CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, October 15, 2009

BERAS PERCUMA ADALAH GIMIK POLITIK !!!!!

Cash harap kupon beras percuma diedar cara adil, jujur

14th October, 2009
 
KOTA KINABALU: Pergerakan Pengguna Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuah (Cash) berharap pengedaran kupon beras percuma kepada keluarga miskin di negeri ini dapat dilaksanakan secara adil dan jujur.
Presidennya, Datuk Patrick Sindu berkata ia penting bagi memastikan pengagihan kupon itu sampai kepada golongan sasaran dan tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau mendakwa, banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini untuk membantu rakyat miskin tetapi masih ramai orang miskin terutamanya di kawasan luar bandar yang belum menerimanya.
“Oleh itu apa saja jenis bantuan kerajaan untuk rakyat miskin termasuk pemberian kupon beras percuma, perlu dipantau dan diteliti dengan baik agar sampai kepada sasaran.
“Bagi mengelak ia tidak disalahgunakan saya mencadangkan supaya pertubuhan bukan kerajaan yang tiada kaitan dengan politik dilibatkan untuk mengagih-agihkannya dan bukannya ahli politik,” katanya, ketika dihubungi di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata, pemberian kupon khas itu adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
Menteri itu berkata menerusi program subsidi itu kira-kira 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 sebulan di luar bandar akan menerima kupon bagi 30 kg beras percuma setiap bulan manakala lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan di bandar dan RM1,000 sebulan di luar bandar akan menerima tiga kupon subsidi bernilai RM10 setiap satu enam bulan sekali.
Patrick yang juga naib presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata pemberian kupon itu memang baik tetapi ia akan membuatkan rakyat menjadi pemalas kerana terlalu bergantung kepada bantuan.
“Mereka (Orang miskin) sepatutnya berusaha sendiri kerana di Sabah, banyak tanah untuk bercucuk tanam .. kalau bantuan ini dihentikan, apa akan jadi sama dorang? Kita tidak boleh manjakan mereka dengan memberikan banyak bantuan,” katanya.
Katanya lagi, mungkin ada orang akan melihatnya sebagai ‘gimik politik’ dan ‘satu pancingan’ bagi menarik perhatian orang ramai.
“Oleh itu saya berharap pengedaran kupon itu dapat dilaksanakan secara bijaksana dan adil bagi mengikis tanggapan orang ramai bahawa pengedarah kupon beras percuma adalah ‘gimik politik’,” katanya.

Sumber:
Sabah times
Share

1 comment:

Kennee said...

Artikel yang menarik...
Btw, nanged ya post on innit d...and also clicked on ya ads... ^^

Entri-Entri terkini