tahun ini. 

Share

Entri-Entri terkini