CLICK MY NUFFNANG AD'S

Mari Ramai-Ramai Klik..

Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Bila musim perayaan tiba lagi...

Seperti biasa apabila musim perayaan tiba maka sunyilah tempat berkerja di mana ramai kawan yang merayakannya akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan perayaan masing-masing.
Umpamanya dulu sewaktu perayaan hari raya puasa, ramai kawan-kawan muslim bercuti dan sudah pasti rakan lain akan berasa kesunyian ditinggalkan berkerja. Ditambah pula ramai yang mengambil cuti sehingga seminggu sudah pasti ianya satu jangka masa yang lama.

Sekarang tiba lagi musim perayaan iaitu krismas. Rakan-rakan yang beragam kristian akan bercuti panjang untuk merayakannya. tinggallah hanya beberapa lagi rakan muslim yang bertugas di tempat kerja. Biasanya di tempat aku kerja ada 32 orang staff yang bertugas. Tetapi sekarang hanya tinggal 8 orang saja lagi kerana mereka semua bercuti untuk merayakan perayaan krismas. Tentulah sunyi dari biasa. 

Pun begitu itu hanya satu minggu...selepas itu semuannya akan pulih seperti biasa dan suasana kerja lama akan kembali..

selamat menyambut krismas kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini...



Pendapat anda mengenai post ini sangat dialu-alukan... Terima kasih. 

Bookmark and Share
Share

Saturday, August 14, 2010

Kolam Air Panas PORING sebagai tempat rileks dan bercuti...AKSI BERLARI DI ATAS ANGIN..

Kolam air panas Poring adalah salah satu tarikan utama perlancongan di Ranau Sabah dan saya rasa juga di Malaysia. Tempat ini menawarkan satu tempat yang baik untuk acara yang seakan-akan berkelah walaupun perkelahannya tidaklah saman dengan perkelahan di pantai atau air terjun yang lain. Cuma kelebihannya ialah di sini kita boleh mandi air panas yang boleh dikumpul di tab-tab yang tersedia di situ. Kalau anda tidak tahan dengan air yang terlalu panas maka anda boleh mencampurkannya dengan air sejuk yang tersedia bersama.

Di Poring kita boleh perhatikan yang tempat ini sentiasa ada pengunjung dan yang paling banyak ialah pada hujung minggu. Sekali-sekala aku datang ke tempat ini bersama keluarga untuk merasai suasana keindahan alam sekitar kerana tempat ini boleh dikatakan belum terusik keasliannya cuma dibangunkan untuk menjadi  tempat perlancongan..


AKSI BERLARI ATAS ANGIN DI KOLAM AIR PANAS PORING. TERLALU EXCITED SAMPAI MEMBUAT AKSI SEPERTI INI..

Photo di atas adalah photo di kolam mandi utama.

Ini ialah taman kupu-kupu atau rama-rama Poring. Jika kena pada musim rama-rama kita akan dapat melihat banyak spesis serangga cantik ini datang ke sini biasanya pada bulan September atau hujung tahun. Di pondok ini ada diterangkan bagaimana kita membezakan antara kupu-kupu dan rama-rama. Bahagian belakang pondok ini ada tempat penetasan kupu-kupu.. kita boleh melihat serangga cantik ini di dalam kurungan yang terdapat di sana. Bunga-bunga yang ditanam di sekeliling pondok ini menjadi tarikan kepada serangga ini untuk datang ke sini..

Jika anda terasa lapar maka terdapat restoran di kawasan berhampiran dengan kolam mandi utama. Cuma makanan di situ sedikit mahal berbanding dengan restoran yang terdapat di Pekan Ranau tetapi anda juga masih mempunyai pilihan lain dengan menjamu selera di luar kawasan Poring berdekatan dengan pintu masuk utama. Di situ juga terdapat restoran yang mampu menyediakan makanan kepada semua pengunjung Kolam air panas Poring ini.. 

Share

Monday, June 21, 2010

MUSIM MENGAWAN DA BERLALU..

Sebenarnya yang aku hendak coretkan di sini adalah musim cuti sekolah sudah berlalu. Musim senang dan rehat cikgu-cikgu juga sudah berakhir.. selamat kembali kepada tugas biasa yang sudah menanti anda di sekolah..

Banyak yang istimewa dengan cuti sekolah ini.. Di samping dapat meluangkan lebih masa dengan  keluarga, banyak benda lain yang boleh dibuat. Antara yang paling ketara ialah musim cuti sekolah merupakan musim kebanyakan pasangan mengakhiri zaman bujang masing-masing. Kalau di kampung-kampung atau di pekan-pekan kita akan lihat tenda-tenda didirikan. Tidak kurang juga kita akan lihat konvoi kenderaan yang berarak berpusing-pusing di tengah pekan mengarak pasangan yang akan berkhawin.

Perarakan ini diserikan lagi dengan paluan gong atau pun alat muzik tradisional yang lain..

Satu lagi yang nyata berlalu ialah musim pendapatan mewah kepada pengurus-pengurus perkhawinan sudah berlalu.. Butik-butik kecantikan dan Bridal shop telah kembali kepada bisnes biasa yang agak kurang pelanggannya tapi tidak menjadi masalah kerana mereka telaah buat banyak duit semasa cuti sekolah..

Nyatalah musim cuti sekolah ini ialah satu waktu yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang di mana di sinilah peluang menghabiskan masa dengan anak-anak dan keluarga.. penantian terhadap kedatangan musim cuti sekolah yang seterusnya tetap dinantikan...
 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much. 

Bookmark and Share
Share

Tuesday, April 20, 2010

'Deer' Felda Sahabat 16 Jalan Tungku Lahad Datu, Sabah "POSING" dengan pelancong

Lawatan ke Felda Sahabat 16 Lahad Datu memang menarik..Dulu saya ada ceritakan tentang aktiviti mandi-manda di pantainya yang indah. Berbagai-bagai acara boleh dilakukan di sana. Kalau ada aktiviti hari keluarga pun tempat ini memang sesuai untuk tempat mengadakan majlis tersebut.

Ok.. kali ini saya ceritakan yang berhampiran dengan tempat di situ juga ada satu tempat memelihara binatang. Tempatnya tidaklah terlalu besar tetapi pelbagai jenis haiwan ada di situ..
Seperti gambar di bawah, rusanya siap boleh pegang2 lagi tau. Zoo negara di Kuala Lumpur...?? hemmmm, anda boleh tengok ja la. Mungkin disebabkan sudah agak biasa dengan kehadiran pelancong dari kawasan sekitar maka rusa itu tidak takut dengan para pelancong..



Tengok... Rusa siap boleh posing lagi dengan kami.. Dengan bangganya dia menghadap kamera..:-)


Haiwan lain yang terdapat di sini ialah pelbagai jenis burung kakak tua dan juga burung lain. Ada antaranya yang telah dilatih untuk bercakap, biasanya bagi salam dengan pelancong dan juga dengan sapaan yang lain. Tidak akan keboringan jika ke tempat ini.. Satu hari kalau ada kesempatan aku akan datang lagi ke tempat ini.

Pokoknya aku memang agak kagum dengan tempat pemeliharaan haiwan di sini... 

Coretkan sesuatu untuk membuatkan 'post' itu lebih bermakna. TQ so much.
Bookmark and Share
Posted by Picasa
Share

Saturday, February 6, 2010

PERKELAHAN DI PANTAI FELDA SAHABAT 14 TUNGKU, LAHAD DATU, SABAH.

Memang seronok kalau dapat membebaskan ketegangan di kepala akibat tekanan kerja dengan melawat ke mana-man tempat di seluruh pelusuk Malaysia. Umpamanya perkelahan di pantai Felda Sahabat, Tungku, Lahad Datu, Sabah. Berbagai-bagai acara boleh dilaksanakan atau diadakan di sini.. Pantainya yang panjang dan luas amat sesuai dengan berbagai-bagai acara sukaneka dan sebagainya.
 
Main gusti atas air

 
  
Pertandingan memakan epal yang di gantung. Bukan senang menggigit buah epal yang tergantung jika tidak dipegang
Share

Entri-Entri terkini