CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Saturday, August 14, 2010

Kolam Air Panas PORING sebagai tempat rileks dan bercuti...AKSI BERLARI DI ATAS ANGIN..

Kolam air panas Poring adalah salah satu tarikan utama perlancongan di Ranau Sabah dan saya rasa juga di Malaysia. Tempat ini menawarkan satu tempat yang baik untuk acara yang seakan-akan berkelah walaupun perkelahannya tidaklah saman dengan perkelahan di pantai atau air terjun yang lain. Cuma kelebihannya ialah di sini kita boleh mandi air panas yang boleh dikumpul di tab-tab yang tersedia di situ. Kalau anda tidak tahan dengan air yang terlalu panas maka anda boleh mencampurkannya dengan air sejuk yang tersedia bersama.

Di Poring kita boleh perhatikan yang tempat ini sentiasa ada pengunjung dan yang paling banyak ialah pada hujung minggu. Sekali-sekala aku datang ke tempat ini bersama keluarga untuk merasai suasana keindahan alam sekitar kerana tempat ini boleh dikatakan belum terusik keasliannya cuma dibangunkan untuk menjadi  tempat perlancongan..


AKSI BERLARI ATAS ANGIN DI KOLAM AIR PANAS PORING. TERLALU EXCITED SAMPAI MEMBUAT AKSI SEPERTI INI..

Photo di atas adalah photo di kolam mandi utama.

Ini ialah taman kupu-kupu atau rama-rama Poring. Jika kena pada musim rama-rama kita akan dapat melihat banyak spesis serangga cantik ini datang ke sini biasanya pada bulan September atau hujung tahun. Di pondok ini ada diterangkan bagaimana kita membezakan antara kupu-kupu dan rama-rama. Bahagian belakang pondok ini ada tempat penetasan kupu-kupu.. kita boleh melihat serangga cantik ini di dalam kurungan yang terdapat di sana. Bunga-bunga yang ditanam di sekeliling pondok ini menjadi tarikan kepada serangga ini untuk datang ke sini..

Jika anda terasa lapar maka terdapat restoran di kawasan berhampiran dengan kolam mandi utama. Cuma makanan di situ sedikit mahal berbanding dengan restoran yang terdapat di Pekan Ranau tetapi anda juga masih mempunyai pilihan lain dengan menjamu selera di luar kawasan Poring berdekatan dengan pintu masuk utama. Di situ juga terdapat restoran yang mampu menyediakan makanan kepada semua pengunjung Kolam air panas Poring ini.. 

Share

Entri-Entri terkini