CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Tuesday, June 8, 2010

SUSAHNYA MENCARI TOKEK ATAU POKOOK LEBIH 300 GRAM DI SABAH!!

Ketika ini cerita mengenai tokek dan pokook masih amat hangat diperkatakan di mana-man. Harganya yang boleh mencapai puluhan ribu malah ratusan ribu Malaysia membuatkan cerita itu tetap hangat ketika ini. Perlu diingatkan yang tokek dan pokook adalah dua jenis cicak yang berbeza. Tokek adalah jenis yang lebih jinak dan boleh dilepaskan di rumah dengan senang manakala pokook adalah jenis cicak yang tinggal liar di hutan.. Bunyinya pun berbeza..

Dari segi harga pula..tokek lebih stabil berbanding pokook. Mungkin kerana warnanya atau bisanya yang lebih baik atau menonjol berbanding pokook.. Memelihara cicak ini tidaklah terlalu susah di mana cicak ini boleh ditempatkan dalam kurungan yang kira-kira selesa untuk cicak ini (2'X4' minima) dan ditempatkan di tempat yang agak mesra alam seperti di bawah pohon kayu dan sebagainya. Ini memudahkannya untuk membesar..

Pemakanan? Cicak geko ini boleh makan hampir apa saja hidupan kecil. Ini termasuklah cicak rumah, cengkerik, lipas, nyamuk dan sebagainya. Malah kawan saya pernah memberikannya makan hotdog dan juga baja ayam...tetap tiada masalah tetapi untuk membuatkannya cepat meningkat dari segi saiz dan berat makanan yang dicadangkan ialah anak tikus yang masih merah dan juga cengkerik..

Jika dalam jangka masa panjang sehingga beratnya mencapai >300gram kerja menternak pokook dan tokek bolehlah dikatakan amat lumayan dengan pulangan yang amat besar..Jika hendak menjual pokook atau tokek maka adalah lebih baik dibeli di tempat pemeliharaan kerana jika tokek atau pokook ini mengalami perjalanan yang jauh maka pasti akan mengalami stress dan susut beratnya. Susut berat badan bermakna nilai akan menurun..
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

2 comments:

watchalawatco said...

pigi sukau kinabatangan.. yang sekilo pun ada pigi ja chalet wildlife expeditions kompom ko jumpa :)

iddinm said...

Sana ada tu Irwan tapi tiada yang berani ambi.. hehe..

Entri-Entri terkini