Siapa yang lebih kuat rasuah-umno atau pkr? Pernahkah anda mendapati ada ciri-ciri rasuah dalam pengurusan kedua-dua parti ini? Kalau aku sendiri memang setiap kali pilihanraya ada saja projek di belakang tabir yang dilakukan oleh mana-mana perti politik malahan calon bebas yang boleh kata tiada duit pun masih mampu memberi sedikit duit kepada orang ramai... Kenapa orang mahu membicarakan siapa yang lebih kuat rasuah umno atau pkr? Penting sangatkah tu? Pada saya persoalan ini kurang penting kerana bila kita menyebut rasuah maka biar sedikit manapun dia buat ia tetap rasuah juga dan tetap tidak telus dalam menjalankan amanat yang diberikan oleh rakyat. Tidak hairanlah jika anda mendapati bila PRU 13 yang akan datang ni anda akan mendapati keadaan 'politik wang' ini masih berterusan. Rakyat kebanyakkannya tidak peduli asalkan mereka dapat wang. Siapa yang tidak mahu wang? Semua orang akan cuba untuk mendapatkan wang..Cuma halal atau tidak sahaja caranyalah..Cuba anda lihat apa yang diungkapkan dalam sabahkini di bawah... |
Oleh: SUNARNO WIRO GARA-GARA kehadiran ahli politik veteran ke kancah percaturan politik PKR Tenom, ramai ahli ‘senior’ PKR di situ tersinggung dan mengeluh lantas bertindak mendiamkan diri sebagai tanda protes terhadap kehadiran orang luar mencampuri urusan politik dalaman mereka di sini. Mereka juga dikatakan tidak bersetuju dengan cara ‘Politik veteran’ itu menarik ahli baru untuk menyertai PKR dengan cara menggunakan ‘wang’ sebagai strategi bagi memancing kemasukan ahli baru kerana cara sedemikian adalah bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan PKR yang mahu menghapuskan gejala ‘Rasuah’ dalam parti. Sandiwara politik PKR yang dilakonkan semula ‘Politik veteran’ itu khususnya di kawasan Parlimen Tenom cukup mencelarukan pengikut-pengikut lama dalam parti itu; malah senario itu turut menjadi bualan di kedai-kedai kopi mahupun di majlis-majlis sempena sambutan Pesta Kaamatan di pelusuk kampung yang menentang cara politik sedemikian rupa. Mereka amat kecewa dengan ‘fenomena’ itu berlaku sedangkan pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini begitu lantang; kononnya mahu menghapuskan amalan ‘Rasuah’ berlaku dalam kerajaan malah mereka menuduh UMNO lah yang ‘Rasuah’ kerana mengamalkan ‘Politik Wang’. Bagaimanapun di sebalik keghairahan sandiwara politik veteran itu mengatur langkahnya yang barangkali kiasan yang pernah dibuat segelintir pemimpin parti ‘Berjaya’ terdahulu yang menyebut “Murut senang di urut, Dusun senang disusun” masih belum ‘expired’ mungkin salah satu ‘formula’ beliau gunakan dalam penyusunan setiap langkah itu. Namun disebaliknya, selang beberapa hari terdapat pula kata-kata sumbang dari mereka yang pernah disogokkan mengungkap perkataan seperti berikut:- “Jangan hairanlah orang yang datang berduyun-duyun ke Hotel Perkasa kononnya ahli Umno menyertai PKR selepas kecewa dengan prestasi hambar Umno. Itu perkara biasa dalam kelibat ‘jalan-jalan cari makan’,” kata salah seorang yang dikatakan ahli Umno menyertai PKR baru-baru ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mas. “Kalau kami diberi tambang dan makan serta sedikit wang sagu hati untuk isi borang masuk ahli PKR, siapa tidak mahu? Duit bah itu? Bila lagi mahu makan duit si veteran itu,” kata salah seorang dari Kuala Tomani. Oleh itu, janganlah terlalu mengatakan bahawa Umno itu kotor, BN juga kotor si Anu Rasuah dan si Atu bohong…malah siapa juga yang lebih kotor dari Umno? PKR kah? atau Umno/BN! Kita sama-sama tunggu..apa kata pengundi pada PRU13 nanti. |
sumber: Sabahkini
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
1 comment:
UMNO!!
Post a Comment