CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, May 26, 2010

Mentaliti orang Indonesia ketinggalan 20 tahun dari mentaliti orang Malaysia..Betulkah???

Salam,

Tujuan aku membincangkan topik ini ialah just to share apa pandangan aku tentang mentaliti orang Indonesia (Pekerja yang datang ke Malaysia) dan membandingkannya dengan apa mentaliti orang malaysia (khususnya Orang Sabah). Aku ingin bincangkan dari segi masalah persekolahan anak-anak.

Apa yang anda fikirkan bila soal persekolahan anak-anak dibincangkan? Mengapa persekolahan anak-anak mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya? Satu saja jawapan yang paling tepat untuk kita iaitu kita mahukan agar anak-anak kita suatu hari nanti mempunyai masa depan atau kehidupan yang baik. Atau dalam erti kata yang lain senang dapat kerja..
Saya katakan yang mentaliti orang tua pekerja Indonesia ketinggalan 20 tahun kerana bila saya bertanya kepada mereka tentang persekolahan anak-anak mereka apa yang mereka jawap adalah jawapan biasa orang tua di Malaysia 20 tahun yang lalu..

Contoh jawapan yang biasa...
a) "Kalau anak perempuan saya sekolah pun akhirnya ke dapur juga"
b) "Bagus lagi khawin awal-awal, saya mau timang cucu" Tak payah sekolah
c) "Keluarga saya susah, siapa yang bantu saya kerja kalau dia pergi ke sekolah"
d) "Kalau sekolah tinggipun susah juga dapat kerja"

dan banyak lagi jawapan yang menyatakan mereka tidak mementingkan persekolahan anak-anak.

Salah satu penyebab yang mungkin kepada masalah ini ialah saya difahamkan yang karenah birokrasi dan rasuah amat tinggi di Indonesia. jika anda ingin berkerja jadi kakitangan kerajaan seperti polis, guru, askar dan sebagainya anda haruslah membayar sejumlah  wang yang banyak misalan Rp20-Rp40 juta untuk mendapatkan jawatan atau kerja itu.. Tiada wang untuk membayar maka anda tidak akan dapat kerja itu. Anda kerja sampai pencen pun belum tentu dapat balik duit yang dibayar jika anda tidak minta rasuah juga???.

mungkin itulah yang menyebabkan mentaliti orang Indonesia menjadi sedemikian yang menyebabkan masa depan anak-anak terabai.. Harap kejadian seumpama tidak berlaku di Malaysia..
   


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

6 comments:

Ampuan Awang said...

salam.

entri menarik. kalau diikutkan, mentaliti orang Indonesia adalah yang terbaik [kalau diikutkan]. di Malaysia pergerakan sedikit lambat dan seperti baru nak mengejar indonesia dari segi pelajaran. ladang buku sudah lama dibuat di sana tapi di malaysia baru mau buat. apa pun Malaysia adalah yang terbaik. mengapa? sebab aku dilahirkan di sini dan aku bangga dengannya.

iddinm said...

betul awang tapi saya fikir kerajaan yang ada di sana gagal dalam menjalankan pemerintahan yang lebih telus. Mungkin bukan atasan yang buat tapi bawahan yang tidak di kawal bermaharaja lela

Nurul said...

Salam.. saya pernah ke Palembang dan merasai suasana belajar di sana. Terbukti Malaysia sebenarnya sedikit tertinggal dalam pendidikan. Anak-anak Indonesia memang bijak-bijak apa yang menjadi masalah adalah halangan dari segi kewangan yang membantutkan potensi mereka utk belajar.

kadangkala perkara ini seperti sudah menjadi budaya 1 masyarakat. tengok orang lain buang sampah merata-rata bukan menjadi satu masalah lagi. orang lebh suka meniru atas alasan mudah nak buang sampah. "jangan terlampau skema kata orang ! " haiii ini lah dia budaya kita sekarang

pssstt:

saya tahu 5 perkara yang kamu kejar-kejarkan!

iddinm said...

Salam Nurul..
Saya bersetuju dengan anda. Mungkin suasana hidup yang berbeza antara palembang dan Sulawesi yang menyebabkan keadaan itu sebab kebanyakan orang yang saya berbicara itu ialah orang sulawesi...

Syafrizal said...

satu artikel menarik..
saya tidak pernah amik tau pun pasal mentaliti orang indonesia..

iddinm said...

sYAFRIZAL.
Ini bukanlah semua orang Indon tetapi ini adalah pengamatan saya tentang sikap pekerja dari Indonesia yang berkerja di ladang-ladang kelapa sawit

Entri-Entri terkini