CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label Sms percuma Celcom. Show all posts
Showing posts with label Sms percuma Celcom. Show all posts

Thursday, September 2, 2010

CELCOM AKHIRNYA BAGI AKU BONUS RM8.54...

Salam..
Akhirnya Celcom memberikan aku bonus kredit panggilan sebanyak rm8.54 tapi ini tiada kaitan dengan bebelan aku tadi. Memang bulan lalu pemakaian kredit panggilan aku agak tinggi disebabkan keperluan di tempat kerja..

Tapi yang tak bestnya ialah kredit panggilan ini tiada tempoh sah dan Celcom suruh aku tambahkan lagi penggunaan untuk dapat bonus lebih.. Macamana tu?

Penggunaan kredit aku bulan lalu pun dah cukup membebankan, inikan pula suruh guna lebih banyak lagi... Tapi aku rasa cukuplah dengan setakat mana keperluan dan itu sahajalah yang digunakan. Kitapun selalu membicarakan tentang jangan membazir pada bila-bila masa apatah lagi bulan Ramadan..

Sekali lagi aku berterima kasih kepada CELCOM kerana dengan murah hati Celcom memberikan aku kredit percuma tanpa tempoh ini.. Tq Celcom...



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

CELCOM TIDAK IKHLAS BILA MEMBERIKAN GANJARAN...KENAPA??

CELCOM tidak ikhlas apabila memberikan sesuatu ganjaran dalam promosinya. Kenapa aku katakan begitu? Bukankah Celcom sememangnya ikhlas apabila memberikan pelbagai hadiah percuma kepada semua pelanggannya termasuklah tempoh pangilan percuma, menghantar mesej percuma, hantar mms percuma dan sebagainya.

Aku sudah memakai Celcom X-pax selama 6 tahun dan aku rasa memang ianya satu tempoh yang agak lama juga. kesetiaanku terhadap Celcom memang tidak berbelah-bagi dengan aku tidak pernah menukarkan atau memakai perkhidmatan dari rangkaian telefon lain seperti Digi dan Maxis.

Ya memang tidak dinafikan yang Celcom memang seringkali memberikan pelbagai ganjaran terhadap semua pelanggannya tapi cuba lihat apa ganjaran yang aku dapat pada 30 Ogos 2010 baru-baru ini..

Wow... cuba anda betul-betul lihat.. aku diberikan sebanyak 840 sms percuma ke mana-mana nombor Celcom.. banyaknya.. Ianya dikreditkan pada jam 6.12 pm pada 30 Ogos dan hanya sah sehingga 31 Ogos. Aku rasa siapa-siapa pun tidak boleh menghabiskan 840 mesej percuma dalam satu hari... 

Memang Celcom tahu hakikat ini dan aku tertanya-tanya kenapa pihak Celcom tidak kasi aku saja 15 juta sms percuma dengan tempoh sah hanya 1 hari?? Sama juga keadaannya..

Tapi apapun benda percuma memang macam itu, sekurang-kurangnya dapat sedikit pun sudah kira memadai. Kalau yang kuat sms dan boleh menghabiskan 100 sms atau rm10 pun sudah kira memadai.. Anyway....Tq CELCOM..


Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Entri-Entri terkini