CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Wednesday, January 28, 2015

GST 1 APRIL 2015

Salam semua,

Lama sudah pula tidak menulis di blog. Teringin pula berkongsi cerita  mengenai perkembangan semasa yang pastinya akan melibatkan semua iaitu Cukai Barangan (GST). Perlaksanaan GST pasti akan memberi kesan kepada semua tetapi yang paling terkesan ialah rakyat marhain yang selama ini mempunyai pendapatan yang hanya cukup-cukup.

1 April kita semua akan memulakannya dengan satu bentuk urusan-urusan yang akan mempunyai tambahan 6% pembayaran. Biarpun kerajaan memberi jaminan yang masih banyak barangan-barangan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan GST tapi pastinya sukar bagi kerajaan untuk memantau perkara tersebut. Bukan mudah untuk mengawasi semua urusan bisnes apa lagi pasti akan ada yang mengambil kesempatan atas kesempitan untuk kepentingan sendiri.

Maklumat mengenai GST dan perlaksanaannya boleh didapati di http://gst.customs.gov.my/en/gst/Pages/gst_un.aspx

Ramalannya seperti yang berlaku di Singapura semasa perlaksanaan GST rakyat sangat mengalami kesannya pada 2 tahun pertama di mana peningkatan inflasi berlaku. Tidak dinafikan yang kerajaan akan mempunyai dana tambahan yang besar dari perlaksanaan GST ini dan jika kerajaan dapat menguruskan dana ini dengan baik pasti banyak kebaikan kepada pembangunan negara tetapi sebaliknya dan hanya membebankan rakyat jika gagal diurus dengan baik.

Terpulanglah kepada kita sebagai rakyat untuk mengharungi kehidupan mencabar selepas perlaksanaan GST.


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. Share

Tuesday, July 22, 2014

BUAYA TERBESAR DI DUNIA DI TANGKAP DI FILIPINA.

Largest ever crocodile captured at Philippine?

Kisah buaya besar yang di tangkap di seluruh dunia memang sentiasa menajdi berita hangat apatah lagi buaya besar itu adalah buaya yang pernah membaham manusia sebagai makanannya. Misalnya di Sarawak kisah buaya bujang senang hangat diperkatakan satu masa dahulu dan begitu juga dengan kisah buaya putih di sungai Kinabatangan Sabah yang juga mempunyai cerita yang sama.

Kisah ini senentiasa menjadi cerita orang ramai terutama yang tinggal di pesisir sungai tersebut yang mana walaupun perasaan takut terhadap buaya besar ini tidak perbah luput tapi kehidupan di situ mesti diteruskan dan pertemuan dengan buaya-buaya besar tidak dapat dielakkan demi untuk meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini juga satu ekor buaya yang dipercayai terbesar pernah ditangkap telah ditangkap di bandar Bunawan Filipina setelah kerja menangkap buaya ini telah dilakukan lebih sebulan. Buaya ini yang sepanjang  21 kaki dari muncungnya ke hujung ekor dan berat lebih 1 tan yang mana penduduk  di situ telah hidup dalam ketakutan selama lebih 20 tahun.







[ Kosmo.com ] melaporkan
  • “Masyarakat lega,” kata Sumiller selepas buaya tersebut ditangkap.
  • Namun, katanya: “Kami tidak pasti jika haiwan ini pemakan manusia kerana terdapat kelibat beberapa buaya lain di kawasan ini.”
  • Kerajaan tempatan di bandar yang didiami 30,000 orang itu memutuskan untuk tidak membunuh buaya itu.
  • Penduduk di bandar Bunawan sebaliknya mahu membina sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu.
  • Seorang ketua bahagian hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, buaya tersebut mungkin yang terbesar pernah ditangkap di dunia.
  • “Berdasarkan rekod kami yang sedia ada, buaya paling besar yang pernah ditangkap adalah 5.48 meter panjang,” katanya.
  • Dalam laman rekod Guinness World Records, ia menyenaraikan seekor buaya yang paling besar pernah ditangkap ialah Cassius sepanjang 5.48 meter.
  • Buaya jantan itu kini hidup di sebuah taman hidupan semula jadi di Australia.
  • Media juga pernah melaporkan bahawa seekor buaya jantan sepanjang 6.2 meter pernah dibunuh di Papua New Guines pada 1982.
  • Pasukan memburu haiwan itu di Bunawan itu datangnya dari sebuah ladang buaya yang dikendalikan kerajaan.
  • Pada mulanya, umpan daging ayam, babi dan daging digunakan pada 15 Ogos lalu sebagai usaha untuk menangkap buaya itu.
 
Buaya pemakan manusia dan haiwan ternakan ini memang menakutkan kerana ianya boleh menyerang mangsa sebelum mangsa menyedari apa-apa. Apabila menyedari serangan itu semuanya sudah terlambat apatah lagi gigitan seekor buaya adalah antara yang terkuat dalam dunia binatang jikapun bukan yang terkuat - AFP.
Sumber photo:


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Monday, May 20, 2013

ULAR TEDUNG SELAR

Ular tedung selar besar..


[Ular Tedung Selar (Ophiophagus hannah), [1] adalah ular berbisa dalam keluargaElapidae. Ia merupakan ahli tunggal genus Ophiophagus.
Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun). Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning; semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan MalaysiaIndia, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Lanka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates) kecil lain. Ular Tedung Selar hanya memburu pada waktu siang, menggunakan matanya, dan dengan itu dikelaskan sebagai diurnal. DIsebabkan ia tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap sebagaimana ular lain.

Mungkin bukan ular yang terbesar tapi sebut saja nama ular, apatah lagi ular tedung pasti ramai yang akan merasa ketakutan. Bisa patukan ular memang tidak dapat dinafikan dan akan membawa maut jika tidak dirawat denga segera.]

[cerita lanjut....]







Ular tedung ini dijumpai sewaktu kerja-kerja menggali dan membersihkan parit di satu ladang kelapa sawit iaitu di Rumidi Estate. 




Panjang ular di anggarkan 10 kaki dan mengeluarkan bunyi dengusan yang agak menakutkan. Ular ini juga mampu meludahkan bisanya sejauh 5 kaki. Ular ini akhirnya kami biarkan menghilang di tengah-tengah semak di kawasan ladang dan tidak pernah di jumpai lagi selepas itu.






Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Tuesday, October 9, 2012

Cakaran budak berbahaya

Awas cakaran 5 jari budak kecil. Biasanya memang tak berbahaya tapi kadang - kadang boleh menyebabkan masalah.

Tengok saja badan kereta saya ini. Nak marahpun budak - budak. Sabar sajalah.

Kalau cakaran itu bersama - sama dengan pasir maka boleh tahan juga calar yang terhasil..

Ini kali lah..


Share

Thursday, August 2, 2012

Ikan lampan jawa sungai @ ikan putih

Pernah melihat banyak ikan menyangkut di pukat?

Rezeki musim hujan lebat. Sekitar kg Gana Jati dan Rumidi, Terusan, Beluran terdapat satu sungai yang dinamakan sungai mati kerana ianya adalah bekas aliran lama sungai ke-2 terpanjang di Sabah iaitu sungai Labuk. Aliran sungai Labuk kini melalui jalan baru meninggalkan tasik ladam yang dipanggil sungai Mati.

Sungai Mati ini penting kerana ia dapat membekalkan berbagai-bagai ikan seperti ikan putih, ikan kaloi, ikan ubi, ikan haruan dan macam-macam lagi. Sesiapa yang rajin memasang pukat di sini pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Biasanya saiz mata pukat yang digunakan adalah 1.5 inci hingga 4 inci. Penangkap ikan di sini selalunya hanya menangkap ikan untuk keluarga dan rakan-rakan mereka dan jarang ada yang menjualnya. Jika dijual pun hanya ikan yang bernilai agak baik di pasaran seperti ikan kaloi (boleh mencecah ratusan ringgit - mengikut saiz) seekor dan juga ikan ubi -rm15 sekilo (orang cina suka makan -kononnya sebagai ubat) . Yang lainnya akan di makan dan juga dibuat ikan kering.

Lihat saja gambarnya... memang banyak ikan yang terjerat dipukat..





Share

Ular Sawa besar

Kita memang biasa melihat ular tetapi saya percaya kita semua jarang-jarang memegang ular. Berlainan dengan si kawan yg satu ini... sempat senyum lagi sambil memegang ular yang baru ditangkap di belakang rumahnya kerana menghendap ayam peliharaannya.

Walaupun ular sawa ini agak gemuk dan besar dan pendek tetapi ia tetap merbahaya bila merasa dirinya terancam.

Ular ini kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan berhampiran.



Share

Friday, February 24, 2012

HATI-HATI KAUM WANITA







REMINDER TO ALL WOMEN ::: Kesan Memakan Kepak Ayam Kepada Wanita ~ Kisah Benar “Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita”

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..





Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Wednesday, February 15, 2012

AWASI LANGKAH ANAK ANDA YANG MEMAKAI SEPATU CROCS!




Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.

Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.

Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.

Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit.

Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.

Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai.

Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.

p/s ~ ape pun berlaku sentiasa lah berwaspada.kemalangan boleh berlaku dimana2 sahaja



source:   here


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Sunday, January 1, 2012

Beware Of Free Gifts - VERY SOPHISTICATED WAY OF CHEATING (in Singapore)

Hi everyone,

I want to let you all know that Frank and I have been the victims of credit
card fraud this week and felt I should warn you all about the clever  scam.

It works like this:

Last Wednesday I had a phone call late morning from Express Couriers to ask
if I was going to be home as he had a delivery for me.  He said he  would
there in roughly an hour.  He turned up with a beautiful basket of flowers
and wine. I expressed my surprise as I wasn't expecting  anything like this
and said I was intrigued to know who was sending me such a lovely gift.  He
said he was only delivering the gift and the card  was being sent
separately (the card has never arrived).There was a consignment note with
the gift.

He went on to explain that because the gift contained alcohol he has to
charge the recipient $3.50 as proof that he has actually delivered to an
adult, and not left it on a door step if the recipient is out, to be stolen
or taken by children.  This seemed logical and I offered to get the  cash.

He then said that the company required the payment to be by EFTPOS so he's
not handling cash and everything is properly accounted for.!!
Frank was there and got his credit card and 'John' swiped the card on
this small mobile machine that also had a small screen upon which Frank
entered in his pin number.  A receipt was printed out and given to us.

Between last Thursday and Monday $4,000 was withdrawn from our credit
account at ATM machines in the north shore area.  It appears a dummy
credit card was made using the details in the machine and of course, they
had Frank's pin number. The Bank has stopped our cards and I've been  to
the Police this morning, where they confirmed that it is a definite scam
and many households were hit during the first 3 days of October.

So PLEASE be wary of accepting a gift you're not expecting especially if
the card is not with it.  We've all received gifts like this and would
never dream that it could be such a despicable act. Please also let other
female friends and relatives know.  Hopefully, these fraudsters have
ceased this activity by now but you never know.

A good plan today is better than a perfect plan tomorrow.



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Saturday, December 31, 2011

Used vs. Loved

While a man was polishing his new car, his 4-yr old son picked up a stone and
scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's
hand and hit it many times; not  realizing he was using a wrench. 
  
At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures.
When the child saw his father.....with painful eyes he asked, 'Dad when will
my fingers grow back?' 
  
The man was so hurt and speechless; he went back to his car and  kicked it a
lot of times.  Devastated by his own actions....sitting in front of that car
he looked at the scratches the child had written ,  'LOVE YOU DAD'. 
The next day, that man committed suicide. . . 
  
Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely
life..... Things are to be used and people are to be loved. 
But, the problem in today's world is that, People are used and things are
loved... During this year, let's be careful to keep this thought in
mind: 
Things are to be used, but People are to be loved ... Be yourself..This
is the only day we HAVE. 
  
Have a nice day ! 
  
Always remember... 
  
Watch your thoughts, they become words. 
Watch your words, they become actions. 
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character; 
Watch your character, it becomes your destiny.

I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder. God bless you; I hope
you are having a wonderful day! If you don't pass this on to anybody,
nothing bad will happen; if you do, you will have ministered someone. 
  
The Will of God will never take you to where the Grace of God will not
PROTECT you... 
  
Stay FAITHFUL and Be GRATEFUL




Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.

Bookmark and Share
Share

Friday, September 30, 2011

bagaimana Kasih sayang ibu terhadap anaknya.. (2)

 
 
 
Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannya menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.


Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.


Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Apa yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut dengan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.


Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.


“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...


By: Dominique Padua Balaba


Diterjemah : FittoFitt




Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

bagaimana Kasih sayang ibu terhadap anaknya..

SEBUAH CERITA YANG BOLEH KITA KONGSIKAN BERSAMA...
 
 
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membu...sung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).


Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
 




Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Thursday, September 29, 2011

Sebak pengantin baru.. Norman Hakim dan Memey Shuhaiza..

KEDUA-dua mempelai mengalirkan air mata tatkala Norman Hakim membaca lafaz takliq selepas selamat diijabkabulkan dengan Memey Shuhaiza dalam satu majlis yang sederhana, di kediaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor, Sabtu lalu.
Baik Norman , 35, mahupun Memey , 23, titisan air jernih tersebut bukan simbol resah jiwa dek lara yang sering singgah dalam kehidupan mereka sebelum bergelar pasangan suami isteri yang sah.
Namun, ia adalah tanda gembira dan kesyukuran yang tidak terucap melalui kata-kata apabila kasih dan janji yang di pateri sudah termeterai dengan ikatan suci sebagaimana yang diimpikan selama ini.


KUCUPAN di dahi memey shuhaiza daripada Norman Hakim selepas pernikahan mereka Sabtu lalu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor.
Photo: utusan

Link:
Utusan Malaysia Online - Hiburan


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jara...ng nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....
Share

Wednesday, September 21, 2011

Ada PATI yang jadi majikan..

Berita buruk untuk rakyat Malaysia terutamanya negeri Sabah.. 
 

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mendaftar dalam Program 6P baru-baru ini, bekerja sendiri malah sesetengahnya telah menjadi majikan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun senario tersebut telah dikesan lama berlaku, namun ia sukar ditangani disebabkan pelbagai faktor.
Antaranya, kata beliau, ia berpunca daripada isu salah guna pas dan permit kerja serta pemalsuan dokumen dan identiti warga asing.
“Hasil risikan dan pemantauan Jabatan Imigresen melalui Program 6P mendapati, terdapat PATI yang bekerja sendiri, malah sesetengahnya telah menjadi majikan.
“Agensi penguat kuasa sukar untuk mengambil tindakan terhadap mereka apabila mereka berselindung di sebalik permit kerja sama ada yang sah atau dipalsukan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Ini amat mendukacitakan untuk rakyat negara ini. bagaimana PATI ini boleh dengan sewenang-wenangnya boleh melakukan perusahaan di sini dengan bebas dan menjadi majikan pula tu? Adakah disebabkan oleh sikap tak berapa tegas oleh pihak kerajaan atau alasan-alasan lain... Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku di negara seperti Malaysia. Pihak kerajaan mesti melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berterusan dan dapat meyakinkan kembali kepercayaan rakyat terhadap pemimpin yang ada dalam BN sekarang. Kalau tidak, PRU akan datang tidak mustahil rakyat akan mengalihkan perhatian kepada pihak yang mereka yakini boleh melindungi mereka dari hal sebegini..  


Utusan Malaysia Online - Berita Utama



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Perkahwinan Felix AF Dan Lydia Larius | melvister.com

Setelah menyepikan diri dalam dunia hiburan maksud saya agak timbul tenggelam dengan hanya sedikit aktiviti Felix Agus bekas naib juara akedemi fantasia telah melangsungkan perkhawinan baru-baru ini. Inilah gambar2 yang menyaksikan saat-saat bahagia Felix dan isterinya Lydia.
 

Gambar Perkahwinan Felix AF Dan Lydia Larius | melvister.com


Semoga berkekalan hingga akhir hayat.  


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih.
 
Bookmark and Share
Share

Thursday, September 15, 2011

Aksi hebat budak umur 12 tahun - YouTube


Lihat bagaimana budak-budak mempamerkan bakat semulajadi mereka dalam  seni muzik. Bukan mudah melakukan persembahan memukul gong kerana permainan tradisional ini memerlukan pelajaran selain skil yang sedia ada.

Budak-budak 12 tahun ini (ada juga yang baru 10 tahun) memang sudah mahir dalam persembahan mereka dan mempunyai sebuah kelab di mana mereka ditunjuk ajar oleh beberapa orang tua yang mahir bermain gong dan menurunkan kemahiran mereka itu kepada anak-anak mereka.

Mereka sering mendapat undangan bermain gong di kampung sekitar terutamanya jika ada acara seperti khawin dan sebagainya. Biasanyan mereka akan dibayar dalam sekitar rm50 ringgit dan akan digunakan untuk memajukan lagi kelab mereka ini.


Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, September 13, 2011

Tambahan 6% untuk setiap pembelian pek dan top up pra bayar untuk semua rangkaian..


Pengumuman tambahan 6% cukai kerajaan ke atas setiap pembelian pek pra bayar dan reload yang akan di tanggung oleh pembeli baru-baru mendapat reaksi yang kurang baik dari orang awam. Akibat kenaikan itu akan dirasai oleh kira-kira 27 juta pengguna telefon prabayar di seluruh Malaysia.

Persoalannya adakah tindakan pembekal produk telekomunikasi wajar sedangkan mereka mendapat keuntungan yang sangat tinggi setiap bulan. Boleh dikatakan tidak ada satu pun syarikat telefon berkenaan yang rugi dalam bisnes mereka terutama dalam bisnes reload.

Apa sebenarnya yang tersirat dalam pengumuman mengenai kenaikan tersebut? Seperti biasa bila ada pengumuman yang seumpamanya maka beberapa orang tokoh kerajaan akan membincangkan hal tersebut dan akhirnya seperti kes prabayar ini mereka menjadi hero dan akan mendapat daripada kejadian ini.

Rakyat akan menyanjung mereka kerana berjaya menahan perkara ini daripada terjadi. Bukan menidakkan apa yang telah mereka lakukan dan ini satu kebaikan kepada rakyat juga tetapi alangkah bagusnya sekiranya tidak ada yang tersirat disebalik semua kejadian ini. Alangkah bagusnya jika kejadian ini tiada kaitan dengan kepentingan pihak tertentu.

Jika semua bendapun boleh dijadikan bahan untuk kepentingan sendiri jika perkara ini dalam kawalan mereka maka itu sesuatu yang amat merugikan kerana semua rakyat cuba dimanupulasi melalui situasi tertentu. Akhirnya yang menanggung akibat adalah orang awam dan mereka tidak akan merasai apa-apa kerana bagi mereka perubahan dalam kes prabayar 6% ini tidak melibatkan mereka. Duit kerajaan atau lebih tepat duit rakyat yang mereka gunakan untuk menanggung semua ini untuk mereka. Jalan mereka, makan mereka dan sebagainya semua menggunakan duit rakyat.

Maka dengan itu wajarlah mereka berjuang untuk membela rakyat agar tidak terbeban dengan lagi satu beban yang akan menambahkan lagi beban sedia ada yang telahpun sudah berat. Jika ditambah lagi maka rakyat juga yang akan menderita.

Apapun terima kasih kepada pemimpin kerajaan sekarang kerana masih ada sedikit perasaan untuk rakyat dalam kes ini.



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Sunday, September 11, 2011

Tokek atau pokook dapat mengubati AIDS hanya mitos - WHO

























Kisah tokek tak pernah hilang dan sentiasa hangat diperkatakan terutama mengenai harganya yang sangat tinggi dan kegunaannya dalm mengubat penyakit terutama penyakit AIDS. sejauh mana kebenarannya? Kita tengok apa yang ditulis dalam email WHO kepada NST baru-baru ini..

Cerita mengenai penafian tentang khasiat tokek ini juga ditulis di oneasia.

Dalam emailnya kepada New strait times, WHO menafikan sebarang penemuan tentang kegunaan tokek dalam mengubati penyakit aids. Biarpun sana-sini pengemar tokek menerangkan yang tokek boleh menjadi ubat yang mujarab tetapi sebenarnya mungkin hanya untuk mendapatkan keuntungan yang bersifat peribadi menjadiakan kisah tokek ini sentiasa hangat diperkatakan.


Keuntungan diperolehi jika mereka berjaya menjual tokek kepada pembeli dengan harga yang lumayan. Pembeli dikatakan berasal dari berbagai-bagai tempat termasuk orang putih, Jepun, belanda, China dsb.



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Friday, August 26, 2011

Akhirnya Blog aku ada favicon sendiri..

Ramai blogger inginkan identiti tersendiri dan salah satu identiti tersebut ialah penggunaan lambang favicon. Website-website dan blog-blog famous semuanya menggunakan favicon tersendiri. Blogger seperti Ben Asahaari, Ariff ShahKenwoi, Oh! Artis, pereka cerita dan sebagainya mengunakan favicon tersendiri.

Bosan dengan favicon blogger aku tercari-cari satu favicon yang aku rasa sesuai dengan blog aku yang serba kekurangan ini. aku pun cari-cari di internet bagaimana buat favicon. Akhirnya aku jumpa web yang aku pakai untuk mencipta favicon ini.


Sebelum itu aku prepare satu photo menggunakan program paint di window. Aku import gambar itu menggunakan web di [ link ] atas. 

Cara-cara install di blog aku follow apa yang di tulis di link ini [ di sini ] . Mudah saja dan pasti anda berjaya.


Inilah favicon baru blog aku menggantikan favicon blogger (bawah)

Aku bukanlah pandai dalam menunjukkan cara membuat favicon tetapi aku boleh tunjukkan di mana anda boleh membuatnya. Banyak web atau blog yang menulis tentang cara-cara membuat favicon dan kalau anda mahu anda pun boleh cuba dan ikut saja arahan-arahan yang diberikan dalam blog di link di atas. selamat mencuba..



Sudah baca tu rajin-rajinlah komen... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini