CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, February 24, 2012

HATI-HATI KAUM WANITA







REMINDER TO ALL WOMEN ::: Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita ~ Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..





Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Thursday, February 3, 2011

Bahaya minuman tin bergas !!

READ THIS IT IS VERY IMPORTANT!
 WASH THEM FIRST
( Please Don't Erase this message before forwarding )on!2.471176199@web54007.mail.re2.yahoo.com

This is Serious!

This incident happened recently in North Texas ..
A woman went boating one Sunday taking with her some cans of coke
which she put into the refrigerator of the boat.
On Monday she was taken to the hospital and placed in the Intensive Care Unit.
She died on Wednesday.

The autopsy concluded she died of Leptospirosis (a kind of liver problem causing internal bleeding and  jaundice) .
This was traced to the can of coke she drank from, not using a glass.
Tests showed that the can was infected by dried rat urine and
hence the disease Leptospirosis
.

Rat urine contains toxic and deadly substances.
It is highly recommended to thoroughly wash the upper part
of
all soda cans before drinking out of them.
The cans are typically stocked in warehouses and transported straight to the shops without being cleaned..

A study at NYCU showed that the tops of
all soda cans are more contaminated than public toilets (i.e.). full of germs and bacteria. So wash them with water before putting them to the mouth to avoid any kind of fatal accident.

3.471176199@web54007.mail.re2.yahoo.com
Please forward this message to all the people you care about.

I JUST DID


Sebenarnya yang bahaya itu adalah jika kita meletakkan minuman tin itu di mana-mana saja! Tikus boleh bermain di tin tersebut dan boleh menjangkitkan virus melalui kencingnya. Jadi hati-hatilah dalam meletakkan minuman tin anda. Pastikan ianya diletakkan dalam tempat yang tertutup atau yang paling selamat ialah basuh dulu tin itu sebelum di minum isinya.


Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, December 28, 2010

AWEK BOGEL NAIK BAS

Wanita bogel naik bas di Singapura



SINGAPURA - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan.

Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya.

Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan.

Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas.

Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya.

Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.

Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.

Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi.

Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. - Agensi


sumber:


P/s: Bila nak ke Singapura tengok aksi seperti ini...eeeiii


Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Tuesday, December 21, 2010

Hati-hati bila membeli ayam di KFC

Bukan memburuk-burukkan KFC tetapi kesilapanj pekerjanya membawa satu imej yang buruk kepada restoran makanan segera yang terkenal itu... Lihat saja apa yang telah berlaku...




Dedak makanan ayam yang terdapat dalam ayam goreng KFC



korang tengok tuuu...eii ado lagi dedak ayam kat daging ayam yang best tu! teruih jadik x best!
laaa...nasib dedak je, kalau najis ayam?...eiiii kotor laaa


Klik pada gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas

dorang tak cuci betul2 ke niii...uwekkk!
Pemberi maklumat: kraiutara

- ijoks2009


Sumber:
Bujangsusah


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, October 1, 2010

Rahsia Kasut

Kasut dinamik

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
fatin@bharian.com.my


WONG Li Zern memberi keterangan mengenai kesesuaian kasut yang diperlukan mengikut jenis tapak kaki.

Pergerakan sempurna pelihara kaki daripada alami kecederaan

SETIAP individu yang dilahirkan ke dunia ini terbahagi kepada tiga jenis tapak kaki berbeza dan setiap permukaannya memerlukan jenis kasut bersesuaian terutama bagi mereka yang gemar bersukan, pemilihan kasut yang tepat memainkan peranan penting agar kecerdasan tidak terganggu.

Ketika melakukan aktiviti berjalan laju, berlari dan melompat, tekanan yang kuat akan dikenakan terhadap otot di bahagian betis, peha dan punggung. Oleh itu, penggunaan kasut yang betul mampu mendorong kepada pergerakan sempurna selain ia mampu memelihara kaki daripada mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, untuk tampil menarik dan selesa sudah menjadi kebiasaan bagi mereka, selain memberi penekanan terhadap penjagaan kulit, solekan dan pakaian, kasut juga memainkan peranan baik dalam melakukan urusan pejabat mahupun beriadah.

Kini, evolusi rekaan kasut sukan terutama untuk wanita yang semakin aktif beriadah menyaksikan lonjakan yang semakin berteknologi tinggi dan bermutu selain memberikan keselesaan ketika disarungkan ditambah pula dengan sentuhan canggih serta bergaya.

Pengurus Pemasaran Komunikasi Nike Malaysia, Menaha Nadaraja-Berglund, berkata pemilihan kasut adalah berdasarkan antaranya kestabilan diri, gaya mereka dan teknik pergerakan yang sering dilakukan serta bukan semata-mata mengikut keselesaan mata memandang saja.
Nike Lunar Glide+

“Setiap individu tidak dilahirkan sama dan wanita serta lelaki memerlukan pemilihan kasut bergantung kepada keperluan masing-masing. Berat wanita adalah dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus lebih ringan berbanding lelaki.

“Oleh itu, kasut untuk wanita diletakkan busa lembut pada bahagian bawah tumit dan dengan manfaat Dynamic Support, ia berupaya menyelaraskan ibu jari kaki yang mengembang bagi menampung lebar berbeza kerana wanita berkemungkinan mempunyai kaki yang lebih besar pada bahagian hadapan," katanya.

Menaha ketika melancarkan Nike Run For My School Challenge berkata, memandangkan kehendak yang semakin meningkat, kasut sukan Nike, Nike LunarGlide+ menjadi antara kasut sukan rekaan terkini yang bersifat ringan dengan seni reka bentuk inovatif yang dinamakan sebagai Sokongan Dinamik.

Katanya, Sokongan Dinamik yang dihasilkan itu bertindak sebagai struktur sokongan bersesuaian dengan gaya lenggang pengguna ketika mengenakan kasut sukan berkenaan untuk melakukan riadah atau kegiatan lain. "Kasut yang dihasilkan dengan kaedah Sokongan Dinamik ini juga menyediakan asas perlindungan dan kestabilan yang diperlukan oleh setiap kaki serta direka khusus untuk kegunaan kedua-dua jantina serta mempunyai sokongan mahupun kestabilan berbeza.

“Sifatnya yang ringan juga mampu melahirkan keselesaan kepada pengguna. Kasut yang ringan berupaya mengurangkan beban dikenakan terhadap kaki selain mempercepatkan pergerakan serta mengurangkan risiko bunion pada kaki,” katanya.

Bagi menambahkan lagi keselesaan ketika menyarung Nike LunarGlide+, gabungan busa Lunarlite dan teknologi Flywire yang pernah digunakan pada sukan Olimpik Beijing pada 2008 buat pertama kali ketika itu, akan membuatkan kasut lebih ringan dan berunsurkan sokongan lain.

Gabungan kedua-dua bahan penyokong yang diletakkan di bahagian lapisan tengah tapak kasut menjadikan kasut hanya seringan 8.6 auns buat wanita manakala kasut lelaki hanya memerlukan 10.6 auns yang mana ia cukup selesa untuk disarungkan dan tidak memenatkan kaki ketika beriadah lebih-lebih lagi untuk jangka masa lebih panjang.

“Selain ringan dan berteknologi tinggi, kasut ini juga sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh berikutan ia mempunyai sintetik microfiber yang lembut tapi kuat ditambah pula dengan busa stokin, direka khas untuk kedua-dua jantina bagi mengekalkan keselesaan setiap langkah,” katanya.

INFO
Berikut adalah panduan memilih kasut untuk bersenam:

-Beli kasut baru ketika hari menjelang petang. Jika waktu itu anda berhajat hendak membeli-belah, gunakan saat akhir sebelum pulang ke rumah untuk singgah ke kedai kasut kerana otot di kaki waktu itu sedang mengembang sehingga membentuk keadaan fizikal kaki mirip dengan keadaan otot yang berkontraksi ketika berolahraga.

-Sarungkan kedua-dua kasut pada kaki, pastikan keseluruhan kasut tidak terasa ketat. Berjalan, melompat dan membongkok ketika mencuba kasut baru bagi menilai sama ada ia boleh memberi keselesaan pada kaki anda.
 
-Pilih kasut senaman baru yang tidak 'menggigit' bahagian ibu jari kaki kerana dengan harga kasut olahraga yang kini kebanyakannya mencecah ratusan ringgit, ia akan merugikan anda jika tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.
-Pilih kasut senaman mengikut kesesuaian jenis olahraga. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis. Sukan jenis ini boleh mengundang risiko kecederaan pada jari dan otot pergelangan kaki akibat bebanan yang bertumpu pada tumit ketika berolahraga.



-Jangan lupa, pilih kasut olahraga yang mempunyai kusyen tebal dan ringan untuk mengurangkan risiko kecederaan. Bagaimanapun, jika anda mencari kasut yang sesuai digunakan untuk senaman jalan kaki dan joging, kasut berkusyen tebal digalakkan.



P/s:
Pilihlah kasut yang sesuai dengan kaki anda tapi ingat juga pada gaya anda...
Share

Thursday, September 30, 2010

Awas..GREEN BEAN SOY DRINK - Ada kandungan babi dalam ramuannya..

Semasa aku layan FB aku terjumpa satu post yang menarik dalam Wall seorang kawan. Aku rasa kandungannya menarik dan boleh dikongsikan bersama untuk kebaikan kita yang beragama Islam. Kita tengok apa finding yang dibuat oleh Encik Idrus Hisham

Saya buat sedikit pengubahsuaian terutama terhadap tulisannya yang banyak menggunakan singkatan kata agar semua dapat memahaminya...



Salam semua.

Kali ini saya nak sentuh tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yang tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia. 

Pernahkah anda dengar tentang keluaran produk minuman YHS yang terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap-harap baca dulu ya, bahan-bahan yang terkandung dalam minuman ini. Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yang saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS.

Yalah, apalah bahan yang nak dibubuh dalam minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya....... lihat kat pic ini. Lihat dekat-dekat....... Apa kah kandungan dalamnya?  Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yang baik, yang murni, dari mana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber untuk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dengan pengguna-pengguna Islam yang sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yang mereka bekalkan atas jenama YHS?? Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yang dah memang dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!  

Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yang teringin nak merasa minuman jenama YHS " Green Bean Soy Drink ", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yang haram jika memasuki dalam tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kepada anak-anak kita yang mungkin kurang arif tentang perkara ini. 
  
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG) 


Jenama ni minuman air soya hijau


Perhatikan ingredient


Kod Lemak Babi


Made in China..buatan china.. patutlah??




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, August 13, 2010

Dangerous if you are not aware on it...

Do you know that LPG gas cylinders have expiry dates? it is important to us to be safe at all time. Expiry LPG gas cylinders can cause hazard to us but how to identify the expiry dates. Have a look.. lets share

Check on your LPG gas cylinder..
What is the expiry date has been printed 
So please share this info to everybody

Share

Thursday, July 15, 2010

Anda perlu tahu..Bank perlu kebenaran mahkamah tarik kereta jika gagal bayar bulanan tapi sudah melunaskan lebih 75% hutang keseluruhan..

Saya percaya kebanyakan orang ada memiliki kereta ataupun satu hari nanti anda akan memiliki kereta. Dalam proses pemilikan kereta tersebut kita terpaksa buat loan dengan bank..Adakalanya tidak semua kita dapat membayar bulanan kereta tersebut tepat pada masanya dan penarik kereta dari bank akan datang bila-bila untuk menarik kereta tersebut. Apa yang saya ingin kongsi ialah jika anda telah melunaskan 75% daripada hutang keseluruhan kereta tersebut dan sekiranya tiba-tiba anda ada masalah dalam melunaskan hutang tersebut atau 'tergantung' bayaran maka penarik kereta perlu ada kebenaran menarik kereta tersebut..

Apabila kereta kita hampir lunas hutangnya maka jika gagal bayar bulanan maka waktu inilah penarik kereta dari bank paling suka untuk 'mencari duit tambahan' dari anda..so hati-hati..

 

Oleh Sariha Mohd Ali, Mohd Anwar Patho Rohman dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/07/15

Penarik ingkar didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun

KUALA LUMPUR: Institusi kewangan perlu mendapat kebenaran mahkamah jika hendak menarik kereta yang pemiliknya gagal membuat bayaran bulanan tetapi sudah melunaskan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman sewa beli.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peraturan yang memberi perlindungan kepada pengguna itu akan dikuatkuasakan seperti yang terkandung dalam Akta Sewa Beli (Pindaan) 2010.
Beliau berkata, menerusi pindaan itu juga, penarik kereta akan diwajibkan mendaftar dan mendapat permit daripada kementerian untuk beroperasi.

Katanya, penarik kereta yang didapati tidak mengikut prosedur ditetapkan termasuk bertindak ganas ketika menarik kenderaan akan didenda RM25,000 atau penjara tiga tahun bagi kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun bagi kesalahan kedua.

“Pindaan akta ini akan lebih melindungi pengguna yang terbabit dengan perjanjian sewa beli dan pada masa sama mengelak tindakan ganas penarik kereta.

“Dengan adanya permit dan pelantikan penarik kereta diluluskan kementerian, kita boleh mengadakan peraturan jelas supaya tindakan keganasan penarik kereta dapat dielakkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 di Parlimen, semalam.
Dewan kemudian meluluskan rang undangundang itu menerusi undian suara.

Akta Sewa Beli 1967 pernah dipinda pada 1968, 1969, 1975, 1976 dan kali terakhir pada 1992 bertujuan diperbaiki kelemahannya.

Peraturan sebelum ini membolehkan pemilik kenderaan iaitu institusi kewangan menarik kenderaan penyewa yang gagal membayar satu pertiga daripada ansuran bulanan tanpa perlu mendapat kebenaran mahkamah.

Penarik kereta juga boleh menarik sesuka hati kenderaan pengguna selepas mendapat arahan institusi kewangan untuk berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, peruntukan terkandung dalam akta sedia ada tidak memberi perlindungan menyeluruh kepada pengguna, malah menyebabkan kerugian besar kepada pemilik kenderaan.


sumber:
-beritaharian-




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, July 13, 2010

LUMAYAN DAN DAPATKAN WANG FREE...ANDA MUNGKIN PEMILIK WANG LAMA INI...

Aku ngin berkongsikan satu perkara yang baik untuk kita semua di mana kita boleh membuat wang dari perkara ini..


Semalam aku ke Sandakan Sabah dan sedang aku berada di satu supermarket, aku terkejut dengan suasana riuh-rendah dekat kaunter..aku ingat ada sesuatu yang tidak kena dan aku pun terus ke sana. Setelah aku periksa rupa-rupanya mereka sedang heboh apabila ada seorang pelanggan di situ ingin menukar syiling 10 sen dan setelah dia memeriksa dia dapati tahun yang tercetak pada wang syiling itu adalah 1971...Kenapa dia begitu gembira??


Ini kerana dikhabarkan ada orang yang sanggup menukar wang lama 10 sen tahun 1971 dengan wang sebanyak rm20,000.. Fuiyoo...bukankah itu duit mudah?? Aku tanya lagi orang tu, duit apa lagi dorang mau??  Baru aku tahu yang mereka juga inginkan wang rm10 (boleh ditukar rm100,000)yang lama...juga wang 50 sen tahun 1976 dengan tepinya terbelah (boleh ditukar rm60,000)...


Aku ada banyak wang syiling lama 10 sen tapi tiada satu pun tahun 1971..

Begitu juga wang 50 sen tapi juga tiada satu pun tahun 1976..

Jadi jika anda dapat tukaran wang syiling maka periksalah manalah tahu ada syiling yang dimaksudkan.. Simpanlah kerana ianya akan dicari juga satu hari nanti...







Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, July 5, 2010

Boikot NIKE kerana cetak perkataan ALLAH di kasut keluarannya

Salam..

Baru-baru kita heboh dengan cetakan 'Allah' pada kasut keluaran Croc's. kini giliran nike pula yang berbuat demikian. Lihat photo kasut nike di atas. 
Saudara-saudara sekalian. Saya baru mendapat email dari seorang rakan yang menunjukkan gambar kasut keluaran nike yang tercetak perkataan ALLAH di kasutnya. Memang tiada sensitiviti langsung syarikat Barat ini terhadap umat Islam di seluruh dunia.Mereka patut ingat yang kasut mereka juga dipakai oleh orang Islam tetapi kenapa mereka berbuat demikian. Mesti ada pihak tertentu yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Jadi kepada kawan2 yang lebih arif jadikan mesej ini lebih informatif untuk kebaikan semua. 

Wasalam.
Share

Wednesday, June 23, 2010

Hadiah kepada sesiapa yang tahu lokasi anjing memakai helmet...


Salam,

Beberapa hari yang lalu saya ada paparkan cerita mengenai anjing yang memakai helmet..Sekarang anjing itu telah popular dan ada pihak yang menawarkan hadiah kepada sesiapa yang boleh memberitahu di mana anjing itu berada sekarang.. Lihat saja keratan akhbar tentang penyiaran maklumat ini...




Pihak jabatan perlindungan kekejaman ke atas binatang mengambil inisiatif untuk memberikan hadiah tersebut.. Jadi sesiapa yang terjumpa anjing tersebut sila contact nombor yang tertera pada catatan akhbar tersebut iaitu 019-8519894..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Kelemumur dan rambut gugur merunsingkan


RAMBUT yang gugur berlebihan perlu diberi perhatian serius.


RAMBUT adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar namun tidak juga mudah. Tidak kena gaya ia mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya.
Biar berkerudung, penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi ia memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.
Bagi lelaki pula, barisan rambut yang lebat dan mudah digayakan menyerlahkan lagi penampilan. Biar pun mereka mempunyai pilihan untuk bergaya botak, namun bukan semua lelaki kelihatan menarik dengan penampilan begitu.
Apatah lagi andai keguguran rambut berlaku tidak sekata, pasti ia mencacatkan penampilan.
Menurut Dr. Gangaram, dua masalah utama yang sering melanda kebanyakan individu tidak kira lelaki dan wanita adalah kelemumur dan rambut gugur dengan kronik.
“Masalah rambut berlaku disebabkan banyak faktor. Antaranya usia, stres, kurang tidur, pengambilan makanan yang tidak betul, kurang nutrisi, penggunaan produk rambut berlebihan, pengering rambut dan genetik,” ujar beliau.
Seperti soal kesihatan yang lain, rambut juga sering diabaikan oleh kebanyakan individu, kata Dr. Gangaram.
“Bila rambut mula gugur baru kita berusaha ingin merawatnya. Sepatutnya ia perlu dijaga seawal usia muda lagi, melainkan faktor genetik yang sukar dirawat,” kata beliau.
Rambut bermasalah menjejaskan aktiviti harian setiap individu sekali gus menjadikan mereka kurang berkeyakinan dan malu berada di khalayak.
Jelasnya, setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut.
Kelemumur
Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

  • Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) - punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak. Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.
    Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.
    Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.
    Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping - disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
    Kurang mencuci rambut - jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

  • Psoriasis - Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

  • Ekzema - Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.

  • Sensitif pada sesetengah produk - kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.
  • Jangkitan yis malassezia - Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.
    Rawatan kelemumur
    Menurut Dr. Gangaram, masalah kelemumur yang serius boleh diatasi dengan pengambilan syampu anti-fungus. Agen seperti ketoconazole, bifonazole dan ciclopiroxolamine (juga dipanggil ciclopirox) yang terdapat dalam formula berlainan seperti krim, gel, losyen dan syampu boleh membantu mengatasi masalah ini.

  • Rambut gugur (alopesia)

  • Terdapat dua jenis keguguran rambut biasa iaitu diffuse (menyeluruh) dan patchy (bertompok-tompok atau setempat).
    Masalah keguguran menyeluruh disebabkan kegagalan peringkat penghasilan menyebabkan berlaku:
  • Alopesia areata

  • Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya. Prognosisnya agak baik tanpa rawatan, bagaimanapun adakalanya ia akan pulih semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
  • Telogen effluvium

  • Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit-penyakit akut, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang (crash diet). Namun, rambut yang gugur ini akan tumbuh semula selepas beberapa bulan, tanpa memerlukan sebarang rawatan.
    Masalah keguguran rambut bertompok pula disebabkan masalah penghasilan seperti:
  • Androgenetik alopesia

  • Ia merupakan masalah keguguran rambut yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Namun ia juga boleh berlaku pada wanita. Dikenali sebagai salah satu bentuk botak pada lelaki (male pattern baldness).
    Ia disebabkan oleh kombinasi tiga faktor iaitu hormon testosteron, usia (selepas seseorang berusia lebih 20 tahun) dan keturunan.
    Keguguran rambut serius
    Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut terutama selepas bersyampu.
    Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
  • Melahirkan anak

  • Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh dua hingga tiga bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa satu hingga enam bulan ia akan pulih.
  • Penyakit tiroid

  • Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Demam, jangkitan dan selesema yang serius

  • Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
  • Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan

  • Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
  • Ubat-ubatan

  • Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah . Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
  • Rawatan kanser

  • Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
    Rawatan alternatif
    Pelbagai rawatan alternatif kini boleh didapati dalam merawat masalah rambut. Antaranya, pakar rambut Neeta Gosalia melalui produknya Neeta’s Herbal sudah berjaya membantu ramai pelanggan merawat masalah rambut serius seperti kelemumur dan keguguran rambut serius.
    Bagi Neeta yang berpengalaman selama 23 tahun dalam bidang itu berpendapat, mereka yang mengalami masalah rambut patut mendapatkan rundingan daripada pakar dan mengubah gaya hidup serta corak pemakanan.
    Katanya, segala masalah kebanyakan berpunca daripada akar rambut yang tidak subur dan rosak. Ia disebabkan banyak faktor.
    Beliau juga tidak menggalakkan mereka yang mengalami masalah rambut terus ke salon biasa kerana bakal mendapat rawatan yang tidak sepatut.
    Neeta’s Herbal menggunakan herba semula jadi seperti inai yang terbukti dalam merawat masalah rambut dan tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.
    Maklumat lanjut hubungi 03-22828868/ 03-77286751 atau www.neetasherbal.com


    sumber:
    utusan


    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

    Bookmark and Share
    Share

    Friday, June 18, 2010

    SIAPA MAHU WANG TUNAI???

    KASTAM AKAN BERI HADIAH WANG TUNAI

    1706-lead-1a
    RAMPASAN ... Yusop (kanan) bersama pegawai Kastam lain melihat pistol mainan yang dirampas sambil diperhatikan oleh Kassim pada sidang media itu. 
    17th June, 2010
    TAWAU: ‘Ada Hadiah Wang Ringgit!’ – itu janji Pengarah Kastam Sabah, Datuk Md Yusop Mansur, kepada mana-mana individu yang membantu pihaknya membanteras aktiviti penyeludupan di negeri ini. Menurutnya, imbuhan yang diberikan adalah bukti kesungguhan kerajaan membasmi aktiviti-aktiviti terbabit yang dilihat begitu merugikan negara.

    Ketika ini katanya, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah melancarkan perang habis-habisan ke atas aktiviti penyeludupan barang kawalan bersubsidi serta rokok tidak bercukai. “Subsidi diberikan kerajaan untuk rakyat tetapi ada yang menyalahgunakannya. Begitu juga dengan rokok-rokok tidak bercukai yang diseludup masuk dari negara jiran.

    “Selain ia merugikan kerajaan kerana nilai cukainya yang tinggi tidak dikutip, ia juga mencemarkan keindahan bandar kerana ramai penjual rokok ini menjualnya di kawasan kaki-kaki lima,” katanya. Berikutan itu juga katanya, beberapa pendekatan diambil bagi mengekang aktiviti-aktiviti berkenaan dari berleluasa.

    “Antaranya ialah kita mempertingkatkan operasi di laut yang bersempadan dengan negara jiran. Operasi membanteras penjualan rokok tidak bercukai di pasaran juga kita lakukan dari semasa ke semasa.

    “Mereka yang ditangkap kerana menjual rokok akan kita kenakan tindakan tegas dan jika mereka warga asing, mereka akan turut dihantar ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut,” kata Yusop. Setakat ini, di Tawau sahaja ujarnya, seramai kira-kira 40 hingga 50 warga asing yang menjual rokok di kaki-kaki lima sudah ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

    Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya pada Selasa berjaya merampas 130 tong gas yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara jiran, hasil satu operasi yang dijalankan. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini kelmarin.

    “Oleh yang demikian, ketika berharap masyarakat membantu menyalurkan maklumat kerana dengan adanya kerjasama kolektif, penyeludupan dapat dibanteras dengan lebih berkesan,” katanya. Pada sidang media itu, Md Yusop turut memberitahu bahawa pihaknya berjaya merampas pelbagai barangan yang cuba diseludup masuk atau keluar dari Pusat CIQ Tawau bernilai RM57,163.20 dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

    Barang-barang berkenaan katanya terdiri daripada barang kawalan bersubsidi seperti gula, tepung dan minyak serta pelbagai jenis pil, senjata tajam, pistol mainan, kain batik dan sebagainya. Hadir sama pada sidang media berkenaan ialah tiga Timbalan Pengarah Kastam Sabah iaitu Janatan Bimbang (Perkhidmatan Teknikal), Liah Omar (Penguatkuasaan) serta Hamzah Sundang (Perkastaman) dan Ketua Kastam Tawau, Datu Kassim Datu Bangsawan.

    sumber:
    sabahtimes


    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

    Bookmark and Share
    Share

    Tuesday, June 8, 2010

    Pekerja awam sentiasa dapat bantuan Cuepacs. Bagaimana dengan penjawat swasta?? siapa yang peduli?

    8th June, 2010
    KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menyemak semula gaji kira-kira 70,000 penjawat awam yang bertugas dalam bidang kerja berisiko tinggi, kata presidennya Omar Osman.

    Beliau berkata penjawat awam daripada gred 17 hingga 38 di lima jabatan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan anggota penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan masih lagi menerima gaji yang rendah berbanding penjawat awam pada gred yang sama di jabatan lain.

    “Cuepacs minta kerajaan menyemak semula gaji penjawat awam khasnya yang beruniform (dalam kerja berisiko) agar diberi insentif kenaikan gaji kerana mereka terlibat dalam tugas berisiko tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Persatuan Pekerja Bomba di sini kelmarin.

    Sebagai contoh katanya penjawat awam di Jabatan Bomba dalam itu hanya menerima gaji RM800 hingga RM1,500 dan sepatutnya mendapat gaji lebih tinggi mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam jabatan dan agensi yang berkaitan seperti di sektor swasta.
    Menurutnya langkah untuk menaikkan gaji penjawat awam di jabatan yang berisiko ini juga sebagai usaha untuk mengurangkan pembabitan mereka dalam kerja-kerja sambilan selepas waktu bertugas.

    Difahamkan hampir kebanyakan penjawat awam dalam gred rendah di lima jabatan terbabit, terpaksa membuat kerja sambilan untuk menampung kos sara hidup yang tinggi khasnya bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama.

    “Ada yang jadi pemandu teksi dan ramai lagi yang berniaga selepas waktu bertugas, sebab itu kita mahu mereka ini menerima gaji yang lebih baik sekurang-kurangnya RM4,000 (untuk tempoh jangka panjang) agar dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada tugas seharian,” kata Omar.

    Sementara itu pada mesyuarat Cuepacs di sini semalam, beliau berkata anggota kongres itu bersetuju menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar mempertimbangkan semula cadangan menghapuskan beberapa subsidi yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini.

    Katanya antara beberapa kandungan dalam memorandum tersebut ialah tentang cadangan kenaikan imbuhan tetap perumahan, bayaran kola dan elaun wilayah selain kenaikan kos bantuan pengurusan jenazah untuk penjawat awam dari RM1,000 hingga RM3,000.

    “Cuepacs juga berharap kerajaan memberi bonus sekurang-kurangnya dua bulan kepada penjawat awam kerana tahun lalu hanya menerima RM500,” katanya.


    SUMBER:
    Sabahtimes


    Untungnya penjawat awam tapi bagaimana pula dengan pekerja swasta? Jarang sekali kedengaran ada berita seumpama atau bantuan dari ceupacs.. Siapalah yang akan membela nasib pekerja swasta? harap kerajaan dapat membuat sesuatu...

     
    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
     
    Bookmark and Share
    Share

    Monday, May 31, 2010

    BERITA HANGAT...KENAIKAN HARGA MINYAK...APA KESANNYA???

    Pengumuman penghapusan subsidi ke atas produk-produk tertentu secara beransur-ansur pasti akan memberikan banyak kesan terutama kepada golongan pertengahan dan golongan berpendapatan rendah... Bos-bos dan YB atau wakil rakyat tidaklah terasa sangat kesannya kerana mereka banyak duit dan banyak free (wakil rakyat) - semua ditanggung pakai duit rakyat juga..

    Bila petrol makin mahal maka kita akan menghadapi kesukaran dalam membeli bahan api itu kerana pendapatan kita yang terhad.. Tidak mustahil banyak kenderaan akan di parking saja dan penggunaan kenderaan yang lebih kecil serta jimat minyak akan meningkat.. lihat saja gambar di bawah: 



     Aku tidak hairan bila satu hari nanti kita akan nampak keadaan seperti ini di jalan-jalan raya di negara kita pada masa akan datang..





    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

    Bookmark and Share
    Share

    Sunday, May 30, 2010

    Aku tidak mau naik bas kalau begitu teruk keadaannya...

    Setiap hari kegunaan bas sebagai kenderaan pengangkutan sangat penting. Bas merupakan kenderaan utama selain keretapi untuk pengangkutan pada jarak yang agak jauh dan juga jarak yang dekat. Di kota-kota, biasanya ada yang melarang kenderaan awam dari memasuki kota-kota besar untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Jadi bas merupakan alternatif kepada larangan ini.

    Bagaimanapun keselesaan harus diutamakan..kalaulah keadaan seperti di Asia Selatan seperti India, Nepal dan Sri Lanka...aku tidak mahu naik bas... cuba anda tengok...



    Naik atau tidak sesela atau mungkin tidak sampai... tidak adakah pilihan lain?? Kesian orang di sana...
     Aku tidak sanggup kalau begini...Bagaimana anda..nampaknya seburuk-buruk apa yang kita ada di malaysia ianya jauh lebih selesa dari yang terdapat di sesetengah tempat...

    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

    Bookmark and Share
    Share

    Saturday, May 29, 2010

    Kerani bank mengaku salah guna aplikasi pornografi bertujuan kaut untung

    Untuk mendapat keuntungan melalui internet berbagai-bagai cara yang dilakukan boleh mendapakan keuntungan. Tapi hati-hati kerana PDRM sedang giat menjalankan 'rondaan' di internet bagi memantau mana-mana blog atau web yang boleh mengancam keselamatan negara serta mengandungi kandungan lucah yang berunsurkan penipuan..

    Denda RM30,000 jual gambar lucah

    Oleh Khairul Azran Hussin
    khaiazr@bharian.com.my
    2010/05/28

    Tajulzairi Tajuddin
     Tajulzairi Tajuddin
    KLANG: Seorang kerani bank yang menjadi individu pertama dituduh menggunakan aplikasi lucah menerusi internet bagi tujuan komersial, semalam didenda RM 30,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan terbabit.  




    Share

    Thursday, May 27, 2010

    KESELAMATAN 'TOKEK' ATAU 'POKOOK' SABAH TERANCAM? KENAPA?

    Oleh kerana permintaan terhadap tokek atau pokook ini semakin tinggi maka berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh orang ramai untuk mendapatkan tokek ini. Cicak leopard yang boleh bermutasi dalam pelbagai bentuk warna ini memang cantik untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. lagipun untuk memberikannya makanan tidaklah begitu susah.. Letak saja di bawah sinaran lampu pada waktu malam tokek ini akan makan apa saja serangga yang datang ke tempatnya. Lagi satu kalau diberikan makanan seperti lipas dan belalang tokek ini tidak akan menolak. tokek juga pandai minum air yang kita sediakan di kurungannya.

    Baru-baru ini ada pekerja Indonesia yang dikatakan memiliki 6 ekor tokek yang telah di bawa khas dari Indonesia untuk dijual di sini. Persoalannya bagaimana tokek ini yang berasal dari Indonesia dan bukan yang berasal dari Sabah boleh memasuki negeri Sabah dengan mudah? Bagaimana kesannya terhadap tokek yang ada sedia di Sabah seandainya tokek Indonesia ini terlepas ke hutan Sabah?
    Apa yang saya tahu mungkin tahap resistance tokek terhadap penyakit berbeza-beza jika ia berasal dari tempat yang berlainan. Jadi tidak mustahil pengimportan haram ini akan menjejaskan tokek yang sedia ada di Sabah khususnya.
    Keghairahan memiliki tokek dan kemudian menjadikannya sebagai sumber mata pencarian menjadikan spesis ini terancam.. Apa lagi pembeli ada di mana-mana. Taukeh, pekedai,workshop dan sebagainya semuanya berminat membeli tokek..

    Mereka lupa pada prinsip asas untuk menjaga kewujudan cicak leopard ini.. tidak mustahil jika terus diancam kewujudannya satu hari ia akan pupus dari muka bumi...




    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
    Bookmark and Share
    Share

    Wednesday, May 26, 2010

    Fomca mahu subsidi dihapus..Sudahkah Rakyat bersedia menghadapi perkara ini???


    Mei 26, 10 4:10pm   

    Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menghapuskan pelbagai bentuk subsidi memandangkan ia "pembaziran" besar dan tidak memanfaat kumpulan sasaran.
    marimuthu interview 260408 fomca logoSetiausaha agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata wang yang dijimatkan dari subsidi ini boleh disalurkan kepada projek lebih bermanfaat bagi faedah rakyat.

    Beliau menyentuh isu gula sebagai contoh.

    "Subsidinya ialah RM3 sebulan berasaskan penggunaan purata tiga kilogram sebulan bagi setiap keluarga. Dengan enam juta keluarga dalam negara, ini menjadikan jumlah RM18 juta sebulan atau RM216 juta setahun, tetapi subsidi itu kini naik melambung ke RM1 bilion setahun.

    "Selebihnya adalah pembaziran dalam erti ia disalurkan kepada pekilang besar dan warga asing.

    "Pembaziran serupa dikesan pada produk makanan lain dan subsidi minyak," kata beliau.

    NONESelain menghapuskan subsidi, katanya, kerajaan hendaklah juga menentukan dana pembangunan digunakan dengan betul dan berkesan.

    Cuepacs, bagaimanapun, meminta kerajaan agar berhati-hati bila menghapus subsidi oleh kerana ini menjejas kakitangan awam berpendapatan rendah.

    Setiausaha agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata kerajaan perlu menentukan golongan miskin tidak terbeban akibat harga yang tinggi, terutama bahan-bahan keperluan utama.

    - Bernama

    Sumber: Malaysiakini 
     

    Persoalannya ialah adakah rakyat telah bersedia dengan pemansuhan subsidi ini? sudahkah dikaji impaknya kepada masyarakat Malaysia yang rata-ratanya masih berpendapatan rendah? Memang kalau pendapatan perkapita Malaysia agak tinggi tetapi itu pendapatan negara dan bukan pendapatan bagi seseorang rakyat..
    Pernahkah anda dengar ungkapan rakyat miskin di negara kaya?

    Kalau anda pernah dengar sepatutnya anda tahu setakat mana keadaan rakyat Malaysia yang sebenar..
    Kenapa orang Sabah dan Sarawak ramai yang pergi ke Semenanjung malaysia untuk mencari pekerjaan?
    Sebabnya ialah kerajaan negeri Sabah gagal menyediakan peluang pekerjaan yang seimbang dengan pendapatan berkerja di Semenanjung malaysia..



    Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
     
    Bookmark and Share
    Share

    Entri-Entri terkini