CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

AKU, KAU BERBEZA.. BACA DGN TELITI, HAYATI DI DLM HATI



AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...  

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya  dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah  SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga  dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu  adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada  suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi  setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4   wanita :  
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
,   dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,  
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3.  taat  suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan


Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
 
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
 
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
 
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
 
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
 
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
 
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

D
ari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
 musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan


1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Forward E-mail ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.


AMIN.

Surah Al-Munaafiquun
:
Ayat : 9
 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11  
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT  , ia adalah WAJIB
  :
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan saya yang nyata.


Email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH. semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin.assallamualaikum





Sudah baca tu komen2 lah untuk perkongsian kita semua... Terima kasih.
Bookmark and Share
Share

Friday, October 1, 2010

Menziarahi kubur membawa keinsafan..

Teringat aku waktu hari raya pertama yang lepas.... Biasanya sudah menjadi amalan yang selepas menunaikan solat sunat hariraya aidilfitri maka kunjungan ke kuburan akan diadakan. Selain dari membersihkan rumput yang telah tumbuh di atas pusara lain-lain pembersihan juga dilakukan dan juga bacaan tahlil.
Kunjungan ke kuburan ini banyak membawa makna kepada orang Islam. Ianya bukan sahaja untuk datang membersihkan kuburan tetapi juga menyedarkan kita betapa setiap yang hidup itu pasti akan mati. Tiada yang kekal selamanya kecuali Allah swt. Setiap kali kunjungan pasti ada sahaja yang baru pergi untuk selamanya dan ini dapat dilihat di kuburan. Bukan persoalan adakah kematian itu akan berlaku tetapi sepatutnya kita insaf yang kita juga akan menuruti mereka ke kuburan suatu hari nanti.


Dalam kesibukan kerja seharian kita, janganlah kita lupakan kehidupan selepas mati. Beramallah selagi masih ada peluang. Sama-sama kita berusaha mencari kebahagiaan hidup di dunia dan juga akhirat.  



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Monday, September 6, 2010

MISTERI PLANET NIBIRU & RAMADHAN 2012? Kenyataan atau Khayalan?





Aku terbaca satu artikel di FB yang aku rasa baik untuk kita kongsi bersama. Pentafsiran terhadap artikel ini adalah terpulang pada masing-masing. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi peringatan yang perlu kita ambil yang lebih penting.
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20July hari Jumaat,jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat.Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet NIBIRU akan menghentam bumi)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .... cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012


Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".




Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, June 30, 2010

KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN...

Salam,

Mungkin selama ini kita memang telah selalu nampak pepatung tapi pernahkah anda terfikir atau nampak bagaimana sebenar gambaran atau wajah sebenarnya pada jarak dekat?? Aku juga terkejut dengan keindahan sebenar makhluk tuhan yang kecil ini... 

Aku berjaya mengambil beberapa gambar pepatung ini dari jarak dekat setelah bertungkus lumus mengambilnya..bukan mudah untuk mendekati makhluk ini kerana ia sangat sensitif pada persekitarannya dan akan terbang jika dia perasan yang anda akan menghampirinya. Lagipun kamera aku bukanlah yang canggih betul. kalau yang di National Geographic tu mungkin jauh lagi boleh tangkap da gambarnya..

Ok, kita sama-sama lihat bagaimana bentuk sebenar makhluk tuhan ini...

 

      



Pepatung sememangnya satu makhluk ciptaan tuhan yang indah dengan berbagai-bagai bentuk dan warna dan ini menunjukkan kekuasaan tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini.. 


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, June 1, 2010

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta

Kuala Lumpur:  
Mei 31, 10 5:41pm




















Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama


petikan dari Malaysiakini 

P/s:
Kisah ini harus kita jadikan teladan agar kita sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan seharian kita dan jangan hanya melihat kepada logo 'halal'.. Sedangkan yang ada logo halal pun boleh jadi tidak halal apatah lagi yang tiada logo halal jakim???



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Saturday, May 15, 2010

Jangan sayang ibu bapa bermusim


Zahazan Mohamed


Apakah boleh kita menyambut Hari Ibu?

ZAHAZAN: Pada umumnya, Islam mengharuskan kita menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa. Cuma ia mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Maknanya, antara lain sambutan itu tidak boleh dicemari dengan percampuran bebas lelaki perempuan yang bukan mahram, disajikan minuman keras dan sebagainya.
Sebabnya dalam Islam, seorang anak itu wajib mengasihi ibu dan bapanya sepanjang masa atau istiqamah. Bukan hanya pada hari tertentu sahaja kita kasih dan sayang pada ibu.
Masyarakat Barat yang merencanakan sambutan ini kerana untuk mengimbangi kesibukan mereka lalu diadakan satu hari khusus bagi menyatakan kasih sayang kepada ibu dan bapa. Ulama menyebut bahawa berbuat baik kepada ibu bapa itu dituntut sebagai mana kita solat fardu lima waktu sehari semalam. Maknanya, ia tidak boleh ditangguh.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa...(Luqman: 14) Bahkan, jika ditakdirkan ibu kita bukan Muslim pun, sebagai anak kita masih wajib berbuat baik kepada mereka melainkan jika kita disuruh melakukan keengkaran kepada Allah.
Ini dijelaskan daripada perkataan saahibhuma dalam ayat 15 surah Luqman. Perkataan itu berasal daripada kata saahib yang bermaksud akrab atau rapat. Apabila rapat baru kita mengerti perasaan seseorang. Kata orang, seorang ibu boleh menjaga 12 anak tetapi 12 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Apakah kaitan hal ini dengan keberkatan dan reda Allah kepada kita?

ZAHAZAN: Memang betul. Kadang-kadang kita perhatikan dalam satu keluarga yang ramai itu, berlaku tolak-menolak siapa yang mahu menjaga ibu bapa apabila mereka tua. Sedangkan reda Allah kepada kita bergantung kepada redanya ibu bapa kepada kita. Ini dijelaskan menerusi sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Reda Allah terletak pada reda ibu bapa, kemarahan Allah juga terletak pada kemarahan ibu bapa". (Riwayat Tirmidzi, dan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim.) Tanpa restu atau reda ibu bapa kita tidak akan mendapat rahmat Allah. Mungkin kita diberi kekayaan, anak-anak yang pintar dan sebagainya tetapi semua itu adalah istidraj. Ini yang berlaku ke atas Firaun.

Apabila disebut Allah mengistidrajkan hambanya-Nya, ia bermaksud setiap kami hamba itu membuat atau menambah kesalahan maka setiap kali itu juga Allah menambah atau membaharui nikmat-Nya ke atas hamba tersebut membuatkan hamba itu tadi merasakan dia disayangi dan lupa memohon ampun. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT". (riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Menjaga ibu bapa lebih-lebih lagi apabila sudah lanjut usia memang banyak cabarannya. Apa iktibar untuk kita supaya tidak patah semangat dalam hal ini?

ZAHAZAN: Memang betul menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia memang banyak cabarannya. Namun, Allah telah mengingatkan kita supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa waima mereka lanjut usia sekali pun. Allah berfirman yang maksud-Nya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. 

Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil. (al-Israk: 23-24)

Kita bertanggungjawab berbakti kepada mereka. Tanggungjawab berbuat baik kepada mereka boleh dikatakan lebih penting daripada berjihad pada satu-satu ketika. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Seorang lelaki datang berjumpa Nabi SAW, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi SAW bertanya: "Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?" Beliau menjawab: "Ya", Baginda SAW bersabda: "Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta)". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Celakalah bagi tiga manusia iaitu apabila Ramadan datang tetapi tidak ada keampunan bagi mereka, Aku disebut di sisinya tetapi mereka tidak mendapat syafaat dan ada ibu bapa tetapi tidak pernah mendoakan keselamatan mereka". (riwayat al-Hakim dan Ibn Hibban) Kadang-kadang kesibukan bekerja mencari rezeki dijadikan alasan tidak menziarahi ibu bapa di kampung. Adakah ini juga termasuk dalam 'menyakiti' ibu bapa?

ZAHAZAN: Hukum dalam Islam boleh berubah mengikut keadaan. Contohnya, hukum asal bagi bagi seorang anak yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung menziarahi ayahnya adalah harus. Namun, apabila ayahnya menelefon menyuruh anaknya balik ke kampung dengan suara yang penuh pengharapan, maka hukum harus itu tadi kini menjadi wajib. Dengan kata lain, anak itu tadi wajib pulang ke kampung menziarahi ibu bapa walaupun dalam kesibukan seharian. Jika tidak dapat bercuti panjang sekurang-kurangnya balik la untuk sehari dua.

Kita bimbang perbuatan yang menyakiti hati ibu bapa itu kelak menyukarkan kita mengucap kalimah tauhid apabila menghadapi sakaratul maut. Inilah kisah yang berlaku kepada Alqamah. Beliau ialah sahabat nabi yang warak dan kuat menderma. Namun, selepas berumah tangga, beliau kurang memberi perhatian kepada ibunya kerana selalu melebihkan isteri. Keadaan itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Suatu hari, Alqamah jatuh sakit dan dalam keadaan nazak, beliau diajar mengucap kalimah La Ilaha Illallah, namun beliau tidak boleh mengucapkannya. Puas rakan-rakan menalkinkan kalimah tauhid itu tetapi Alqamah masih tidak mampu mengucapkannya. Lalu, seorang sahabat menceritakan perkara itu kepada Nabi SAW. Baginda kemudian pergi ke rumah Alqamah dan menalqinkan kalimah tauhid, tetapi sayangnya, Alqamah masih tidak boleh mengucapkannya. Nabi kemudian menanyakan adakah Alqamah ini masih mempunyai ibu kandung?" Hadirin ada yang menjawab "Masih ada". Lalu baginda meminta ibu Alqamah datang. Kemudian nabi bertanya kepadanya tentang hal Alqamah. Dalam dialog itu ternyata si ibu tadi ada berkecil hati atas sebahagian tindakan anaknya ini pada dirinya, setelah ia berumah tangga dan sampai saat ini, beliau belum memaafkannya, meskipun Nabi sendiri telah memintanya. Maka Nabi memerintah para sahabat mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah kerana itu lebih baik sebelum dia dibakar di akhirat. Mendengar keputusan nabi itu, ibu Alqamah tidak sanggup apabila anak kandungnya dibakar di matanya sendiri.Beliau lalu memaafkan anaknya.
Selepas itu, barulah Alqamah boleh mengucap kalimah tauhid dan meninggal dunia. Bayangkan, jika kecil hati ibu yang sedemikian pun menyukarkan anaknya mengucap apalagi kesalahan yang lebih besar yang selalu kita lakukan kepada ibu bapa kita. 

Justeru, marilah kita sama-sama berbuat baik dan berkhidmat kepada ibu bapa sementara mereka masih hidup. Jangan kita menyesal apabila mereka sudah tiada lagi di bumi ini.

sumber:
utusan malaysia

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Saturday, May 8, 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah


 


Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan   seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAUTIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN
KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.  
WASSALAM.


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, May 6, 2010

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahim'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.  Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan  sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari  Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.    

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang  sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 


Wallahualam..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Wednesday, May 5, 2010

Mukjizat dibalik BISMILLAH :

From: Nur
Sent: Tuesday, January 19, 2010 5:39 PM
Subject: FW: Keagungan Bismillah
 
 
  
Semoga bermanfaat,,
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
والسلام
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu ,

Mukjizat dibalik BISMILLAH :

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang berarti 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KEISTIMEWAAN BISMILLAH

1. Ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya karena BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
 
 2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)
 
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
 
4. Demi Allah dan keagunganNya, apabila BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit akan menjadi obat untuknya dan apabila BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
 
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulai sesuatu perkara yang baik.
 
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.ALMuddatsir: 30).Ibnu Mas'ud berkata: 'Barang siapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'
 
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
 
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH niscaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
 
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
 
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
 
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
 
Tambahan :

Bukti bahwa kalimat ini `bukan main main` `bukan basa basi`, tapi GRAND DESIGN dari Sang Maha.

* Kalimat ini terdiri dari 19 huruf
19 adalah bilangan primer dalam system matematika. Ternyata Al Quran terbangun dari system yang menggunakan angka 19.
Angka 19 terdiri dari angka 1 (terkecil) dan 9 (terbesar), dan dapat dikatakan 19 adalah angka yang mewakili seluruh bilangan.
Dari kalimat Bismillahirrahmanirrahim, bila kita break down maka akan kita ketahui bahwa dalam Al Quran :
- kata `ismun/ismi : diulang 19 x  -->  19 habis dibagi oleh bilangan 19 (19 x 1)
- kata Alloh : diulang 2698 x  --> 2698 habis dibagi oleh  19 (19x 142)
- kata Rahman : diulang 57 x  --> 57 habis dibagi oleh 19 (19 x 3)
- kata Rahim : diulang 114 x   --> 114 habis dibagi oleh 19 (19 x 6)
Bila pengali kata kata tsb dijumlah, maka 1 + 142 + 3 + 6 = 152. 152 adalah hasil dari 19 x 8 (habis dibagi oleh 19).

Coba kita renungkan lagi yang ini :
- lihat berurut ke arah samping kanan dan ke bawah

19x1=19
(1+9) = 10
(1+0) =
1
19x2=38
(3+8) = 11
(1+1) =
2
19x3=57
(5+7) = 12
(1+2) =
3
19x4=76
(7+6) = 13
(1+3) =
4
19x5=95
(9+5) = 14
(1+4) =
5
19x6=114
(1+1+4) =
 
6
19x7=133
(1+3+3) =
 
7
19x8=152
(1+5+2) =
 
8
19x9=171
(1+7+1) =
 
9
19x10=190
(1+9+0) =
10(1+0)
1
19x11=209
(2+0+9) =
11(1+1)
2

Satu contoh bahwa Kalam Alloh (Al Quran) mengandung rahasia angka 19 adalah sbb :
1. Ayat Al Quran yang pertama kali diturunkan adalah ayat 1 s/d 5 Surat Al Alaq.
Bila kita hitung, maka dalam ayat 1 - 5 ini terkandung 19 kata. Dan urutan Surat Al Alaq ini adalah yang ke 19, jika dihitung dari akhir Al Quran.

2. Ayat yang berbicara/bercerita tentang kehancuran Israel adalah : ayat 1 s/d 7  Surat Al Isra`.
Bila kita hitung, maka dalam ayat ayat ini, terkandung 106 kata. Jika 106 ini dikalikan dengan 19, maka 106 x 19 = 2014.
Akan kah Israel hancur pada tahun 2014 ?

Allohu a`lam
 
 
Catatan : Jangan biarkan dalam inbox anda tanpa bermanfaat utk org lain, anda sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda demi pahala dan Ridho Allah SWT. 

Sabda RasulAllah SAW , 'Sampaikan pada orang lain walaupun cuma satu ilmu , dan bila orang yang disampaikan itu mengamalkannya maka dia akan memperoleh pahala walaupun sudah tiada......amin '

Wassalam'   


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini