CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Monday, April 5, 2010

Haram derma organ jika jejas ibadat, kehidupan penderma

TIADA nas atau dalil jelas sama ada ia dibolehkan atau diharamkan. Namun demikian ulama mempunyai alasan tersendiri dalam merumuskan sesuatu hukum. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah menciptakan anak merangkumi 360 sendi, sesiapa yang bertakbir, bertahlil, beristighfar, menyisihkan gangguan di jalan, amar makruf dan nahi mungkar, akan bebas daripada seksaan api neraka.”.(HR Muslim).

Firman Allah: “Sesungguhnya kami telah memuliakan anak Adam”. (Al-Israk ayat 70). Firman Allah SWT: “Dan aku (syaitan) akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah SWT, lalu mereka benar-benar mengubahnya.” (An-Nisa’ ayat 119).
Berdasarkan ayat ini, maka Imam Nawawi dan Ibnu Hajar mengharamkan proses perpindahan organ manusia berdasarkan kemuliaan manusia itu sendiri. Alasan yang kedua ialah bahawa anggota manusia milik Allah SWT, maka dia tidak bebas untuk memberikan kepada orang lain.

Namun demikian, ada pendapat yang membolehkan kita berbuat demikian berdasarkan keperluan orang yang menderita bagi meneruskan kehidupan mereka. Kaedah feqah juga ada menyebut ‘darurat mengharuskan perkara yang terlarang.’

Bagaimanapun perpindahan anggota kepada orang yang hidup hukumnya harus dengan syarat tidak memudaratkan diri penderma, anggota itu benar-benar boleh memberi faedah kepada penerima seperti darah atau anggota lain, dan disahkan oleh pakar perubatan bahawa pesakit akan mendapat faedah hasil perpindahan anggota berkenaan.

Universiti al-Azhar sudah mengeluarkan sebuah kitab dalam membicarakan persoalan ini dalam sebuah kitab Bayan Linnas menyebut: “Jika penderma masih hidup dan akan memberi kesan hingga membawa kepada kematian disebabkan proses perpindahan itu, maka hukumnya adalah haram kerana dikira membunuh diri atau memudaratkan dirinya sendiri.

Firman Allah SWT: “Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan.” (Al-Baqarah 195). FirmanNya: “Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri kerana Allah bersifat kasih kepada kamu.”(Al-Baqarah 29). Jika penderma masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa maka ia adalah diharuskan.

Namun demikian, jika penderma masih hidup sekalipun tetapi mengganggu proses kewajipan beribadahnya maka perpindahan ini menjadi haram. Seperti menderma kedua-dua kaki atau kedua-dua tangan, kerana kekurangan ini boleh mengganggu kehidupan seseorang.

Adapun perpindahan daripada orang yang sudah mati kepada mereka yang masih hidup seperti buah pinggang, mata, gigi, darah dan sebagainya adalah harus dengan keizinan penderma atau ahli warisnya. Ini berdasarkan hujah bahawa anggota badan manusia adalah milik Allah SWT seperti harta yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. (Syeh Atiyyah Saqr-Anggota Majlis Fatwa Al-Azhar).

Menderma anggota untuk orang yang bukan Islam yang tidak memerangi Islam (Zimmi) adalah diharuskan dan diharamkan jika didermakan kepada kafir harbi yang memerangi umat Islam. Begitu juga kepada orang yang murtad (keluar agama Islam) kerana darah mereka sudah dihalalkan.

Namun demikian jika ada pilihan antara Muslim dan kafir, maka didahulukan orang Islam. Firman Allah SWT: “Dan orang Mukmin lelaki dan wanita adalah lebih utama antara satu sama lain.” (At-Taubah 71).


Sumber:
Berita Harian  Share

Entri-Entri terkini