Bukan memburuk-burukkan KFC tetapi kesilapanj pekerjanya membawa satu imej yang buruk kepada restoran makanan segera yang terkenal itu... Lihat saja apa yang telah berlaku...
Dedak makanan ayam yang terdapat dalam ayam goreng KFC
korang tengok tuuu...eii ado lagi dedak ayam kat daging ayam yang best tu! teruih jadik x best!
laaa...nasib dedak je, kalau najis ayam?...eiiii kotor laaa
Klik pada gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas
dorang tak cuci betul2 ke niii...uwekkk!
Pemberi maklumat: kraiutara
KUALA TERENGGANU 2 Julai – Gambar Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bersama Raja Petra Kamaruddin di United Kingdom boleh menimbulkan persepsi adakah parti itu terlibat menyembunyikan pengendali portal berita Malaysia Today tersebut daripada pihak berkuasa.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, gambar berkenaan yang disiarkan laman web Malaysia Today, dua hari lalu itu juga boleh dijadikan petunjuk penting bahawa PKR mungkin terlibat melindungi Raja Petra daripada dibawa ke muka pengadilan.
‘‘Bagi saya, (jika betul) ini adalah satu kesalahan kerana menyembunyikan seseorang yang sedang disiasat dan didakwa oleh pihak berkuasa,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Terengganu di sini hari ini.
Mukhriz berkata, pada pandangannya, pertemuan tersebut menunjukkan PKR mempunyai kaitan dalam melindungi Raja Petra.
‘‘Semua tahu sikap Raja Petra yang merupakan seorang anarkis dan dia bukan sahaja setakat antikerajaan, malahan tidak boleh menerima sebarang bentuk sistem tidak kira siapa pun yang menerajui negara ini.
‘‘Dulu, dia anti ayah saya (Tun Dr. Mahathir Mohamad) kemudian Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), sekejap anti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) kemudian menyokong pula Anwar. Tak tahulah apa pegangan dia,” ujarnya.
Mukhriz berkata, beliau percaya Raja Petra yang kini dipercayai berada di luar negara mungkin menerima penajaan pihak tertentu.
‘‘Saya tidak ada bukti tapi kita sedia maklum. Bayangkan nak tinggal di pangsapuri di London perlu belanja besar. Raja Petra setahu saya seorang yang hidup sederhana tetapi sekarang tengok keadaannya,’’ kata beliau.
Sebelum ini pelbagai pihak termasuk bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mendakwa kehidupan Raja Petra di London mungkin ditaja oleh salah seorang tokoh pemimpin pembangkang.
Sumber polis juga tidak menolak kemungkinan kehidupan Raja Petra di di Gloucester Terrace, Bayswater yang merupakan kawasan elit dibiayai pihak tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui web Malaysia Today.
Parti keadilan bersedia hadapi saman terhadap akhbarnya dan mendakwa yang mereka mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan mereka baru-baru ini. Entah benar atau tidak berita yang disiarkan dalam suara keadilan itu tetapi apa yang jelas ialah jika ia benar-benar berlaku maka situasi yang dihadapi dinagara kita dalam keadaan menakutkan. Apa tidaknya jika aset yang kalau difikirkan dengan keadaan semasa susah untuk mendapat kerugian tiba-tiba hilang pula.. Bukan satu dua juta tetapi berbillion-billion..
Kalau begitu apa nasib agensi yang kita semua harapkan seperti Petronas akan mengalami nasib yang sama cuma belum ada pendedahan? Yang paling menakutkan lagi ialah mengenai wang KWSP kita?? Bagaimana keadaannya sekarang? Adakah ia selamat? Jika hilang, siapa yang akan dipertanggungjawapkan? Alamat mati dalam keadaan terbeliaklah kita...
Kenapa Parti Keadilan bersedia menghadapi saman itu..Mereka mestilah juga mempunyai alasan atau bukti yang kukuh...Apa yang rakyat harapkan ialah kebenaran yang sebenarnya akan terungkai dan tiada yang disembunyikan atau dilindungi.. Jika benar dakwaan keadilan itu maka saya tidak hairan jika ada bantahan besar-besaran dari orang ramai nanti..Negara akan kacau bilau...Harap itu juga akan difikirkan...
Cerita lanjut kenapa Parti Keadilan bersedia hadapi saman itu sila ke link dibawah...
Bolasepak Piala dunia 2010 kini sudah memasuki peringkat suku akhir yang akan bermula pada 2 julai 2010. Dalam keasyikan menonton piala dunia ini beberapa perkara yang selalu aku jarang miss telah 'termiss' tahun ini.. Bukan sengaja tidak mahu melihat perkembangan sukan lain tetapi sukan itu benar-benar telah ditenggelami oleh kehebatan piala dunia ini..
Aku sebenarnya bukan hanya peminat bola..Sukan lain yang aku minat ialah golf dan tennis.. Tetapi disebabkan oleh bolasepak piala dunia ini aku telah 'termiss' dua kejohanan besar iaitu golf US open dan Tennis Wimbledon Open.. kedua-duanya seumpama piala dunia juga dalam dunia sukan masing-masing..
Ini hanya dalam sukan sahaja..Mungkin banyak lagi kesan bolasepak ini yang membuatkan kita terlupa kepada apa yang berlaku di sekeliling kita umpamanya isu Palestine.. Walaupun dengan kehangatan piala dunia ini tetapi negara Palestine terus-menerus di bedil oleh rejim Zionis dan isu ini tidak patut kita abaikan.
Selain dari itu ada juga yang sedikit sebanyak telah mengabaikan keluarga pada masa piala dunia ini. Ada orang yang telah mengabaikan perbelanjaan keluarga kerana telah kalah teruk berjudi piala dunia.. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana banyak tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis kerana terlibat dalam perjudian ini..
Kita memang telah terlepas pandang beberapa perkara sempena piala dunia kali ini..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Kelmarin bekas PM Dr. mahathir mahu supaya peperiksaan atau ujian lain diwujudkan untuk menggantikan peperiksaan UPSR dan PMR yang dicadangkan untuk dimansuhkan..
Jadi apa relevennya keputusan jika pemansuhan itu diteruskan? Bukankah itu namanya 'kopi ping' yang sudah dibayar dan order 'kopi ais' yang baru akan dibayar? Bagus lagi naik tarafkan peperiksaan yang sedia ada dan setarafkan dengan apa yang dimahukan oleh TPM. Maksudnya di sini ialah buat penambahbaikan peperiksaan sedia ada dengan menghasilkan peperiksaan versi TPM..
Dibawah ialah kenyataan bekas TPM semasa wawancara dengan akhbar utusan Malaysia hari ini:
KANGAR 24 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebarang pemansuhan terhadap peperiksaan utama negara perlu digantikan dengan ujian setaraf.
Menurutnya, apa juga pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan berhubung perkara itu, perlu ada satu ujian yang dapat mengukur kebolehan seseorang pelajar.
"Walau apa pun yang kita cari, kita terpaksa mengadakan satu jenis ujian. Kalau tidak, kita tidak dapat tahu kebolehan seseorang," ujarnya pada majlis perjumpaan dengan rakyat Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Dr. Mahathir turut menjelaskan, sistem peperiksaan sekarang boleh digantikan dengan sistem peperiksaan lain.
"Yang salah bukan peperiksaan tetapi cara memeriksa, justeru kita boleh kaji sistem peperiksaan yang ada sekarang tetapi kalau kita tidak buat langsung ujian, itu tidak boleh," tegas beliau.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar dimansuhkan peperiksaan berkenaan kerana sistem pembelajaran kini dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik kepada para pelajar.
Masalah melanda remaja perlu ditangani secara bersepadu, terap nilai Islam
KUALA LUMPUR: Kekurangan penerapan dan latihan akhlak yang baik menyebabkan gejala salah laku seks berlaku di kalangan remaja.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata disebabkan itu, ajaran Islam tidak masuk ke dalam jiwa remaja menyebabkan mereka tidak takut melakukan maksiat.
“Kita kena kaji sistem pendidikan dari segi penerapan nilai Islam supaya anak muda kita berakhlak. Untuk menangani gejala keruntuhan akhlak anak muda mesti ada usaha bersepadu dari semua pihak.
“Kita memberikan kebebasan yang berlebihan kepada remaja hari ini dan saya menyarankan kita sekat sikit internet seperti yang dilakukan China dan Pakistan demi menjaga akhlak anak muda kita,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau diminta mengulas laporan kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) bahawa lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.
Kajian itu juga menyatakan, sebahagian besar golongan remaja berkenaan mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.
Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, berkata remaja terbabit dengan gejala salah laku seks kerana tidak mendapat hidayah Allah walaupun mereka mengetahui hukum agama dan dosa melakukan zina.
“Sebab utama perkara sedemikian kerana remaja kita tidak menjaga solat dan kurang mengunjungi tempat seperti masjid atau majlis ilmu. Hukum Islam pada kelompok remaja berkenaan hanya menyentuh telinga saja dan bukannya jiwa mereka.
“Selain itu, cara ibu bapa mendidik anak dengan corak Barat turut menyumbang kepada masalah berkenaan disamping keengganan mereka mendengar saranan ulama untuk mengatasi gejala maksiat,” katanya.
Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din, berkata kajian terbaru UPM itu boleh memberi kesedaran kepada masyarakat terutama ibu bapa mengenai realiti remaja sekarang yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
“Saya menyeru kepada ibu bapa supaya mengambil tindakan dengan memantau aktiviti anak serta meningkatkan pengawasan lebih-lebih lagi ibu bapa yang mempunyai anak gadis.
“Islam menyanjung tinggi remaja yang menjalani kehidupan dengan berlandaskan agama dan bukannya hawa nafsu,” katanya.
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Semalam TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan yang peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan dimansuhkan. Apakah rasional pemansuhan ini dan apakah bakal akibat yang akan dihadapi oleh alam pendidikan di Malaysia?
Bagi saya UPSR dan PMR merupakan satu tempat untuk melihat pelajar-pelajar yang berbakat yang mana mereka akan dipilih untuk mengisi tempat-tempat di Sekolah berasrama penuh, MRSM dan sebagainya..
Peperiksaan ini jugalah yang boleh menjadi pemangkin kepada semangat pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Jika tiada peperiksaan ini bagaimana kementerian Pendidikan memilih pelajar yang akan menyambung pelajaran ke sekolah seperti ini? Tangkap muat saja ka? Atau buat ujian lain.. Ini balik kepada asal pula..
Atau kementerian mahu buat sesuatu yang dikatakan 'baru' tetapi sebenarnya lama yang mereka katakan baru supaya 'mereka' boleh katakan dengan bangga bahawa "inilah yang saya lakukan, kalau bukan saya tiada yang buat".
Harap-harap semua tindakan mereka telah dikaji dengan teliti. Jangan kerana nakkan nama, pendidikan pula yang menjadi mangsa. Amat sedih jika perkara ini berlaku..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
TAWAU: Masyarakat diminta supaya tidak panik atau mendengar khabar angin berhubung spekulasi yang kononnya harga gula akan dinaikkan dalam tempoh terdekat ini. Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau Mohd Fikri Lai Abdullah berkata, kenaikan tidak akan berlaku sehinggalah adanya pengumuman rasmi dari pihak kementerian.
“Tidak akan ada kenaikan jika pihak kementerian tidak mengumumkannya. Justeru jangan panik atau khuatir sehingga membeli gula dalam kuantiti yang banyak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkara tersebut kelmarin. Ketika ditanya tentang bekalan gula untuk daerah ini pula, Fikri menjelaskan bahawa jumlahnya adalah memenuhi keperluan kerana sebanyak 1,400 tan metrik gula dibekalkan ke daerah ini setiap bulan.
Dalam pada itu, Fikri memberitahu bahawa kerajaan kini menguatkuasakan semula syarat lesen menjual barangan kawalan ke atas semua peruncit selepas peraturan itu dihentikan sejak 1991. Tindakan itu ujarnya dibuat demi menjaga keperluan dan kebajikan orang awam.
Dengan demikian juga ujarnya, kira-kira 1,700 peruncit di daerah ini kini perlu mendapatkan lesen jika ingin menjual barang kawalan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.
Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.
Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.
Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.
Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. - Bernama
petikan dari Malaysiakini P/s: Kisah ini harus kita jadikan teladan agar kita sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan seharian kita dan jangan hanya melihat kepada logo 'halal'.. Sedangkan yang ada logo halal pun boleh jadi tidak halal apatah lagi yang tiada logo halal jakim???
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Sebut saja mat rempit semua orang pasti akan tergambar sesuatu yang tidak baik pasal perempit itu.. Merempit bukanlah sesuatu yang asing kepada anak-anak muda di negara kita. Saban hari kita terdengar kes polis menahan perempit-perempit yang menunjukkan aksi di jalan raya.. Kita juga sering mendengar cerita di mana perempit maut dalam kemalangan jalan raya dan macam-macam lagi cerita yang kurang elok tentang aktiviti merempit ini.. Aku ingin kongsikan beberapa gambar perempit yang bagus....ayuh kita saksikan...
Naik motor 5 orang
Monyet pun sekarang dah pandai merempit
Ni lagi hebat...budak perempuan sekolah tanpa helmet merempit dengan pelumba motor
Memang hebat2 semua perempit-perempit ini.. Aku paling suka tengok gambar terakhir di mana perempuan yang jadi perempit lawan lelaki. Sudah lah tu masih pakai baju sekolah...Dasyhat betul...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Mei –
Pelbagai pihak hari ini terus mempersoalkan bagaimana pengendali portal berita antikerajaan, Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dapat menjalani kehidupan mewah di Britain jika tidak ada individu yang menaja beliau.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, justeru adalah tidak salah sekiranya ramai yang melihat Raja Petra telah ditaja pihak tertentu bagi meneruskan misi memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.
“Tidak mungkin dia boleh hidup dengan selesa di Britain, yang kita tahu kos hidup di sana sememangnya tinggi tanpa dibantu sesiapa ditambah pula dia adalah seorang yang muflis. “Ini menimbulkan kehairanan dan kita mahu persoalkan siapakah yang terlibat dalam perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kemunculan semula Raja Petra Sabtu lalu yang mencabar kerajaan Malaysia supaya mendakwanya di mahkamah Britain atas segala pertuduhan terhadapnya sebelum ini. Raja Petra seperti dilaporkan portal miliknya itu dan beberapa portal propembangkang mendakwa dirinya bersedia berhadapan dengan semua pertuduhan itu kerana menganggap Britain adalah ‘wilayahnya’.
Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa di negara ini diminta segera mengambil tindakan terhadap Raja Petra dengan meminta bantuan kerajaan Britain bagi membolehkannya dibawa pulang ke Malaysia. “Sepatutnya kita sudah lama minta bantuan dari Britain. Saya harap kita tidak biarkan kerajaan dimain-mainkan seperti ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Dr. Latiff Ahmad menggesa Raja Petra sendiri mendedahkan siapa yang membiayai kehidupan mewahnya di London itu. Katanya, Raja Petra hanya perlu menyebut sama ada pihak tersebut merupakan ahli politik, tokoh korporat atau negara-negara tertentu.
“Raja Petra tak perlu sebut nama penajanya sebab kita tahu jika dia bongkar identiti penajanya maka bantuan kewangan kepadanya akan dihentikan serta-merta. Dia hanya perlu beritahu golongan mana yang menajanya,” katanya.
Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan atau yang boleh diambil oleh kerajaan malaysia? Kita tahu yang Malaysia kini amat berpengaruh di malaysia... Portal tu mengikut alexa traffic tersenarai dalam top100 yang paling ramai visitor..
Jadi, apa-apa yang ditulis di malaysia Kini pasti membawa kesan yang besar terhadap negara.
Atau kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa? Sudahlah Raja Petra ini dah diiystiharkan muflis tapi 'Power'nya masih ada..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Siapa yang lebih kuat rasuah-umno atau pkr? Pernahkah anda mendapati ada ciri-ciri rasuah dalam pengurusan kedua-dua parti ini? Kalau aku sendiri memang setiap kali pilihanraya ada saja projek di belakang tabir yang dilakukan oleh mana-mana perti politik malahan calon bebas yang boleh kata tiada duit pun masih mampu memberi sedikit duit kepada orang ramai...
Kenapa orang mahu membicarakan siapa yang lebih kuat rasuah umno atau pkr? Penting sangatkah tu? Pada saya persoalan ini kurang penting kerana bila kita menyebut rasuah maka biar sedikit manapun dia buat ia tetap rasuah juga dan tetap tidak telus dalam menjalankan amanat yang diberikan oleh rakyat. Tidak hairanlah jika anda mendapati bila PRU 13 yang akan datang ni anda akan mendapati keadaan 'politik wang' ini masih berterusan. Rakyat kebanyakkannya tidak peduli asalkan mereka dapat wang. Siapa yang tidak mahu wang? Semua orang akan cuba untuk mendapatkan wang..Cuma halal atau tidak sahaja caranyalah..Cuba anda lihat apa yang diungkapkan dalam sabahkini di bawah...
Oleh: SUNARNO WIRO
GARA-GARA kehadiran ahli politik veteran ke kancah percaturan politik PKR Tenom, ramai ahli ‘senior’ PKR di situ tersinggung dan mengeluh lantas bertindak mendiamkan diri sebagai tanda protes terhadap kehadiran orang luar mencampuri urusan politik dalaman mereka di sini.
Mereka juga dikatakan tidak bersetuju dengan cara ‘Politik veteran’ itu menarik ahli baru untuk menyertai PKR dengan cara menggunakan ‘wang’ sebagai strategi bagi memancing kemasukan ahli baru kerana cara sedemikian adalah bertentangan dengan dasar dan prinsip perjuangan PKR yang mahu menghapuskan gejala ‘Rasuah’ dalam parti.
Sandiwara politik PKR yang dilakonkan semula ‘Politik veteran’ itu khususnya di kawasan Parlimen Tenom cukup mencelarukan pengikut-pengikut lama dalam parti itu; malah senario itu turut menjadi bualan di kedai-kedai kopi mahupun di majlis-majlis sempena sambutan Pesta Kaamatan di pelusuk kampung yang menentang cara politik sedemikian rupa.
Mereka amat kecewa dengan ‘fenomena’ itu berlaku sedangkan pemimpin-pemimpin PKR sebelum ini begitu lantang; kononnya mahu menghapuskan amalan ‘Rasuah’ berlaku dalam kerajaan malah mereka menuduh UMNO lah yang ‘Rasuah’ kerana mengamalkan ‘Politik Wang’.
Bagaimanapun di sebalik keghairahan sandiwara politik veteran itu mengatur langkahnya yang barangkali kiasan yang pernah dibuat segelintir pemimpin parti ‘Berjaya’ terdahulu yang menyebut “Murut senang di urut, Dusun senang disusun” masih belum ‘expired’ mungkin salah satu ‘formula’ beliau gunakan dalam penyusunan setiap langkah itu.
Namun disebaliknya, selang beberapa hari terdapat pula kata-kata sumbang dari mereka yang pernah disogokkan mengungkap perkataan seperti berikut:-
“Jangan hairanlah orang yang datang berduyun-duyun ke Hotel Perkasa kononnya ahli Umno menyertai PKR selepas kecewa dengan prestasi hambar Umno. Itu perkara biasa dalam kelibat ‘jalan-jalan cari makan’,” kata salah seorang yang dikatakan ahli Umno menyertai PKR baru-baru ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mas.
“Kalau kami diberi tambang dan makan serta sedikit wang sagu hati untuk isi borang masuk ahli PKR, siapa tidak mahu? Duit bah itu? Bila lagi mahu makan duit si veteran itu,” kata salah seorang dari Kuala Tomani.
Oleh itu, janganlah terlalu mengatakan bahawa Umno itu kotor, BN juga kotor si Anu Rasuah dan si Atu bohong…malah siapa juga yang lebih kotor dari Umno? PKR kah? atau Umno/BN! Kita sama-sama tunggu..apa kata pengundi pada PRU13 nanti.
Mungkin kisah yang aku tulis ini kurang digemari oleh sesetengah orang. Mungkin ada juga yang akan kata.."mana bukti"? Tapi takkan pokok bergoyang kalau tiada angin yang bertiup..Saya akan tulis coretan ini secara am supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Cukuplah dengan kita mengambil iktibar dari cerita ini dan perlahan-lahan kita akan mengetahui akan kebenarannya..
Beberapa bulan lalu ada kejadian di mana sekumpulan penduduk beberapa kampung telah mengangkat senjata mereka melarang tanah bekas hutan simpan dibuka untuk tujuan penanaman kelapa sawit.. Kenapa mereka begitu marah sehinggakan mereka sanggup mengangkat senjata (parang-pisau sahaja)?
Ceritanya begini... Penduduk kampung sebenarnya telah pernah memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut. malangnya permohonan mereka ditolak kerana dengan berbagai-bagai alasan. Tapi baru-baru ini ada syarikat swasta telah menghantar segala mesin mereka untuk membuka ladang kelapa sawit di tanah berkenaan.. Setelah diperiksa..syarikat berkenaan salah satu yang berkepentingan ialah orang kuat Barisan Nasional... Mana tidak mengamuk orang kampung.. Nampak betul ada sesuatu yang tidak kena di sini..
Saya rasa ini bukanlah kes tunggal yang berkaitan dengan hak pemilikan tanah. Tapi kalau dah pandai buat tu mestilah pandai juga sembunyikannya. Pernah juga saya terdengar orang cakap yang ada YB yang langsung tiada keluarga di sesuatu tempat tu boleh ada tanah di sana? Mungkin di beli dari kenalannya? tidak mungkin...Tapi begitulah adat sekarang...Siapa yang berkuasa maka dia akan memiliki kelebihan..
Buka dari segi pemilikan tanah sahaja tetapi pemilikan kontrak juga.. Ada kerja kontraktor yang kalau dikira dari segi kualiti memang langsung tidak mematuhi syarat-syarat pembinaan tetapi oleh kerana dia adalah kroni-kroni BN maka apa yang dibuatnyapun betul..
Anda lihat, tengok dan dengar2lah apa yang berlaku disekitar anda..mungkin kejadian seperti ini juga sedang berlaku tapi mungkin tiada apa yang kita boleh lakukan.. Cuma dengar dan berhati-hati dengan segala yang berlaku..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Kita sentiasa dikejutkan dengan berbagai-bagai berita tentang kononnya itu alah pengorbanan dalam bercinta. Ada remaja perempuan yang dikhabarkan sanggup ikut teman lelakinya pulang ke Lombo, Indonesia dan sebagainya kerana terlalu sayang kepada pasangannya itu. Yang palin teruk ialah remaja perempuan itu masih di bawah umur pas tu pulang ke Malaysia dah mengandung kerana telah berkhawin di Indonesia dan menyesal tak sudah.. Persoalannya ialah kenapa mereka sanggup buat apa saja untuk menjadi seperti mereka yang saya nyatakan di atas? Adakah kerana cinta semata-mata atau ada faktor yang lain?
Ada juga remaja perempuan yang sanggup bergadai harga diri demi untuk cinta monyetnya. Selalunya mereka juga yang merana kerana keadaan tidak kembali ke asal apabila mereka ditinggalkan.
Mungkin mereka tiada pedoman yang baik dalam menjalani kehidupan remaja yang lebih baik. yang ada dalam fikiran mereka ialah mau enjoy saja dan itulah yang mereka rasakan sebagai syurga mereka. Mereka tidak tahu yang kehidupan mendatang lebih mencabar dan sangat sukar??
Perlukah diwujudkan satu garis panduan di sekolah yang akan diajarkan kepada mereka agar mereka tahu batas-batas dan sempadan yang harus mereka patuhi. Atau perlukah di wujudkan satu garis panduan hukuman yang lebih ketat disertai dengan pemantauan yang berkesan ke atas kesalahan yang mereka lakukan?
Kelmarin waktu saya jalan-jalan di pekan dan kebetulan saya melalui satu tempat yang banyak kedai Cyber saya terkejut kerana kedai-kedai itu dipenuhi oleh pelajar sidang petang yang umurnya dalam lingkungan 13-15 tahun. Apakah cyber cafe memang berniaga dengan budak-budak sekolah adalah sasarannya.. Kebanyakan budak di situ lengkap berpakaian seragam.
Saya berpendapat pemantauan oleh pihak berkuasa di bawah seliaan BARISAN NASIONAL ketika ini sangat kurang berkesan atau jarang dilakukan. Mungkin mereka sibuk dengan acara-acara lain yang lebih menguntungkan mereka untuk pilihanraya akan datang.. Kalaulah tidak disiarkan diakhbar atau di mana-mana situasi ini langsung tidak dipedulikan..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Aku menulis cerita ini kerana beberapa bulan kebelakangan ini kejadian kecurian kerbau sedang hangat berlaku di mana-mana di estate-estate kelapa sawit dan kampung-kampung di sekitar jalan Sapi Nangoh dan Pitas..
Dalam 2 bulan ini sahaja sudah hampir 10 ekor kerbau telah dicuri dari ladang-ladang dan mungkin lebih banyak lagi kes yang tidak dilaporkan. Pihak polis telah maklum mengenai keadaan ini dan untuk tidak mencampuri urusan siasatan mereka diharapkan mereka dapat dan berupaya melakukan sesuatu untuk membendung kegiatan pencuri ini yang mungkin memasang orang dalam di ladang-ladang di mana mereka hendak melakukan kegiatan mereka. Mereka dikatakan berurusan dengan beberapa orang dalam ladang untuk memudahkan kegiatan mereka iaitu mereka hanya menunggu diluar berhampiran jalan besar sementara kawan mereka yang kerja di dalam melakukan kerja mereka. Kita mengharapkan agar pihak polis dapat menyiasat perkara ini hingga ke akar umbi dan seterusnya menyelesaikan perkara ini. Ini pasti akan dapat membantu menguatkan semula keyakinan rakyat dan penduduk tempatan kepada pihak polis yang beberapa bulan ini telah tercalar teruk. lagipun perkara seperti ini lebih baik diselesaikan sebelum merebak kepada barangan lain setelah tiada lagi kerbau yang hendak dicuri. Orang ramai kebelakangan ini pasti berasa gusar dengan keselamatan barangan dan ternakan mereka kerana setakat ini belum ada tanda-tanda yang pelaku itu dapat ditumpaskan. Mereka cuma dapat menunggu dan berharap sesuatu dapat dilakukan oleh pihak polis..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bila membincangkan persoalan ini banyak pendapat yang timbul tentang keselamatan yang dirasai oleh setiap penduduk di negara ini. Dalam ucapan-ucapan Datuk Najib, selalunya bila ada ceramah-ceramah yang berkaitan dengan 1 Malaysia.. persoalan ini yang sering timbul..
Anda sendiri bagaimana.. Bila PM kata dalam gagasan 1 Malaysia, semua orang tanpa mengira kaum, tiada yang akan tercicir.. Bila PM mengatakan yang sedemikian..benarkah semua orang di malaysia harus berasa selamat?? Memanglah kalau dibandingkan dengan negara luar contohnya Thailand..negara kita jauh lebih aman. Tiada kekacauan yang besar-besaran berlaku di sini..
bagi saya sendiri...memang pada kebanyakan tempat yang saya pergi saya akan berasa selamat dan saya pun tidak takut-takut untuk pergi ke tempat-tempat seperti itu misalnya di pasaraya2 dan lain-lain.. Walaupun begitu ada juga tempat yang saya agak takut-takut untuk ke situ.. misalnya di pasar malam dan jalan-jalan sunyi yang terpaksa kita lalui yang mana pak2 polis pun jarang sampai ke sini menyebabkan geng-geng samseng bermaharaja lela di sini..
Dulu ada kawan saya yang hendak pulang ke Bandar Lahad Datu Sabah dengan menaiki bas ekspress dari kota Kinabalu.. Beliau sampai di Lahad Datu pada jam 4 subuh dan berehat di dekat tepi jalan berhampiran dengan pejabat pos Lahad Datu.. Sedang beliau berehat, beliau didatangi oleh 2 orang yang menurutnya adalah pendatang dari negara jiran memeras ugut beliau dan membawa lari beg pakaiannya.. Semua sijil-sijil sekolahnya habis lesap..
Yang menjadi persoalannya ialah tempat beliau diperas ugut hanya 30 meter dari pondok kawalan polis di tengah bandar Lahad datu... sedangkan dekat dengan balaipun kena peras... apa lagi yang jauh sikit dan jalan sunyi...
Jadi kita sememangnya belum betul-betul selamat walaupun memang pihak berkuasa telah mencuba untuk membuatkan semua warganegara berasa selamat berada di dalam negara sendiri...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Tahukah anda yang pendapatan rakyat Malaysia secara kasarnya telah meningkat dengan tingginya dalam beberapa puluh tahun ini? Tetapi dalam keadaan sekarang untuk menyimpan atau menabung wang sebagai simpanan ialah satu kerja yang sukar bagi kita semua sekarang...
Pendapatan telah meningkat tetapi kenapa pula masih lagi susah untuk menabung? Bukankah sudah ada banyak lebihan wang dari gaji kita? Sebenarnya gaji memang telah naik tetapi yang membuatkan kita susah untuk menabung ialah harga barang yang telah juga meningkat dengan tinggi sekali.. Dulu harga mee maggi pun hanya 30 sen.. sekarang fikirlah sendiri.. Kalau dulu jika anda bawa rm100 pergi beli barang atau shopping...anda akan kepayahan untuk mengangkat barang yang anda beli itu.. Tetapi jika sekarang!! Mungkin satu bahai sahaja..
Jadi itulah sebabnya kita sukar untuk menyimpan wang.. Lagipun jika kita dapat menyimpan sedikit wang dari gaji kita..kadang-kadang tu kita akan korek balik untuk membeli barang...yalah sekarang ada begitu banyak barang-barang yang akan menarik perhatian kita walau di mana kita akan pergi...
Sekarang ini kalau kita ke kota-kota besar, biarpun untuk membuang air kecil kita kena bayar...Tiada lagi yang free.. Buang air besar lagi mahal bayarannya.. Dorang pun mau bayar bil air juga.. Mana lagi gaji si pemungut wang di depan pintu tandas?
Tetapi saya percaya kebanyakan negara di dunia mengamalkan keadaan yang sedemikian.. Oleh kerana semua barang atau keperluan menggunakan wang maka kita haruslah berusaha mencari pendapatan tambahan agar boleh digunakan untuk membayar bil-bil tersebut...
Kalau dapat 1 buffered nuffnang...anda boleh p kencing 40 kali tau...hehe
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Kisah kali ini ialah kisah seorang blogger yang kacak,cantik tetapi hatinya kacau.. Dia tidak akan senang hati selagi tidak mencoretkan sesuatu yang dia mahu di blognya. Boleh dikatakan dalam sehari entrinya dalam 2 atau 3 entri dan semuanya tentang benda yang sama..
Majoriti entrinya ialah dalam soal politik (memang blognya adalah blog politik) dan setiap entrinya ialah against kerajaan yang ada sekarang. Dalam entrinya beliau selalu mengutuk keperibadiaan seseorang dalam bahasa yang dia buat sendiri. Siapa beliau?? Tidak payahlah saya sebutkan sendiri dan jikalau anda semua membaca tulisan beliau mengenai politik, masyallah...seakan-akan parti sokongannya sahaja yang betul. Memang fahamannya ini satu kiblat betul. Apapun yang kerajaan buat sekarang semuanya salah dan beliau akan berusaha untuk mendapatkan fakta yang akan memburukkan kerajaan sekarang.
Saya ini neutral... Kalau kerajaan sekarang memang salah dalam tindakannya, dalam hati saya tetap tidak akan setuju dan sebaliknya.. Buat apa asyik menyalahkan orang lain, cermin dulu diri sendirilah... Kalau tak cukup hensom jangan buat pembedahan plastik da la..
Selain dari itu, bila beliau menulis yang kerajaan sekarang adalah paksi kejahatan dan perlu ditukar, adakah beliau boleh bagi jaminan bahawa kerajaan sokongannya boleh memerintah dengan seadil-adilnya? Siapa beliau untuk bagi jaminan? Beliau hanya seorang penulis blog yang kerdil malah di mata kerajaan atau pembangkang namanya mungkin tidak terlintas langsung..
Kalau pembangkang yang di sokongnya satu hari akan memerintah, mungkin beliau tidak akan menulis blog lagi tentang politik kerana terpaksa menjilat balik ludah yang telah diludahkannya. Apa lagi parti yang di sokongnya sekarang mungkin akan berkelakuan sama dengan pemerintah kerajaan sekarang malah mungkin lebih teruk dari itu...
Tapi mungkin beliau memang tidak senang hati kalau tidak mengutuk seseorang dalam satu hari. Halal bagi beliau untuk melakukan perkara seperti itu...
wallahualam...
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Sekarang di mana-mana sahaja hangat menceritakan tentang masalah Pihak Polis yang tidak jujur dalam menjalankan tugas. Ada polis yang dikatakan bertindak diluar batasan dan sebagainya. Apa yang saya mahu tulis di sini adalah untuk mengatakan bahawa tidak semua polis itu jahat, makan rasuah dan sebaginya seperti yang dikatakan sekarang. Memang ada pihak yang sering mengatakan perkara yang sedemikian tetapi adalah tidak adil jika kita beranggapan seperti itu.. Benarkah??
OK. Cuba anda bayangkan perkara ini.. Di dalam sebuah kampung ada seorang pencuri dan sering melakukan kerja mencurinya.. Jadi bolehkah kita katakan yang semua orang di kampung itu sebagai pencuri?? Tentu tidak adilkan.. Takkan lah disebabkan oleh masalah seseorang atau beberapa orang maka semua yang berkerja dalam bidang itu dipersalahkan. Bukalah minda anda luas-luas sikit supaya anggapan anda itu tidak terlalu mengikut perasaan melalui fikiran yang sempit.
Jika pihak polis melakukan sesuatu yang baik untuk masyarakat, jarang orang yang tulis di surat khabar biar untuk sebarispun tapi jika ada berita yang kurang baik di pihak polis, kalau boleh mereka mahu penuhkan akhbar mereka dengan berita itu.. Nasib baiklah ruangan untuk laporan seperti ini agak terhad juga.
Kalau saya sendiripun agak kecewa juga kadang2 dengan pihak polis ini juga maklumlah mereka ini pun manusia juga. Bila ada warga asing yang saya dengar cakap dengan kawannya " Kau tidak takut kah turun ke bandar dengan hanya bawa surat cuti, tanpa pasport" dan kawannya jawap "Alaa..bukan apa, bawa saja duit sikit la, buka apa2 polis tu". Sangat sakit hati aku mendengar ungkapan sedemikian. Kalau kita warga Malaysia, bila kita pandu kereta tanpa memasang tali pinggang tentu pakai kalau diingat kerana segan dengan polis selain untuk keselamatan kita sendiri. Tetapi pendatang asing anggap kesalahan mereka ini ringan sahaja kerana adanya segelintir pihak polis yang tidak jujur kepada tugas, jabatan dan negara.
kita berharap agar perkara seumpama ini seharusnya tidak berlaku kerana kepada siapa lagi rakyat jelata mengharapkan keselamatan dalam negara kalau bukan pihak polis juga. Tetapi kalau perkara seumpama ini yang berlaku, susahlah. Diharapkan juga agar pihak polis jika ada dibangkitkan perkara seumpama ini, ambillah tindakan untuk membaiki keadaan dan bukan menyalahkan mana-mana pihak untuk kepentingan sendiri.. Tahniah kepada pihak polis yang menjalankan tugasnya dengan jujur dan amanah kepada rakyat dan negara..
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Lahad Datu merampas 9,500 bungkus rokok seludup jenama ‘Black Jack’ yang dianggarkan bernilai RM23,750 di tepi jalan Sinar Dam Road, dekat sini, pada awal pagi Ahad.
Pegawai Pemerintah Pangkalan Hadapan Pasukan Polis Marin Daerah ini, ASP Rusdin Banin, berkata rampasan hasil maklumat awam itu dilakukan pada kira-kira pukul 1.30 pagi oleh sepasukan empat anggota PGM diketuai oleh Inspektor Ahmad Puad Othman.
Menurut Rusdin, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian tersebut mendapati dua buah kenderaan di lihat berada di tepi jalan tersebut dan sedang melakukan urusan di kawasan semak berhampiran.
Bagaimanapun tambahnya, sebaik sahaja menyedari kehadiran pasukan PGM semua suspek yang terbabit telah bertindak melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut.
“Hasil pemeriksaan kita telah menemui sejumlah 9,500 bungkusan rokok jenama ‘Black Jack’ di kawasan tersebut.
“Semua rampasan itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam ,” katanya lagi.
Sumber: New Sabah Times (31 Mac 2010)
Nampaknya penyeludup-penyeludup ini tidak serik-serik melakukan kegiatan mereka kerana mereka tahu yang selama ini banyak kali mereka terlepas. Mungkin 10 kali buat, hanya sekali kena tangkap. Jadi tidak jadi masalah jika kena tangkap sekalipun. Masih untung banyak.
Kepada pihak kastam dan polis, teruskan usaha anda dalam membenteras kegiatan penyeludupan di negeri ini. Tahniah.