CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Own stories. Show all posts
Showing posts with label Own stories. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Bila diri ini kena duty pada hari ahad..huhu..

Perkara yang paling aku tak suka dalam kerja ialah bila terkena giliran duty pada hari minggu.. Bila sudah kena giliran duty maka terpaksalah tinggal di tempat kerja sebagai standby staff.. Apa lagi aku dan beberapa staff lain terpaksa menguruskan segala hal dalam estate kelapa sawit pada hari esok (Minggu). 


Tapi bukan aku sahaja yang kena pusingan duty ini kerana kami akan bergilir-gilir setiap minggu.. Semua orang akan merasakannya selagi dorang berada di dalam estate..


Bila kena giliran duty maka kami akan diberikan satu hari cuti ganti.. bermaksud tiada gaji double pada hari tersebut..begitu juga pada hari holiday..tiada triple pay... cuma dapat satu hari cuti ganti.. Tapi itu da kira ok la..


Yang bosannya ialah aku dan hanya beberapa orang yang akan berada di estate pada hujung minggu mengatur kerja.. lagi satu ialah aku akan rindukan anak aku yang masih kecil...:-/
Pasti dia pun akan merindui bapanya..hehe.


Tapi inilah asam garam bila kita berada dalam perkerjaan di estate.. hari minggu mesti ada yang berkerja untuk memastikan tiada masalah yang timbul...




Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, July 14, 2010

Aku sangat sayangkan dia...kami sudah bercinta 18 tahun... Terasa sayang pula aku meninggalkannya begitu saja...

Aku memang amat menyayangi dia kerana kami sudah kenal selama 18 tahun sewaktu aku masih dalam pengajian di Universiti Malaya. Kawan aku yang memperkenalkan aku dengannya dan aku jatuh cinta... lagipun aku selalu pakai dia dan dia amat setia kepada aku..Dia jarang memberi masalah kepada aku. Perkenalan pada tahun 1992 dulu masih berkekalan sampai sekarang...


Kadang-kadang bila aku melihat dia, teringin juga mau buang kerana dia sudah tidak secantik dulu..tidak selicin dulu...kulitnya pun sudah berkedut-kedut dan semakin pudar.. Pernah satu kalu dulu dia di gigit anjing yang menyebabkan bahagian mukanya meninggalkan parut yang kekal dan ini menyebabkan dia semakin tidak cantik..


Biarpun begitu aku masih 'menyimpannya' buat masa ini..sayang mau buang begitu saja kerana kami sudah bersama begitu lama...huhuu





Itulah cerita kasut Dr Cardin aku yang sudah boleh masuk muzium..18 tahun beb...mana mau cari benda yang tahan begini lama...





Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, July 9, 2010

KASIHAN....CEWEK ITU TELAH MENANGIS KERANA KAWAN AKU..KENAPA YE..

Salam kengkawan,

Aku menulis kisah ini hanya untuk berkongsikan kepada semua satu pengalaman yang agak menarik dan terpahat dalam ingatan bagi aku.. Kisah ini berlaku ketika aku masih dalam sekolah menengah dalam tingkatan 5..Kisahnya begini..

Pada satu hari itu, cikgu kami seorang perempuan telah mengemukan satu topik perbahasan untuk dibahaskan dalam kelas iaitu perempuan mesti diberikan hak yang sama dengan lelaki dalam apa jua bidang" lebih kurang gitulah tajuknya...

Pihak lelaki diberikan tugas untuk membantah tajuk itu manakala pihak pelajar perempuan diberikan tugas untuk mempertahankan hujah itu..


Apa lagi semua pun masing-masing mengeluarkan fakta yang akan menyokong hujah masing-masing. Aku dan kengkawan berhujah bersungguh-sungguh yang memang wanita dalam hal-hal tertentu mesti tidak boleh sama dengan lelaki..dan hujah ini dibantah keras oleh pelajar wanita..


Kami memberikan urusan dalam rumahtangga sebagai contoh yang lelaki memang lebih kedudukannya dan tidak boleh disamakan hak dengan wanita... makin lama berbahas denga sekali-sekala cikgu kami mencelah makin panas pula topik perbahasan kami...


Cewek yang paling kuat membantah pula ialah antara seorang yang paling pintar dalam kelas  kami.. tapi oleh kerana untuk menegakkan hujah yang kami bawakan tiba-tiba seorang kawan saya berdiri dan mengatakan kepada cewek itu dengan nada suara yang kuat..


"Kaum wanita memang tidak setanding dengan lelaki dari segi ketinggian haknya" katanya sambil menyambung lagi " tengok sini baik-baik aku berani buka baju di sini...kamu pasti tidak berani..macamana kamu mahu menuntut hak kedudukan yang sama dengan kaum lelaki" katanya lagi... Cewek itu mungkin teramat malu dan terus menutup mukanya dan menangis..


kami semua terpinga-pinga terkejut dengan tindakannya yang kami semua fikirkan agak keterlaluan..tak patut buat begitu..inikan cuma perbahasan.. 

Apapun kisah ini masih aku ingat sampai sekarang...

 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Saturday, July 3, 2010

MATILAH..KAWAN AKU TERPEGANG-PEGANG CEWEK KAWANNYA...HUHHHH

Kawan aku terpegang-pegang cewek kawannya..Kisah yang aku ceritakan ini adalah kisah benar yang benar-benar berlaku. Sebenarnya kejadian yang berlaku itu bukanlah dia sengajakan tapi bila ianya sudah berlaku maka ianya tetap juga memalukan samada dia dan cewek itu jugalah..

Pada satu hari ketika berjalan-jalan di sebuah supermarket untuk cari-cari barang kawan aku tu ternampak seorang cewek yang memang betul-betul sama dengan ceweknya.. Apalagi ...dia terus menghampiri cewek itu dan terus pegang tangan awek itu dan menggengam jari cewek itu... Cewek itu pula tidak membantah cuma dia kelihatan terkejut sedikit dan terus kaku.. Saya pun memang menyangka itu ceweknya..Rupanya kawan saya itu salah orang..

Cewek yang dia pegang-pegang ini bukan ceweknya tapi kembar ceweknya...Kalau kita yang jarang melihat mereka memang salah memilih kerana mereka betul-betul seiras dan amat sukar dibezakan..Apatah lagi hari tu kembarnya itu memakai baju ceweknya...Si kawan apa lagi terus terjah..

Aku tengok mukanya merah padam menahan malu apabila dia menyedari yang dia salah orang..Yang keluar dari mulutnya hanya permohonan maaf atas kelakuannya.. Aku tersipu sendiri..rupanya kejadian sebegini boleh juga pula berlaku...kalau aku...tak tahu di mana mahu letak muka kerana dia selalu juga ke rumah ceweknya berjumpa dengannya di situ.. Hubungan mereka sudah mendapat restu dari kedua-dua pihak keluarga...
huuu..macam-macam ni...


 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, June 27, 2010

Siapa mau tengok ikan dan udang yang besar??

Apa makna hari ini padaku..

Hari ini giliran aku kena duty hari minggu.. Setiap minggu kami akan rotate turn untuk duty.. Bila giliran aku kena maka maknanya aku tak dapat bercuti seperti biasa.. Pada kebiasaannya aku akan pulang ke Ranau dari Telupid pada hari sabtu dan kembali pada hari minggu..
Jadi untuk menghilangkan boring pada petang minggu maka aku dan teman-teman telah pergi memancing ke Sungai labuk berhampiran Pekan Nangoh. Walaupun hanya suka-suka tapi rasa best juga bila dapat memancing ikan dan udang...

 Dengan bangganya kawan aku menunjukkan ikan lampam jawa pertamanya pada petang ini..

 Ikan yang dipancingnya tidaklah terlalu besar tapi "ada saiz lah" kata orang

 Tangkapan kedunya lebih hebat..Ikan lampan jawa setengah kilo dan seekor lagi yang kecil sedikit...Dapat pancing dua sekaligus..memang nasibnya...

 Kawan aku yang satu ini tidak dapat sebarang ikan hanya seekor udang saiz "A"


Oleh kerana cuaca agak panas pada hari ini dengan hanya terdapat sedikit awan di atas, kami membuat keputusan untuk pulang awal kerana tidak tahan dengan kepanasan yang melampau...huhuu



Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Wednesday, June 9, 2010

BESTNYA KENANGAN WAKTU KECIL

Kalau kita ingat kembali waktu kanak-kanak kita ianya memang satu yang paling best dalam kehidupan.. Apa tidaknya kehidupan semasa kanak-kanak sentiasa dipenuhi dengan kenangan indah yang akan kita kenang sampai bila-bila.. Biarpun mungkin ada ketikanya kenangan yang kita lalui itu sebenarnya amat pahit tetapi ianya tetap akan jadi kenangan yang indah apabila sudah menjadi dewasa.. Kenangan itulah yang mendewasakan kita seperti yang kita sekarang berada..

Sewaktu aku kecil-kecil dulu aku jarang atau tidak pernah memikirkan masa depan. Yang paling aku fikirkan ialah lepas sekolah mau main apa saja permainan dengan kawan-kawan sekolah. Susahkah atau tidak masa depan tidak pernah aku fikirkan kerana waktu tu yang paling penting ialah saya akan enjoy dengan kawan-kawan..


Aku pun tidak merasa apa-apa kekurangan pada waktu itu kerana budak-budak masa tu yang paling penting ialah apabila habis sekolah, rata-rata semua akan berkumpul untuk bermain pada waktu petang.. Macam-macam permainan yang di buat macam main guli, main polis-polis, galah panjang, cari burung di hutan dan sebagainya.. Semuanya best-best untuk dikenang walaupun kadang-kadang kena rotan oleh ibubapa kerana terlalu bermain dan tidak membantu mereka kerja di ladang..


Kehidupan masa depan yang mencabar dan serba canggih ini tidak pernah terfikirkan.. Bukan apa, lagipun waktu itu pendedahan tentang kehidupan akan datang amat kurang. Bukan macam zaman kanak-kanak sekarang....kecil-kecil lagi sudah ada handphone... Tahun-tahun 90an handphone jarang-jarang di bawa oleh budak-budak.. Tidak taulah samada handphone pada masa tu susah untuk di beli kah atau tidak tetapi yang saya pasti ianya sangat mahal pada waktu tu dan kebanyakannya adalah post-paid... kanak-kanak manalah ada duit untuk beli tu semua, bukan macam sekarang? Ibubapa siap belikan lagi anak-anak mereka dengan handphone yang canggih-cangih..


Hakikatnya walaupun kehidupan kanak-kanak waktu dahulu jauh sekali bezanya dengan sekarang tetapi ianya tetap menjadi satu kenangan yang indah sepanjang masa...
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.

Bookmark and Share
Share

Sunday, May 23, 2010

BAGAIMANA AGAKNYA ORANG TUA PAKAI PAKAIAN SEKOLAH ZAMAN DULU...

Zaman sekolah memang sesuatu yang indah untuk di kenang. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai kenangan-kenangan indah.. Aku ingin kongsikan apa yang aku dapat ini iaitu berkaitan dengan pakaian seragam sekolah.


Kalau aku lihat pakaian-pakaian seragam sekolah ini, aku teringat masa sekolah yang best. Sesuai dengan status sebagai pelajar. Kat sini ada satu yang aku mau cerita dengan korang semua. Dulu kerana sekolah baru di buka pada tahun 50 an atau 60an sekolah bukan sahaja dibuka kepada kanak-kanak tetapi orang tua juga. Umur dah 20an atau 30an baru masuk ke sekolah untuk belajar...

Pendekkan cerita aku terjumpa gambar makcik-makcik ini di FB, mungkin macam nilah muka-muka pelajar dulu-dulu...hehe


Cubalah tengok gambar ni.....Apa yang anda fikirkan..

 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 
 
Bookmark and Share
Share

Thursday, May 20, 2010

CEWEK AKU BUAT HAL LAGI...

Semalam cewek aku buat hal lagi.. kalau hal yang kecil-kecil tidak apa tetapi ini hal yang besar-besar.. Sekali dikenakan kita..aduss..hampir terduduk kita.. bukan pukulan-pukulan yang pelan-pelan dan main-main... kuat dan besar-besaran lagi tu.. Terpaksa lagi berhujan akibat pukulan yang betul-betul kuat..

Yang aku mahu cerita ini ialah kereta wira aku yang meragam lagi.. Sudahlah tu bukan kecil-kecil yang rosak gang.. Hari ni ja aku tukar compressor aircond sebab telah jams. Harganya pun boleh tahan rm360.. sekali aku check rupanya arm bush juga telah hangkang..Patutlah bunyi semaca je baru-baru ni...Dan ada beberapa benda lagi yang perlua aku tukar... Kira-kira sampai juga rm850 termasuk upah. Pokai kita dibuatnya pa lagi ini tengah bulan...

Tapi bila aku fikir balik tentang keselesaan dan keselamatan, maka berbaloi juga lah buat pembaikan seperti itu. Hujan pun aku sudah tidak risau sudah dan agak selesa bila memandu di jalan gravel. kalau sebelum ini banyak bunyi ting--tong--dang dan macam-macam lagi, sekarang sudah ok sikit la..

Tidak cukup budget la ni bulan dan terpaksa berjimat... 


Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Friday, April 16, 2010

Going To Sandakan Town Part 2


Di bandar indah yang bagusnya adalah pada kebanyakan masa parking adalah agak mudah untuk dicari. Lagipun banyak kemudahan terdapat di situ. Yang peling ketara di sini ialah keadaan bangunannya yang masih baru cuma kadang-kadang agak sesak bila tiba waktu di luar waktu pejabat. Kebanyakan orang akan mencari makan di situ sebagai alternatif kepada tempat2 lain di sandakan yang sedia ada tapi sesak.

Dalam perjalanan pulang ada 2 kemalangan yang telah berlaku. Dalam satu kes tu melibatkan 3 kenderaan. Van di depan telah dilanggah oleh Vigo di belakangnya menyebabkan kerosakan pada pintu belakang van tersebut. Vigo tersebut pula di rempuh oleh sebuah kereta kancil di belakang. Bahagian depan kancil tersebut telah mengalami rosak teruk dan cermin depan juga pecah.


Kereta toyota vigo dalam gambar telah melanggar toyota van di depan dan kereta kancil di belakang telah melanggar bahagian belakang vigo tersebut. Kerosakan dapat dilihat pada bonet depan kancil tersebut. 
Note: Gambar kurang elok disebabkan ianya di ambil dari dalam kereta sahaja. :-)


Yang baiknya ialah hanya kecederaan ringan yang berlaku ke atas semua pemandu dan penumpang. Pihak polis telah datang dengan segera ke tempat kejadian untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Tahniah pihak polis.


Oleh itu hati2 di jalan raya...

 
Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Thursday, April 15, 2010

Going To Sandakan Town part 1

Hari ini saya pergi ke bandar sandakan kerana ada urusan kerja di HQ kami di Sandakan. Sudah agak lama juga saya tidak ke Sandakan ini kerana selalunya semua urusan kerja hanya dilakukan di pejabat di kawasan masing-masing kecuali ada keperluan yang memerlukan ke HQ tersebut.

Apa yang saya perhatikan di sepanjang perjalanan ke Sandakan ialah bnayak pembinaan dan pembaikan jalan sedang giat dijalankan. Itulah sebenarnya yang membuatkan saya agak liat untuk ke sana kerana jalan tidak berapa elok.

Sebelum ke HQ saya dan kawan pergi ke survey dulu untuk membeli sampel kertas wangi dan berwarna A4 tebal untuk di printkan kad jemputan nanti (tujuan sebenar ke sandakan).


Urusan berjalan agak lancar kerana bos pun ada di sana. Oleh tu kami tidak payah menunggu lama untuk mendapatkan approval 'invitation card' tersebut.
Setelah siap semua urusan di HQ kami meneruskan perjalanan ke Bandar Indah untuk pergi ke BMS (kedai alat tulis) tapi da tutup kerana dah jam 5.


Akhirnya kami meneruskan perjalanan pulang ke Terusan Estate, Ladang kelapa Sawit kesayangan bos kami. :-) to be continue...........

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Sunday, April 11, 2010

satu lagi hari yang sibuk bagiku

Hari ini adalah satu lagi hari yang sibuk bagiku. Bukan apa, biasalah kerja. Nasib baiklah bos tidak ada ni hari jadi kurang sikit tekanan daripada hari-hari biasa.

"Buah..buah..buah..". itulah yang selalu diucapkan oleh bos pada waktu pagi. Biasalah kerja di ladang kelapa sawit..Sudahlah pagi tadi buah tidak mencapai target, habis kawan aku kena gosok kerana kawasan dia yang paling sikit buah. Gosokan melalui telefon ja tapi pedas katanyalah..

Lagi yang teruk ialah kami cuba mencari batu penanda sempadan dengan jiran sebelah ladang.. Masuk dalam semak yang berduri, sakit2 badan tertusuk duri. Terpaksa kerana itulah sahaja cara untuk mencari batu sempadan. Ini semua untuk elakkan perselisihan faham dengan orang sebelah ladang tentang sempadan. malangnya kami gagal dalam misi mencari batu sempadan tersebut. Mungkin batu tersebut telah secara tidak sengaja telah terpindah semasa pembangunan dilaksanakan ditempat ini dahulu.

Akhirnya kami pulang dan terpaksa mencari kaedah yang lain untuk menentukan sempadan itu nanti. Harap2 kawan aku di GPS team dapat cari jalan..

Penat, mengantuk, mau tidur... Macam dah beberapa hari tidak tidur.

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini