CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Thursday, June 10, 2010

1 HARI LAGI ISTERI-ISTERI AKAN KESEJUKAN...???

Tinggal satu hari lagi ramai isteri akan mengeluh kerana kesejukan sewaktu tidur malam.. Bukan kerana tiada selimut tetapi ini kerana isteri-isteri akan tidur berseorangan kerana si suami akan bangun malam untuk menonton perlawanan bolasepak piala dunia..

Dipercayai kebanyakan suami adalah peminat bolasepak dan yang tidak minat pun akan bangun juga untuk menonton pertandingan 4 tahun sekali itu.. Jadual perlawanan yang kebanyakannya  diadakan pada jam 2 atau awal pagi menyebabkan peminat bolasepak juga akan bangun pada waktu itu.

Bukan isteri saja yang mengeluh bahkan ada suami yang terpaksa menyiapkan bantal tambahan untuk dipeluk kerana isterinya merupakan peminat tegar permainan bolasepak. Bukan itu saja malah cikgu-cikgu yang mengajarpun dikhuatiri tidak dapat menumpukan perhatian semasa mengajar kerana mengantuk..Murid-murid sekolah juga akan terlibat sama.

Ada juga penunggang motorsikal dan pemandu kereta yang terjatuh ke dalam parit akibat tertidur semasa memandu kenderaan masing-masing..

semua kejadian yang pelik-pelik ini dikatakan ada kaitan dengan pertandingan bolasepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan.. Harap-harap kita tidak akan jadi statistik kejadian...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

2 comments:

Anonymous said...

haha. ingatkan ape. rupe2nye bola.
=)))

iddinm said...

bola lah yang boleh menyebabkan isteri kesejukan di pagi hari...hehe

Entri-Entri terkini