CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Saturday, August 21, 2010

DURIAN TINGKATKAN TAHAP KESUBURAN WANITA?

Benarkah durian meningkatkan tahap kesuburan wanita?

Jika benar maka sekaranglah masanya kerana musim durian kembali lagi. Durian bukanlah susah diperolehi pada masa ini dan ianya boleh dibeli dikebanyakan tempat dengan harga yang paling minima.. Anda boleh mendapatkan durian berkilo-kilo jika anda mahu.. tetapi berlainan pula cerita di India....
  
    Di Chennai India ramai golongan wanita percaya bahawa buah durian boleh meningkatkan tahap kesuburan wanita.  Disebabkan oleh kepercayaan ini para pemilik ladang durian sibuk mengambil tempahan buah dan para penjual pula sibuk meletakkan poster tentang potensi buah ini sementara pihak media di Tamil Nadu juga sibuk melaporkan tentang perkara ini.



   Wanita-wanita mandul berbaris-baris untuk merasai buah yang jarang-jarang dilihat di negeri ini dengan harapan selepas memakannya mereka boleh mendapatkan anak. Buah durian menjadi semakin terkenal di kalangan pasangan yang belum mempunyai anak walaupun secara saintifiknya belum dibuktikan tentang dakwaan itu.



   Harga buah durian meningkat antara Rs300(Rm24) hingga Rs1000(Rm74) sekilo namun permintaannya tetap tinggi.



   Namun doktor-doktor menolak dakwaan tersebut dengan berkata durian tidak mempunyai sebarang kaitan dalam meningkatkan tahap kesuburan wanita.. Petikan akhbar tempatan baru-baru ini...

Pun begitu pada pendapat aku pasangan yang sudah berkhawin tidak salah dalam melakukan apa jua usaha untuk mendapatkan anak. Jika sudah lama berkhawin dan masih belum dikurniakan rezeki anak berusahalah dan berserah kepada Allah kerana dialah yang mengurniakan segala rezeki di dalam dunia ini. Mungkin usaha anda belum mendapat hasil tetapi dalam hal yang sebegini tiada yang lebih baik melainkan kesabaran.

Dalam dunia perubatan moden sekarang berbagai-bagai jenis atau cara yang boleh kita cuba untuk mengatasi masalah mendapatkan anak. Tidak dapat yang satu maka boleh lagi cuba yang satu. Kalau ilmu perubatan moden juga gagal maka ilmu perubatan tradisional boleh di cuba. Cubalah datang berurut kepada mak bidan yang mahir-mahir agar boleh mendatangkan sesuatu.

Apapun yang berlaku ini semua hanyalah usaha yang kita mampu lakukan tetapi yang lebih penting selepas berusaha ialah menyerahkan segalanya kepada Allah dan reda dengan apa jua kejadiannya selepas itu. Jika kita rajin berusaha insyaAllah usaha kita akan diberkati tuhan dan kejayaan akan menanti di hadapan kita...aminnn
Share

Wednesday, June 30, 2010

BANYAKNYA DUIT DI TABUR DI JALAN???

Pernahkah anda melihat wang kertas berterbangan di atas jalan? Inilah yang berlaku di Moscow bila seorang kakitangan awamnya dikejar polis. Semasa dia melarikan diri dan melalui lebuhraya persekutuan dia mencampakkan wang di keretanya ke jalan..mungkin ini adalah taktiknya untuk melarikan diri tetapi akhirnya ditangkap juga..

 

 sekadar gambar hiasan dari google 

Lelaki campak wang kertas AS$322,000

MOSCOW 29 Jun – Seorang pegawai perikanan yang disyaki menerima rasuah, mencampakkan wang kertas bernilai AS$322,000 (RM1.43 juta) dari kenderaannya ketika dikejar polis, sebelum terbabas di lebuh raya di sini.

Ketika dikejar, lelaki itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas di tengah-tengah jalan raya yang sibuk, lapor media tempatan.

Menyedari dia tidak akan terlepas daripada hukuman undang-undang, Simonov mencampakkan beratus-ratus keping wang kertas dari kenderaannya mengakibatkan wang kertas itu bertaburan di atas jalan raya.

Dia ditahan selama dua bulan sementara menunggu perbicaraan. - REUTERS

-UTUSAN-

p/s.
kesimpulannya ialah jangan cuba mengambil rasuah dan kalau anda sudah mengambilnya ketahuilah satu hari nanti anda akan ditangkap melakukannya..


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Benarkah surf internet itu sesuatu yang menggembirakan?

Sewaktu aku tengok-tengok facebook aku kelmarin aku ternampak satu artikel yang di upload oleh seorang kawan dan ianya memang menarik..so kat sini aku nak share benda tu dengan korang semua..

Sebelum itu aku ada persoalan yang aku rasa belum terjawap?.. Benarkah surf internet ini sesuatu yang menggembirakan atau membosankan? Bagaimana pendapat anda...Aku pula tengok mood juga seperti kawan oku ni juga..Kadang tu tengok komputer ni pun bosan juga tau..

Ok..benda yang kawan aku upload itu ialah my mood clock.. Entah bagaimana terhasil benda tu samada dari orang lain atau dari dia sendiri tapi dalam my mood clock itu perkara yang paling menggembirakan ialah sewaktu time internet...

 

Paling membosankan ialah sewaktu driving pergi dan pulang dari tempat kerja.. Waktu lunch dikatogerikan sebagai mood yang sedang-sedang...

Kalau secara detail masih banyak kekurangan diagram ini di mana banyak aktiviti utama seharian kita masih tidak tersenarai tapi secara amnya best jugalah pendekatannya...
 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Monday, June 28, 2010

Anda tak cukup tidur? Sioknya si dia tidur>>>

 Apa yang anda buat kalau anda tiada kerja?
Aku pasti yang anda pasti akan lakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang itu..
sekurang-kurangnya tidur....

Musim bolasepak sekarang...
jika ada masa terluang pasti akan digunakan untuk tidur sebentar..
maklumlah malam nanti akan ada game lagi..
Kalau tak tidur ngantuk pula dan tak larat nanti tengok game awal pagi..

Tengok si puppy..
Syok betul dia tidur dengan kaki terlunjur ke bawah..
alahai sungguh nyenyak...


Nasib baiklah dia tak kencing merata-rata dah..
kalau tidak bosnya juga yang akan susah..

Cuma yang perlu dirisaukan ialah 
kalau-kalau puppy terinjak tahi sewaktu bermain di luar.
Kalau benda ini terjadi..
fulamakkkk...
tak dapat bayangkan apa kejadian kepada bosnya...


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

BRAZIL VS CHILE...Photo yang pasti semua orang ingin kita lihat di piala Dunia 2010

 Pastikan anda menonton pertembungan dua kuasa bola sepak benua Amerika Selatan ini..
Pasti sengit dan saksikanlah banner yang paling hangat untuk perlawanan ini



Amacam??
Ok kah banner ini?
hahaha.


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
 
Bookmark and Share
Share

Sunday, June 27, 2010

Kalau anda jumpa signboard yang pelik macam ini di mana anda akan pergi??

Macam-macam benda yang terjadi di mana-mana. Saya ada terjumpa satu gambar signboard jalan di google photo collection yang pelik. Kalau aku yang jumpa signboard sebegini..entahlah aku pun tak tahu di mana yang betul..

Seandainya ada projek pembaikan jalan dan tetiba ternampak signboard sebegini saya rasa jalan pasti akan jamm. Tengoklah tu signboard jalan yang pelik tu..hiss

 
 Gambar dari google


Macam-macam lah benda yang ada sekarang..kadang-kadang biol juga kepala mahu memikirkannya..Nasiblah setakat ini belum ada signboard jalan sebegini di Malaysia...



 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Kesian gadis perawan tu..kena rogol makhluk asing di tengah padang pada waktu siang..

Hari-hari kita mendengar kisah sedih pembuangan anak di banyak tempat di seluruh negara. Yang menyedihkan lagi ialah walaupun berbagai tindakan telah dilakukan masih juga belu dapat memberhentikan keadaan ini.. Tapi kali ini cerita saya lain sikit... Kisah kali ini ialah kisah rogol yang berlaku di satu tempat di Afrika...di mana makhluk asing datang merogol penduduk tetap wanita di situ.. kalau tak percaya mari kit tengok gambar yang sempat orang ambil...
 

Sebenarnya ada juga kebenarannya cerita ini tapi mungkin ini hanya untuk kajian pencampuran gen antara 2 spesis yang berbeza..mana tahu ianya menghasilkan satu baka yang lebih tahan lasak.

Juga yang paling penting di sini ialah aku ingin tahu siapa yang berminat dengan cerita lawak macam ni..hehe gurau jer le...


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, June 26, 2010

Macam-macam.merenung payudara wanita panjangkan umur lelaki...

 Benarkah merenung payudara wanita selama 10 minit sehari mampu memanjangkan usia lelaki antara lima hingga enam tahun?

Bukan jenaka tetapi itulah hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas lima tahun menjalankan kajian ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. kajian itu diketuai oleh penyelidik wanita iaitu Dr. Karen Weatherby di dalam New England journal of Medicine menyatakan renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di ginnasium.

Ini ialah apa yang tertulis pada journal tersebut..mungkin telah ditranslate..


 Pun begitu perkara ini tidak harus kita amalkan di negara ini kerana aku pasti jika anda berbuat demikian tidak lama anda akan dapat penampar.. 
Kepada kaum wanita awas jika selepas ini ada kaum lelaki yang merenung patudara anda lama-lama. Yang penting jangan biarkan sesiapa lelaki berbuat demikian kerana ianya boleh mendatangkan perkara yang tidak baik..

hehe..

Kepada kaum lelaki bagus anda pergi bersenam dari buat hal macam yang orang putih tu dapat dalam kajiannya.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

APA YANG KELUARGA ANDA DAN JIRAN ANDA SUKA TANAM DI SEKELILING RUMAH MEREKA???

Salam semua,

Coretan kali ini hanya untuk refresh anda yang mungkin kurang perasan apa yang keluarga atau jiran anda tanam di sekeliling rumah mereka. Mungkin kalau di bandar dan tinggal di flat anda tidak akan merasa semua ini tapi saya rasa agak menarik juga kalau kita perhatikan apa yang ada di sekeliling rumah kita. Di tempat saya misalnya...inilah tanaman yang selalu orang tanam berdekatan rumah mereka...

  Pokok limau

 Pokok nangka yang selalunya dibuat sayur dan juga buah kalau dah masak

pokok durian belanda..

pokok keladi cina


pokok pinang yang mana kebanyakan orang di sana suka makan buah pinang dicampurkan dengan sireh


Sireh yang di tanam di atas tunggul kayu


Pokok sukun untuk di buat kuih buahnya


Sebenarnya banyak lagi tanaman yang orang suka tanam disekeliling rumah mereka termasuklah buah-buahan tapi hanya ini yang saya dapat kongsi dengan anda.. mungkin jenis tanaman orang kampung di tempat anda adalah berlainan maka anda seharusnya mengongsikan hal ini dengan orang lain.. Janganlah sampai anda tidak kenal apa yang ada dekat dengan rumah anda...


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Friday, June 25, 2010

KENAPA KEBANYAKAN PEREMPUAN LEBIH PANDAI DARI LELAKI...

Ini fakta dan bukan rekaan. Kalau kita lihat di kebanyakan institusi pengajian tinggi majoriti top studentnya adalah wanita..sorry guys (saya juga lelaki) tapi kita kena akui hakikat ini.. Persolannya ialah kenapa pelajar wanita yang mengungguli carta tersebut? Apakah kaum adam sudah tidak mampu bersaing dengan kaum hawa? 

Ada beberapa faktor yang mungkin boleh kita ambil kira..maksud saya amalan majoriti kaum wanita yang boleh menyebabkan kejayaan ini..

1) Wanita lebih mendengar cakap orang tua dalam menghadapi pelajaran seharian.. Biasanya budak lelaki selalu melawan..
2) Wanita lebih fokus terhadap pelajaran
3) Wanita mungkin kurang gangguan dari segi pengaruh..maksudnya banyak benda yang boleh mempengaruhi lelaki berbanding wanita yang boleh menyebabkan pelajaran lelaki terabai..
4) Wanita lebih cepat matang
5) Perasaan wanita lebih kepada kejayaan kerana mereka ingin bersaing dengan kaum Adam yang selama ini dikatakan menguasai segalanya..
6) Dan banyak faktor lagi 

Tetapi hakikat yang wanita sekarang semakin menguasai kedudukan tidak dapat dipertikaikan..

Dalam pada itu aku terjumpa satu gambar yang menarik perhatian aku di Wall kawan aku di Facebook.. Katanya "Kenapa wanita lebih pandai?" 

So mari kita kongsi gambar tersebut..hehe

Ini bukan gambar lucah (sedikit seksi la - hahaha) Percayakah anda semua yang kemungkinan perkara ini boleh berlaku semasa test atau exam?? entahlah..Lu semua fikir la sendiri.. bagi aku semua ini tidak mustahil...

Maaf kepada wanita yang betul-betul berusaha semasa menduduki sesuatu ujian dan tidak mengamalkan cara si seksi ini...Adusssssss.



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, June 24, 2010

Bila anda tidak kawal nafsu anda beginilah jadinya....


Nafsu adalah sesuatu yang ada dalam diri manusia yang paling sukar dikawal.. Ini kerana nafsu akan sentiasa mempunyai kekuatan dalam membawa seseorang untuk melakukan perkara tertentu walaupun kadangkala perkara ini amat tidak baik..

Dalam konteks ini saya contohkan 'makan' sebagai salah satu perkara yang dikawal oleh nafsu. Memang kebanyakan orang gagal dalam mengawal nafsu makannya terutama apabila anda dihidangkan dengan makanan kegemaran anda..

Tapi awas jika anda tidak dapat mengawal nafsu makan anda dan terus membiarkannya menguasai diri anda maka kemungkinan anda akan jadi seperti di bawah.. Bukan sahaja binatang yang gagal mengawal nafsu tetapi manusia juga...Kita kongsikan gambar di bawah..  

Besarnya kucing ini

Dan ini lebih teruk..siap main suap-suap kat mulut lagi...masih tak sedar-sedar..

Jadi kesimpulannya dalam mengawal nafsu ini hanya anda yang mampu mengawalnya 100% dan bukan orang lain.. Orang lain hanya boleh advice tapi pelakunya adalah anda..Berjaya atau tidak bergantung sepenuhnya dengan anda.. Kalau anda tidak mahu melakukannya maka anda tidak akan berjaya mengawal nafsu itu..Maka akibatnya akan ditanggung oleh anda juga dan bukan orang lain..


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Kerana terlalu sayangkan kekasihnya sanggup tidur bersama..

Adakah anda sanggup tidur dengan kekasih jika anda terlalu sayangkannya?
Jangan...
Biarpun anda terlalu sayangkannya tapi anda mestilah bertindak dengan fikiran yang waras
jangan terlalu mengikut perasaan dan kehendak hati kerana keadaan itulah yang akan merosakkan diri anda sendiri terutama wanita..
Wanitalah yang selalu terkena bila perkara ini berlaku..

Lain pula dengan hal yang saya ceritakan ini..
Kerana terlalu sayangkan buah hatinya maka sanggup meniduri kekasihnya itu..
yang saya maksudkan ialah motorsikalnya...
Lihat saja gambar di bawah...
huhuhu...
aku tidak sanggup..heheh
 

Bagaimana dengan anda?
Sanggupkah anda buat begini?
dan apa pandangan anda terhadap kejadian ini...

macam-macamlah ragam manusia kini..
mungkin beliau takut kehilangan motorsikalnya ini...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, June 11, 2010

Cutenya aksi kanak-kanak ini. siapa punya anak ni yerr..Apa pendapat anda??

Adakah anda suka kanak-kanak?
Apa pendapat anda mengenai aksi kanak-kanak di bawah?
Aku terfikir semua aksi ini ada cerita disebaliknya dan boleh menjadi satu kejadian terhadap kanak-kanak jika kita tidak diambil perhatian yang serius..


Kanak-kanak di atas makan bubur dengan sendiri...memang cute tapi cuba anda perhatikan betul-betul...
'Anu' nya mengampai di atas mangkuk...
tidak lama kalau terkencing
alamat kencingnya akan jadi sup bubur tersebut..
Adakah kanak-kanak ini akan tahu?
heee..gelinya tau minum sup kencing..ntah apa rasa
akupun tak tahu...

 
Budak di atas ni memang enjoy bila maknya bawa dia pergi shopping
Waktu shopping dia duduk di atas troli barang..
Bila sudah selesai maknya pula masukkan dia ke dalam beg kertas dan bawanya seperti barang-barang belian yang lain...
Budak ni pasti enjoy..
 
Aksi budak di atas yang paling tidak best...kecil-kecil lagi dah belajar merokok..
Si abang mahu merokok manakala si adik bakarkan rokok abangnya dengan mancis..
Betulkah atau tidak hanya empunya gambar yang tahu....Teruknya kalau kejadian ini benar-benar berlaku..


 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Awas..Anjing digunakan untuk meminta sedekah?

Bunyinya macam pelik tetapi kalau kita berkehendakkan sesuatu maka ada banyak cara yang kita boleh lakukan untuk mencapainya..Misalnya jika kita inginkan kehidupan masa depan kita adalah yang terbaik maka kita mesti berusaha dari mula...belajar di sekolah dengan tekun dan rajin...dan kalau dah kerja kita mesti berusaha untuk menabung wang untuk kegunaan di masa susah..


Pencuri pun menggunakan banyak cara untuk mencuri.. Kebanyakan pencuri akan memeriksa atau mengkaji tempat sasaran dengan melihatnya sendiri atau dengan memasang mata-matanya di tempat sasaran agar lebih mudah untuk mereka melakukan kerja mereka.
 

Peminta sedekah di atas menggunakan anjing sebagai tarikan untuk meminta sedekah. Malahan bekas minuman anjing itu lebih besar dari orang itu sendiri...Untuk huraikan gambar di atas lebih lanjut aku pun tak dapat.. Anda boleh buat andaian sendiri..hehe 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Thursday, June 10, 2010

Huhh!!! AKU DAPAT PEGANG ....ANU.... NYA

Kegembiraan jelas terpancar pada reaksi di wajah wanita ini... Apa tidaknya jika dia menjadi seorang yang sangat bertuah kerana dibenarkan memegang "anu" kepunyaan orang asli di Afrika.. tidak semua orang akan mempunyai peluang seperti itu jadi dia mengambil kesempatan itu untuk mengabadikan kenangannya dalam bentuk photo..


Jangan menjadi salah sangka dengan entri kali ini kerana bagi puak asli ini hal seperti ini bukanlah menjadi masalah kepada kaum mereka.. Jika kita menonton siaran dokumentari di Astro Learning, anda akan lihat situasi seperti ini telah menjadi kebiasaan kepada mereka. Mungkin agak janggal kepada kita tetapi ini adalah perkara biasa kepada mereka.. Jadi sesiapa lagi yang mau pegang 'anu' maka pergilah ke Afrika...heheh
  

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

1 HARI LAGI ISTERI-ISTERI AKAN KESEJUKAN...???

Tinggal satu hari lagi ramai isteri akan mengeluh kerana kesejukan sewaktu tidur malam.. Bukan kerana tiada selimut tetapi ini kerana isteri-isteri akan tidur berseorangan kerana si suami akan bangun malam untuk menonton perlawanan bolasepak piala dunia..

Dipercayai kebanyakan suami adalah peminat bolasepak dan yang tidak minat pun akan bangun juga untuk menonton pertandingan 4 tahun sekali itu.. Jadual perlawanan yang kebanyakannya  diadakan pada jam 2 atau awal pagi menyebabkan peminat bolasepak juga akan bangun pada waktu itu.

Bukan isteri saja yang mengeluh bahkan ada suami yang terpaksa menyiapkan bantal tambahan untuk dipeluk kerana isterinya merupakan peminat tegar permainan bolasepak. Bukan itu saja malah cikgu-cikgu yang mengajarpun dikhuatiri tidak dapat menumpukan perhatian semasa mengajar kerana mengantuk..Murid-murid sekolah juga akan terlibat sama.

Ada juga penunggang motorsikal dan pemandu kereta yang terjatuh ke dalam parit akibat tertidur semasa memandu kenderaan masing-masing..

semua kejadian yang pelik-pelik ini dikatakan ada kaitan dengan pertandingan bolasepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan.. Harap-harap kita tidak akan jadi statistik kejadian...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Monday, June 7, 2010

Kesan kenaikan harga minyak mentah??

Kita sering mendengar berita yang harga pasaran bagi minyak iaitu diesel dan petrol akan dinaikkan.. Banyak implikasinya terhadap gaya hidup masyarakat yang ada sekarang.. Mungkin gambar dibawah adalah salah satu dari kesan kenaikan harga minyak...heheh


 

 

 Jika kejadian ini benar-benar berlaku, alangkah lucunya...hehe


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Wednesday, May 19, 2010

Basikal P RAMLEE HILANG?? DI MANA YA?...

Basikal P Ramlee hilang? Di mana pula hilang? Tiga orang kawannya sedang berusaha mencari ke mana perginya basikal itu.. Basikal itu tidaklah mahal sangat tetapi P Ramlee sangat memerlukannya untuk pergi berkerja..

Jangan silap...

P Ramlee yang saya maksudkan di sini ialah nama seorang pekerja saya yang bernama Ramlie Ahmad berasal dari Jakarta Indonesia.. Kenapa di panggil P Ramlee? Saya pun tidak tau kenapa kawan-kawannya memanggilnya P Ramlee.. nak kata muka seiras..bagi saya langsung tiada persamaan.. Allayarham P Ramlee yang sebenar jauh lebih hensem dan tegak badannya.


Sudahlah badannya sekeping je, malas kerja pula tu.. (Gambar tidak dapat ditayangkan kerana dia memang tidak hensem...hehe)


Sebenarnya apa yang berlaku ialah P Ramlee ini kena sabotaj dengan kawan-kawannya.. kata mereka P ramlee ini bagus kalau dikacau kerana dia tidak pandai marah.. Lagipun P Ramlee sendiri juga selalu mengusik kawan-kawannya.. Jadi mereka menyandarkan basikalnya di pokok kelapa sawit dan menutupnya dengan daun kering kira-kira 30 meter dari tempat kerja P Ramlee...


Kesian P Ramlee kepenatan mencari basikalnya...

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.


Bookmark and Share
Share

Monday, May 17, 2010

Peminat Manchester United....Benarkah Gary Neville seorang Gay...

Peminat kelab bolasepak Manchester United... Benarkah Gary Neville seorang gay?? Kalau tidak kenapa dia sanggup mencium mulut ke mulut Paul Scholes?? kalau terlalu gembira pun apabila kawan sepasukan menjaringkan gol kenapa bibir juga yang dicium? Lelaki sama lelaki tu....
Tengok...biarpun begitu MU gagal juga mendapatkan liga EPL ni tahun...kena tunggu lagi tahun depan..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Sunday, May 16, 2010

Buah mangga terbesar yang pernah sya lihat...


 Saya percaya anda semua biasa melihat buah mangga.. Tapi adakah anda ambil tahu berapa besar buah mangga yang terbesar yang pernah anda lihat??

Berhampiran dengan rumah tempat aku bekerja ada satu pokok mangga yang buahnya memang besar...
kalau nak tau berapa besar...
Tengoklah gambar ini...


Tengoklah pen itu, buah kelapa mawar dan kasut aku yang bersaiz 8..
hehe..

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini