CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Friday, July 9, 2010

KASIHAN....CEWEK ITU TELAH MENANGIS KERANA KAWAN AKU..KENAPA YE..

Salam kengkawan,

Aku menulis kisah ini hanya untuk berkongsikan kepada semua satu pengalaman yang agak menarik dan terpahat dalam ingatan bagi aku.. Kisah ini berlaku ketika aku masih dalam sekolah menengah dalam tingkatan 5..Kisahnya begini..

Pada satu hari itu, cikgu kami seorang perempuan telah mengemukan satu topik perbahasan untuk dibahaskan dalam kelas iaitu perempuan mesti diberikan hak yang sama dengan lelaki dalam apa jua bidang" lebih kurang gitulah tajuknya...

Pihak lelaki diberikan tugas untuk membantah tajuk itu manakala pihak pelajar perempuan diberikan tugas untuk mempertahankan hujah itu..


Apa lagi semua pun masing-masing mengeluarkan fakta yang akan menyokong hujah masing-masing. Aku dan kengkawan berhujah bersungguh-sungguh yang memang wanita dalam hal-hal tertentu mesti tidak boleh sama dengan lelaki..dan hujah ini dibantah keras oleh pelajar wanita..


Kami memberikan urusan dalam rumahtangga sebagai contoh yang lelaki memang lebih kedudukannya dan tidak boleh disamakan hak dengan wanita... makin lama berbahas denga sekali-sekala cikgu kami mencelah makin panas pula topik perbahasan kami...


Cewek yang paling kuat membantah pula ialah antara seorang yang paling pintar dalam kelas  kami.. tapi oleh kerana untuk menegakkan hujah yang kami bawakan tiba-tiba seorang kawan saya berdiri dan mengatakan kepada cewek itu dengan nada suara yang kuat..


"Kaum wanita memang tidak setanding dengan lelaki dari segi ketinggian haknya" katanya sambil menyambung lagi " tengok sini baik-baik aku berani buka baju di sini...kamu pasti tidak berani..macamana kamu mahu menuntut hak kedudukan yang sama dengan kaum lelaki" katanya lagi... Cewek itu mungkin teramat malu dan terus menutup mukanya dan menangis..


kami semua terpinga-pinga terkejut dengan tindakannya yang kami semua fikirkan agak keterlaluan..tak patut buat begitu..inikan cuma perbahasan.. 

Apapun kisah ini masih aku ingat sampai sekarang...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini